Industri hiburan dilihat sebagai sebuah dunia yang penuh warna-warni, glamor dan bergemerlapan. Namun, ianya tidak seindah yang disangkakan. Masih ada bintik hitam yang menyulami dunia hiburan ini dan ada kalanya membawa seseorang artis itu ke lembah yang negatif.

Berbicara soal industri hiburan, pastinya ia tidak lari dari definisi kecantikan dan kesempurnaan dalam setiap aspek. Termasuklah, bentuk wajah, warna kulit, ketinggian serta saiz badan. Menyentuh perihal saiz badan, ia merupakan sebuah topik sensitif dan mungkin menyentuh perasaan mana-mana pihak. Hakikatnya, realiti hari ini, walaupun dunia semakin maju berkembang, isu saiz badan masih lagi berlegar dalam perbualan netizen di alam maya.

Untuk mengupas lebih lanjut mengenai isu ini, dalam segmen Apa Kata Hijabista, kami menemu bual secara eksklusif pengacara, penyampai radio serta pelakon yang semakin digemari ramai, Sarancak atau nama sebenar Sara Zulkifli berkaitan isu saiz badan.

Baca juga: Pernah Dihina Kerana Berat Badan Cecah 100 Kg, Kini Tubuh Badan Lelaki Ini Persis ‘Badang’! Hebatnya!

PERSPEKTIF SARANCAK

Biarpun memiliki saiz badan yang besar, Sarancak tidak melihatnya sebagai sebuah batu penghalang bagi dirinya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. 

Tambahnya lagi, isu sebegini pastinya akan wujud dan setiap mata yang melihat, pasti akan mengeluarkan bibit bicara mengenai tubuh badannya itu. Apa yang penting, dia yakin dan sayangi dirinya sendiri.

“Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Kesempurnaan itu dapat dikecapi dari diri kita sendiri. Oleh tu, sayangi diri anda terlebih dahulu. 

Tampil yakin setiap masa antara salah satu cara terbaik untuk kita tampil sempurna. Usah hiraukan apa yang orang lain katakan, kerana apabila kita mengutamakan diri kita terlebih dahulu, pasti kita tidak akan rungsing memikirkan tentang pandangan orang lain,” ujarnya.

IKLAN

Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Kesempurnaan itu dapat dikecapi dari diri kita sendiri. Oleh tu, sayangi diri anda terlebih dahulu

PENGALAMAN 

Menyentuh soal pengalaman yang pernah dialaminya sepanjang menapak dalam industri hiburan ini, Sarancak berkongsi tentang satu pengalaman mengenai dirinya ditolak dan tidak diterima di sebuah stesen televisyen pada ketika dahulu. 

“Sudah pasti saya perna mengalami pengalaman mengenai saiz badan saya. Ada satu ketikanya, saya tidak diterima oleh sebuah stesen televisyen kerana saiz badan saya yang besar. Pada mulanya, saya mempersoalkan tentang hal itu. 

Namun, dengan semangat dan rasa keyakinan pada diri sendiri, saya percaya bahawa rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Saya juga meletakkan kepercayaan bahawa bakat yang saya miliki lebih besar dari tubuh badan saya,” tegasnya mengulas lanjut.

IKLAN

Baca juga: Hilang 20 Kg Dalam Masa 3 Bulan, Wanita Ini Kongsi Kisah Perjalanannya Menurunkan Berat Badan!

PERUBAHAN DIRI

Sebagai manusia, perubahan itu pasti menjadi sebuah tuntutan dalam kehidupan kita untuk menjadi versi yang lebih baik dari semalam. Bagi Sarancak, biarpun dia kelihatan selesa dengan saiz badannya, namun jauh di sudut hatinya, dia mula menanam semangat untuk menurunkan berat badan.

“Saya seorang yang tidak sukakan makanan mahupun minuman yang manis terutamanya minuman bergas. Saya lebih suka minum air kosong kerana kita semua tahu tentang kebaikannya. 

Jujurnya, saya memang mengimpikan untuk memiliki berat badan yang ideal dan seimbang mengikut kiraan BMI. Namun, ia adalah sebuah proses. Saya percaya dengan adanya usaha dari diri sendiri, pasti saya akan memiliki berat badan yang diimpikan.”

Tambah Sarancak, berat badannya juga semakin meningkat selepas melahirkan cahaya matanya. Oleh disebabkan itu, dia sedang dalam rangka pelan untuk menurunkan berat badannya itu.

IKLAN

Usah puaskan hati orang lain, tetapi puaskan hati sendiri dahulu. Sayangi dan utamakan diri anda, itu lebih baik

NASIHAT

Sebelum mengakhiri sesi temu bual ini, Sarancak sempat berkongsi nasihat kepada mereka terutamanya yang tidak yakin dengan diri sendiri dek kerana saiz badan mereka.

“Walau apa sekalipun saiz badan anda, sama ada besar ataupun kecil, rendah atau tinggi, pasti akan ada mulut yang bercakap, memberi komen mahupun kecaman. Usah puaskan hati orang lain, tetapi puaskan hati sendiri dahulu. Sayangi dan utamakan diri anda, itu lebih baik,” kongsi Sarancak.

Sumber gambar: Instagram Sarancak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI