Biarpun solekan itu untuk menaikkan kecantikan dan keserian wajah tetapi harus diingat, jenis serta konsep solekan haruslah sesuai dengan lokasi yang akan kita pergi. Janganlah bersolek persis menghadiri majlis makan malam bila di pejabat. Pelik pula!

Sumber gambar: Cottonbro

Jadi, apakah bentuk solekan yang sesuai dikenakan kala di pejabat? Apa yang harus dilakukan untuk memastikan solekan ke pejabat tetap ‘on-point’ untuk tampak profesional? Team Hijabista kongsikan kepada anda do’s & don’ts solekan yang perlu anda tahu bila ke pejabat!

1. Elakkan penggunaan bulu mata palsu

Sumber gambar: Engina

Ingat! Anda bukan menghadiri majlis makan malam atau Anugerah Juara Lagu ya! Jadi, selalu lah menggunakan konsep “less is more”! Tinggalkan dahulu bulu mata palsu anda yang tebal seinci itu. Pastinya anda tidak mahu bulu mata palsu anda tertanggal di tengah-tengah mesyuarat bukan? Anda harus tahu kadangkala di tempat yang berhawa dingin, gam bulu mata anda mudah kering dan menyebabkan ia tercabut sendiri. Jadi lebih elok ia di simpan untuk hari minggu. Sabar dulu ya sis!

2. Hati-hati dengan maskara

IKLAN
Sumber gambar: magda_ehlers_photography

Tidak kisah apa jenis maskara sekalipun, jika tidak kena teknik dan cara yang betul, solekan anda akan tampak comot. Risau nanti disangka hantu yang menghantui pekerja di pejabat!  Jadi lebih elok palitkan maskara anda bermula daripada pangkal bulu mata dan akhiri di hujungnya, ini akan membuat bulu mata lebih panjang. Usah terlalu tebal. Cukup sekadar jelas kelihatan garisannya. Ramai yang cuma memalit maskara di hujung-hujung saja untuk mendapatkan efek tebal, namun ia hanya membuat maskara bergumpal dan comot.

3. Katakan ‘No’ pada produk baru!

Sumber gambar: mariaysantiviajando

Biarpun seguni produk solekan anda baru beli semalam, janganlah semuanya ingin dicuba hari ini! Kesian wajah anda! Wajah anda bukanlah seperti tikus yang digunakan di lab untuk bereksperimentasi! Risau nanti tidak kena pula dengan produk yang baru dibeli. Selalunya, kita harus mengamalkan konsep ‘try and error’ dengan produk yang baru dibeli untuk menghasilkan gaya solekan yang benar-benar sesuai dengan wajah kita. Jika sudah bijak menggunakannya, barulah gaya solekan anda pun seperti orang yang bijak bergaya!

IKLAN

4. Cuba solekan glowing

Sumber gambar: Chic Profile

Jika anda tidak mahu wajah anda kelihatan kusam seperti buah busuk bila stres di pejabat, lebih baik anda gunakan teknik solekan ini. Selain membuat kulit tampak sihat ia juga menyerlah kecantikan semula jadi kulit. Namun pastikan solekan ini tidak dilakukan kala anda bekerja di luar, bimbang wajah menjadi lebih berminyak.

5. Jangan menggunakan pembayang mata rona perak atau berkilau

IKLAN
Sumber gambar: Maybeline

Jangan tambahkan lagi cahaya lampu yang terang di pejabat dengan pembayang mata anda. Rosak mata semua orang nanti! Lebih molek jika anda menggunakan pembayang mata berona gelap, warna asli atau seakan warna tanah untuk menyerlahkan kesegaran solekan anda. Walaupun anda mempunyai janji temu di malam hari, ia bukanlah idea bernas untuk terus memakai pembayang mata berkilau bila di pejabat ya. Jangan malas ya!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI