Rupanya Wujud Hari Tidur Sedunia & Diraikan Pada 13 Mac 2020 Ini!

Share

Tahukah anda semua kewujudan Hari Tidur Sedunia? Ya, memang betul-betul bukan cubaan ia memang wujud dan lebih menarik lagi ia akan berlangsung pada  hari esok!

Hari Tidur Sedunia diadakan hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox yang berlaku setiap tahun dan pada tahun ini ia jatuh pada tarikh 13 Mac 2020.

Ia adalah acara tahunan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.

Sambutan ini diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang dikenali sebagai World Sleep Day Committee of World Sleep Society, dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur. Kumpulan ini terdiri daripada pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.

Nampak macam remeh tapi ramai yang tak sedarkan kepentingan tidur yang cukup ini. Oleh itu, sister jangan lupa untuk berusaha mendapatkan lena yang cukup setiap hari. Take a good care of yourself okay!

kredit: era.je

IKLAN