Sakit Badan Hilang & Tubuh Rasa Lagi Fresh Selepas Amalkan Air Halia Ini. Senang Je Buatnya!

Share

Buat anda yang mengalami sakit-sakit badan, rasa kebas di bahagian kaki dan tangan atau susah untuk membuang air besar, bolehlah mencuba membuat air campuran ini.

Hanya menggunakan bahan-bahan di dapur, ia juga sedikit sebanyak boleh membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh anda. Mudah-mudahan air ini dapat membantu melegakan sakit yang anda rasa.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1) Halba sepeket, guna 2-3 sudu besar
2) Halia dlm 3 inci
3) Serai 2 batang
4) Asam Jawa 1sudu
5) Air dalam 1000 ml

Photo by Pixabay from Pexels

Cara-caranya:

Bahan halba, halia dan serai diketuk atau dihiris pun boleh. Kemudian rebus semua tu sampai mendidih.
Angkat campur dengan asam jawa satu sudu, kacau-kacau minum masa nak tidur.
Minum masa air tu suam-suam.
Esok pagi bangun badan jadi segar.. Insha Allah. Semoga dipermudahkan petua ni..cuba jangan tak cuba!

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Kredit : Normala Md Ismail

IKLAN