‘Saya Mekap Sendiri Saja Pun’ -Tampil Dengan Imej Ala Frozen, Vida Tenang Layan Kritikan Ramai

Share

Penampilan Dato Seri Vida (DSV) sebagai Presiden Netizen semalam di konsert keenam Big Stage 2022 mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil dengan kening dan bulu mata berwarna putih.

Meskipun dikecam ramai, beliau tidak mengambil hati malah tetap melayan komen-komen warganet dengan senang hati. Ujarnya, imejnya pada malam itu adalah salah satu penampilan yang bakal ditonjolkan dalam video klip lagu terbaharunya yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’.

“Saya ni mekap sendiri je pun. Ini adalah sempena video muzik saya. One of the character inside the music video. So you have to watch lah,” jelas DSV menerusi akaun TikTok miliknya.

 

Biarpun penampilannya itu dikritik ramai, namun anaknya yang tercinta iaitu Cik B tetap memberi pujian kepada ibunya yang tersayang dan kagum dengan solekan artistik yang telah dilakukan sendiri oleh ibunya itu.

Dalam pada itu, DSV juga turut berkongsikan sedikit klip di sebalik tabir video musiknya yang bakal dilancarkan pada 20 Mac ini. Jelasnya, ia akan menampilkan sisinya yang berbeza 360 darjah berbanding dirinya yang dikenali umum.

Coming soon , Lagu terbaru saya Ku Ikhlaskan
.✅ 360 darjah dari Dato Seri vida yang anda kenal .

Rakaman mengambil masa 10 malam
Music Video 5 Hari
Menelan kos sebanyak Rm400 Ribu.

Nantikan 20/3 ini di YouTube: Dsv Entertainment. Jadi yang terawal Subscribe mana tau dapat hadiah dari DSV 😍

Siapa tak sabar nak menitiskan air mata ?

Wah, lain macam DSV kali ini! Pasti ramai yang tak sabar nak tengok apakah kelainan yang akan ditonjolkannya kelak. Sama-samalah kita nantikannya!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

 

IKLAN