Selain jerawat yang merupakan salah satu musuh wanita, blackhead juga boleh menyebabkan kita jadi tak senang duduk. Malah, tangan ini akan gatal untuk memicit hidung atau atau sekitar pipi yang ada blackhead hingga meninggalkan parut.
Apabila kulit anda menghasilkan sebum atau minyak yang banyak, reaksi kimia yang melibatkan melanin akan berlaku sekali gus menyebabkan bintik-bintik pada wajah anda berwarna hitam.
Ads
Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan blackhead ini seperti penggunaan ‘mask’ tetapi cara ini sedikit menyakitkan. Sebenarnya ada cara lebih mudah untuk kita hilangkan masalah blackhead dari wajah. Hanya menggunakan susu dan buah pala sahaja.
Susu mengandungi asid laktik yang boleh menghapuskan sel-sel kulit mati manakala buah pala pula mampu berfungsi sebagai agen penggosok yang boleh menanggalkan bintik hitam dan menjadikan kulit anda lebih mulus serta lembut.
Ads
Jom kita lihat bahan dan cara membuatnya. Boleh lakukan sendiri di rumah.
Ads
Guna serbuk buah pala.
Bahan-bahan:
1 sudu besar serbuk buah pala
2-3 sudu besar susu
Mangkuk kecil
Sudu atau garfu
Cara Membuatnya:
Campurkan serbuk buah pala dan susu sehingga menjadi seperti pes.
Sebelum disapukan pes ini ke muka, cuci dahulu muka anda.
Keringkan muka anda dan sapukan pes ini dalam pergerakan membulat.
Jangan gosok wajah anda terlalu kasar bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi pedih.
Gosok lembut selama tiga ke lima minit dan cuci dengan air suam.
Hasilnya bukan sahaja blackhead hilang, tetapi juga membuatkan kulit wajah segar, halus dan mulus.
Mungkin kita sudah terbiasa dengan kepercayaan karut bagaimana amalan kehidupan seseorang dalam sesuatu budaya diperkatakan mampu memberikan kesan terhadap rezeki dan nasib.
Ini berkait rapat juga dengan persoalan mengenai hukum mempercayai seandainya lambat membeli beras setelah kehabisan beras akan menyebabkan rezeki terputus.
Berikut huraian lengkap mengenai persoalan ini yang boleh dikatakan menjadi kepercayaan kebanyakan masyarakat kita.
SOALAN
Bagaimana hukum mempercayai bahawa jika lambat membeli beras setelah kehabisan beras, maka ia akan menyebabkan rezeki akan putus?
JAWAPAN:
Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah…”
Al-Razi berkata: “(Ayat ini) memberikan isyarat bahawa tiada manfaat melainkan dengan izin Allah dan ianya datang daripada Allah.”
Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah telah menetapkan rezekinya. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
Ayat ini menjelaskan bahawa tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki.
Ibn Kathir berkata: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia menjamin rezeki kesemua makhluk termasuk kesemua binatang. Yang kecil, besar,di laut mahupun di darat.”
Kepercayaan sebegini tidak ada asalnya di dalam Islam. Jika ditanggungkan bahwa yang dimaksudkan rezeki yang terputus ialah makanan yang sudah kehabisan di rumah dan mungkin tiada makanan pada hari itu, maka munasabah dan boleh diterima sebagai istilah Bahasa sahaja.
Namun jika diiktikadkan bahawa jika beras sudah kehabisan di rumah, lambat membeli beras akan menyebabkan rezeki yang telah Allah takdirkan akan lambat, maka hal ini tidak betul dan harus dijauhkan kepercayaan seperti ini. Rezeki Allah itu sesungguhnya lebih luas daripada sekadar beras.
Maksudnya: “Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).”
Dalam susunan hadis 40 Imam al-Nawawi ada menyebut sebuah hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap seorang daripada kamu dihimpunkan penciptaan dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai nutfah (campuran air mani), kemudian sebagai alaqah (gumpalan darah) selama itu juga, kemudian sebagai mudghah (sebentuk daging) selama itu juga, lalu diutuskan kepadanya satu malaikat dan malaikat meniupkan ruh ke dalamnya, dan ditetapkan 4 urusannya; dituliskan rezekinya, ajalnya, amalannya, penderitaannya atau kebahagiaannya.”
Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha:
Maksudnya: Suatu hari Rasulullah SAW masuk (ke rumah) menemuiku dan bertanya, “Adakah kamu memiliki apa-apa (untuk kita makan)?” Aku menjawab, “Tiada.” Baginda bersabda, “Kalau begitu aku berpuasa.” Suatu hari lain baginda datang lagi dan (kali ini) aku berkata, “Wahai Rasulullah! Ada orang hadiahkan kepada hais (tamar yang bercampur lemak).” Baginda lalu berkata, “Tunjukkannya kepadaku, sesungguhnya aku telah berpuasa sejak pagi.” Lalu baginda memakannya.
Kisah ini menunjukkan sikap zuhud dan berasa cukup Rasulullah SAW dengan apa yang ada. Langsung tidak dikaitkan apabila tidak dibeli makanan menandakan rezeki daripada Allah Taala telah terputus.
Justeru, hendaklah kita meninggalkan kepercayaan bahawa rezeki akan terputus jika terlambat memberi beras kerana ianya tidak sesuai dan bertentangan dengan konsep rezeki dan taqdir di dalam Islam.
Ramai yang leka dengan resepi viral di laman sosial, pelbagai makanan berlemak dan berminyak menjadi santapan mata. Lantas diet yang diamalkan hanyalah sia-sia. Teruskan berdiet dengan makanan sihat, hidangan oat boleh sediakan malam hari supaya di siang hari kita tidak berlebihan makan.
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook Fadhlia Nuur memberitahu beberapa cadangan menu sarapan menggunakan oat.
Menurutnya penggunaan oat adalah bagi menggantikan nasi dan ia lebih membuatkan kita kenyang. Jadi bagi yang tidak ada selera untuk makan nasi, bolehlah bersarapan dengan menu sihat yang dicadangkan ini.
Malah menu dari oat ini juga lebih sihat, bagus untuk jantung, boleh kurangkan berat badan dan juga kolesterol. Cara membuatnya juga mudah dan cepat dan sangat sesuai untuk tak nak makan berat tetapi mahu rasa kenyang.
Kenapa oat?
Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.
Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.
Bahan-bahan utama:
* Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.
* Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.
Bahan tambahan (optional);
NOTA KAKI: Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya
Tak boleh telan oat? Kembang tekak?
Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.
Pssst..dah buat nanti share la nak tengok hasilnya
#oatcarafn
Buah ni pun antara yang paling sedap.
Ni guna mangga jenis lain. Tak ingat apa nama. Masam2 sikit. Chia pudding kat lapisan atas.
16. Ni versi cepat dan malas haha. Masa nak makan tu buat, takde rendam2 dah. Kena rajin kunyah la sikit ye. Letak strawberi dan bluberi.
17. Ni lagi malas. Takde buah. Campur dengan susu kurma je. Nak panaskan susu tu pun boleh.
18. Ni versi rajin ha. Versi masak ye.
* ejas sendiri susu nak banyak ke sikit. Kalau tak letak air masak pun takpe. * epal tu kalau nak masak asing pun boleh. Buat caramelized apple sedap weh.
19. Ni pun versi masak. Letak pisang dan kranberi. Kalau rasa tawar, masa nak makan tu boleh tambah madu.
20. Ni versi smoothie. Boleh campur dengan apa-apa buah. Yang ni banana latte.
Tak pernah cuba lagi letak betik. Letak buah naga untuk tambah kesedapan. InsyaAllah sedap. Gambar sebelum letak susu.
Ada macam-macam jenama rolled oat ni. Saya paling suka yang merah tu. Boleh beli di kedai bakery, giant, tesco atau aeon. Pasaraya kecil selalunya tak ada rolled oat. Ada oat kisar yang biasa tu je.
Instant oat tak sesuai untuk resepi overnight oat ya. Nama pun ‘instant’ kan, masa nak makan tu baru bancuh. Jika direndam lama nanti kembang semangkuk jadinya. Takut tekak muak tak boleh telan. Instant oat lebih halus dan lembut, serta dah dicampur dengan pemanis/perasa tambahan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Baru-baru ini kisah keretakkan rumah tangga penyanyi tanah seberang, Virgoun yang popular dengan lagu berjudul ‘Surat Cinta Untuk Starla’ telah mengejutkan wargamaya serta peminatnya di Malaysia.
Kini, meskipun pasangan ini dalam proses untuk menuntut penceraian, industri seni Indonesia dan Malaysia sekali lagi menerima kejutan daripada isteri Virgoun iaitu Inara Rusli yang memutuskan untuk membuka purdah setelah bertahun-tahun memakainya kerana terdesak mahu mencari rezeki untuk anak-anak dan mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang ibu tunggal.
Perkara berkenaan sekali lagi mengejutkan industri seni kedua-dua negara. Hingga tercetusnya perbalahan dikalangan wargamaya yang mengecam tindakan Inara yang memutuskan tidak lagi berpurdah.
Namun, menurut Inara, tindakannya membuka purdah dilakukan demi meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anak kelak.
“Saya sudah memikirkan keputusan ini sebaik masalah melanda dan bersedia untuk bercerai.
“Ini saya lakukan demi anak-anak dan mahu mereka mampu hidup dengan baik termasuk mendapat pendidikan yang bagus tanpa bantuan ayah mereka.
“Saya perlu tetap berjuang selepas ini,” katanya seperti lapor Kompas.
“Ketika Inara bertemu saya, saya jelaskan purdah itu tidak wajib, ia hanya sunnah. Jadi tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang individu itu memutuskan untuk tidak lagi mengenakan purdah.
“Dahulu, Inara berniqab kerana Virgoun datang kepada saya bersama Inara menceritakan bahawa Inara sering digoda lelaki lain kerana terlalu cantik. Akhirnya, sebagai penyelesaianya saya minta Inara memakai purdah beberapa tahun yang lalu,” ujar Ustaz Derry.
Justeru, Ustaz Derry meminta orang ramai dan juga wargamaya untuk tidak mempertikai atau mengecam tindakan Inara yang kini tidak lagi berpurdah. Malah, tegasnya tindakan membuka purdah bukanlah satu bentuk atau perilaki maksiat.
Sekadar info, pada pertemuan sama, Inara mengumumkan dirinya kini telah dilantik sebagai duta bagi sebuah klinik kecantikan. Justeru, dia perlu memaparkan wajahnya untuk tujuan mempromosikan produk berkenaan.
“Saya sangat bersyukur kerana ramai yang memberi sokongan. Ramai orang yang baik,” kata Inara.
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.