Sebagai seorang hijabi, mestilah kita suka melaram bukan? Namun, kadang kala stress datang melanda apabila mekap yang dipakai melekat di tudung. Bukan apa, susah untuk menghilangkan kesannya. Seperti juga kesan minyak di tudung, penat ditonyoh dengan sabun namun tak mahu juga hilang.
Kini, hijabi semua jangan risau. Dengan hanya bermodalkan RM 2, anda boleh menghilangkan kesan degil minyak di tudung. Ikuti tips yang telah dikongsikan di Instastory ini. Pasti bermanfaat buat semua.
Mudahnya cara dia!
Seperti biasa,diimport dari IG haha. Maaf kalau lebih banyak spend masa buat tutorial di IG story dari di Facebook. Dari semasa ke semasa hani akan import semua tutorialdari situ ke Facebook supaya lebih ramai dapat manfaat mana yang boleh (InsyaAllah haha). Btw, Autocorrect buat lawak malam-malam ni. Taip sagat dia keluar sangat. Enough dgn hani punya bebelan, Silakan belek gambar satu-satu ya. Semoga bermanfaat.
Pekat dengan dialek utara mereka dan saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana komitednya mereka dalam berniaga.
Dengan hanya meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, KEKASIH yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kian dikenali dan berada di kelas tersendiri.
Satu KEKASIH cukup ke? Itu tagline yang dibawa empat beradik yang cukup riuh dan kecoh ketika megadakan sesi siaran langsung di TikTok. Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.
Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran. Pernah bergelar jutawan muda pada tahun 2020, ternyata Melvin Sisters tetap berusaha mengeluarkan produk-produk tempatan yang berkualiti setanding dengan produk antarbangsa.
Aktif mempromosikan produk di media sosial, memang sesiapa yang tonton pasti nak cuba. “Itulah yang kami harapkan dari orang Malaysia yang menonton live kami, kena beli dan cuba,” ujar Syatila. Tambahannya lagi, yakin menghasilkan produk tempatan berkualiti, mereka beri jaminan bahan-bahan yang terkandung organik dan tidak membahayakan, sesuai untuk pemakaian perempuan mahupun lelaki.
Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.
Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturizer daripada KEKASIH SKIN. Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.
“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera.
“Dari segi harga pula, satu pek RM19 dwj paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100,” katanya.
Tila dan adik beradik bersyukur apabila jenama KEKASIH terus mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak. Menurutnya, resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran adalah keberkatan hubungan adik beradik.
“Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH. Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.
“Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.
“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam,” katanya.
Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.
“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.
“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Usia berganjak ke 40an bukan pengakhiran hidup, gusar dan runsing dengan adanya kedutan dan perubahan lain yang tidak dijangka.
Jangan risau dengan ada petua kecantikan ini wajah anda tidak kelihatan seperti 40an. Mungkin lepas ini menyapa anda seperti gadis remaja. Wow bukan!
Bibir nipis secara semula jadi seiring bertambahnya usia, tetapi kontur secara visual dapat mengembalikan sedikit kelantangan.
Warna kuning adalah pilihan yang tepat. Wanita berusia di atas 40 tahun paling kerap kelihatan lebih cerah dan lebih muda ketika memakai asas berwarna kuning, terutama dengan warna keemasan. Secara amnya sangat berkesan menyembunyikan proses penuaan.
Pada usia 20-an, kulit kita berminyak dan kita memerlukan serbuk untuk menetapkan cecair dan mencegah wajah bersinar. Walau bagaimanapun, tidak kira seberapa baik serbuknya digunakan, ia akhirnya menjadi lipatan dan kedutan halus yang anda tidak perasan. Tetapkan serbukdi wajah dengan gunakan semburan penyekat.
Kening semakin sukar dibentuk seiring bertambahnya usia. Sekiranya anda mempunyai balsem bibir yang tidak berwarna, tidak perlu ada produk tambahan, kerana lip balm akan memudahkan anda membentuk kening. Lebih-lebih lagi, banyak balsem bibir mengandungi vitamin E dan ini dapat membantu kening anda tumbuh.
Rias wajah anda kelihatan baik di bilik mandi, tetapi beberapa jam kemudian di pejabat, anda melihat sekilas diri anda di cermin dan berfikir, “Boleh ke keluar rumah dengan rupa sebegini?” Lain kali, ingat untuk mengambil cermin genggam, pergi ke balkoni dan periksa solekan anda.
Pilih ‘primer’ yang menjanjikan kesan “kabur” kerana pengaburan bertujuan untuk memberi anda asas yang mengaburkan ketidaksempurnaan seperti yang mungkin dilakukan oleh penyunting foto. Sapukan sebelum foundation.
Kita tahu bahawa minyak wangi harus digunakan pada titik nadi, tetapi itu bukan hanya pergelangan tangan. Sapukan juga di belakang telinga, lutut, dan di dalam siku anda. Tetapi jangan menyemburkan minyak wangi secara langsung pada rambut anda. Sebaliknya, semburkan minyak wangi pada sikat anda.
Percayalah, span penyerap sudah ketinggalan zaman. Sebaliknya, spons silikon, juga disebut silispong, adalah gelombang baru dalam aplikasi. Sponge tidak menyerap solekan dan minyak, jadi lebih bersih dan sihat untuk kulit anda dan senang dibersihkan. Penjimatan wang, bukan?
Inilah masanya untuk mencari produk yang melindungi lebih dari sekadar pipi, dagu, dan hidung anda. Mata, bibir dan leher anda juga memerlukan perlindungan. Untuk mengelakkan penuaan yang dipercepat, mulailah menggunakan lebih banyak SPF.
Kehilangan rambut yang berkaitan dengan usia menyebabkan garis rambut menipis. Jangan bimbang, kerana pembayang mata dapat membantu. Pertama sekali, pastikan warna pembayang mata anda sesuai dengan warna rambut anda. Kemudian, anda boleh memasangkannya ke kulit kepala anda dengan berus pembayang mata.
Petua ini sangat berguna terutama bagi anda yang berusia lebih dari 40 tahun yang berjuang untuk menggunakan pembayang mata pada pemandangan mata yang berubah. Pilih eyeliner coklat sederhana. Untuk kening, cuba gunakan satu warna yang lebih ringan. Ini akan menjadikan anda kelihatan bersih dan segar.
Keadaan tepat kulit anda berbeza dari inci ke inci. Zon t berminyak, pipi merah dan lain-lain. ‘Multimasking’ bermaksud menggunakan pelbagai jenis topeng pada bahagian muka yang berbeza dan merupakan perkara yang betul untuk dilakukan.
Adakah manicure anda bertahan lama sehingga kuku anda tumbuh dengan ketara? Nasib baik, islam menggalakkan wanita islam menggunakan inai, Gunakan inai untuk menyembunyikan bahagian kosong kuku anda. Sempurna!
Ambil bayangan krim neutral, concealer, atau penyamar mata dan sapukan ke kawasan di bawah alis. Ini dapat menaikkan kening dan menjadikan anda kelihatan lebih muda dan lebih terjaga.
Nah! Ini antara trik untuk anda yang berusia 40 tapi tetap kekal seperti remaja. Bukan sahaja menyamarkan usia malah wajah tampak segar dan berseri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selagi kita masih hidup, jangan terus lupa untuk melakukan pelbagai amalan yang disuruh oleh Allah. Ini adalah untuk menambah pahala berganda sebagai bekalan di akhirat kelak.
Seperti juga yang dilakukan oleh Imam Shafie sebelum meninggal, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara dan jangan dilupa:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SWT.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH SWT, membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibu bapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH SWT, sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU.”
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.