Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
Ads
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
Ads
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Seronok menemui penjagaan kulit dan rutin kesihatan selebriti. Lebih kerap berbanding sebelum ini, melalui senarai A-listers mendedahkan rahsia mereka yang mempunyai kulit yang berseri dan tak makan usia.
Penemuan terbaru ialah rutin kesihatan pagi Kate Hudson, yang termasuk bermeditasi dengan sampingan penjagaan kulit dan menggunakan topeng muka hanya RM12.50.
Hudson berkongsi rutin penjagaan kulitnya dalam video Vogue. Rahsia kecantikan, aktres itu berkongsi produk yang digunakannya untuk kecantikan dan kesihatan hariannya. Salah satu langkah pertama? Menggunakan topeng muka daripada Neutrogena. Nasib baik, anda tidak perlu menjadi selebriti untuk membeli topeng lebaran ini.
Dengan harga RM12.50 setiap satu atau RM69.90 untuk satu pek empat lembaran hanya di drugstore atau atas talian. Topeng Hidrogel Hydro Boost menghidratkan kulit secara mendalam dan meninggalkannya dengan cahaya berembun sepanjang hari. Setiap satu mengandungi asid hyaluronik, yang menahan sehingga 1000 kali beratnya dalam air dan mengunci semua kelembapan ke dalam kulit. Hasilnya? Kulit gebu tanpa kesan kekeringan.
Teknologi Kompleks Penderia Lembapan kami yang inovatif, mengisi semula kelembapan dengan berkesan di tempat yang paling anda perlukan, sambil membantu membaiki dan membina semula penghalang kulit untuk mengunci kelembapan itu. Neutrogena® Hydro Boost™ Mask mengandungi 15%* lebih pati penghidratan yang cepat diserap oleh kulit anda, mengekalkannya serta-merta dan terhidrat secara optimum untuk kulit yang berseri dan berseri. Topeng fabrik 3D Push-In baharu direka bentuk agar sesuai dengan kontur wajah anda, membolehkan sejumlah besar pati penghidratan dihantar ke dalam kulit.
Rata-rata mereka yang menggunakannya memberi ulasan yang baik mengenai produk kecantikan ini. Cantik persis selebriti ini, ya hanya topeng lebaran dari drugstore jer!
Pembeli juga menyukai topeng muka yang menghidratkan. Seseorang mengatakan bahawa selepas mereka menggunakan topeng itu, “kulit saya kelihatan seperti saya baru sahaja melakukan rawatan muka yang menakjubkan.”
Mereka juga berkata, “Anak perempuan saya menerima topeng ini sebagai hadiah, dan saya kebetulan menggunakannya. Saya biasanya menggunakan produk yang lebih mahal, tetapi saya sangat kagum saya segera membeli sekotak untuk diri saya sendiri. Setakat ini topeng muka yang paling menghidratkan yang pernah saya gunakan.
Kulit saya kelihatan seolah-olah saya telah menjalani rawatan muka yang sangat baik. Saya sangat mengesyorkan!”
“Ia lembut pada wajah saya,” kata pengulas lain sebelum menambah, “Saya sentiasa menjadi jenis orang yang akan mengatakan kurang adalah lebih dengan wajah saya. Saya tidak menggunakan produk kulit di muka saya atau banyak lagi kerana risiko mengelupas. Saya akan mengatakan kulit saya lebih pada bahagian kering berbanding bahagian berminyak. Saya menggunakan salah satu daripada ini kira-kira sekali seminggu atau setiap dua minggu selepas pembersihan di bilik mandi. Muka saya tidak kering atau menjadi berminyak apabila saya menggunakan ini. Ia seperti jumlah pelembab yang sempurna.”
Pelanggan lima bintang terakhir yang dipanggil topeng Hydro Boost Neutrogena “sempurna.” Mereka juga berkata, “Saya sedang memburu topeng yang melembapkan kulit saya tanpa meninggalkannya berasa terlalu ketat. Topeng ini membuatkan wajah anda berasa segar! Saya akan membeli lagi dan lagi!”
Wow! Pelbagai ulasan mengenai topeng lebaran ini, hebat bukan! Layari laman sesawang LAZADA atau SHOPEE sekarang dan simpan stok kecantikan anda dengan topeng muka yang diluluskan oleh selebriti. Dengan hasil yang baik ini, topeng akan menjadi kegemaran dalam rutin anda dengan cepat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan keluar serta pergerakan ke beberapa bandar raya.
“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.
“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.
“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.
Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.
Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.
Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.
Haji ialah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi. Setakat ini, kerajaan Arab Saudi melaporkan lebih 1,500 kes COVID-19 dengan 10 kematian.
Secara global, lebih daripada 825,000 orang telah dijangkiti dengan lebih daripada 40,000 kematian yang direkodkan.
Wabak penyakit menjadi kebimbangan mengenai haji oleh semua umat Islam yang terutama jemaah yang datang dari seluruh dunia.
Wabak terawal yang tercatat semasa 632 di mana jemaah menentang malaria sementara wabak kolera pada tahun 1,821 membunuh kira-kira 20,000 jemaah haji.
Satu lagi wabak kolera menular pada tahun 1865 dan membunuh 15,000 jemaah haji yang kemudian tersebar di seluruh dunia.
Arab Saudi turut dilanda bencana koronavirus ketika wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) tular.
Kurangnya langkah awal pencegahan menyebabkan virus itu membunuh beberapa ratus orang dan merebak di rantau ini.
Kerajaan Arab Saudi sendiri meningkatkan langkah-langkah kesihatan masyarakat pada 2012 dan 2013, walaupun tidak ada wabak yang dilaporkan.
Debaran beberapa bulan bagi pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir apabila keputusan diumumkan semalam. Sememangnya keputusan SPM amat penting dan penentu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan. Bagi sesetengah selebriti, mereka bukan sahaja berbakat dalam bidang seni tetapi juga mempunyai pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
Bukan sahaja tertumpu pada selebriti tetapi juga dalam kalangan anak selebriti yang turut berjaya membanggkan ibu bapa masing-masing.
Malah ada antaranya yang berjaya memasuki universiti dan menggenggam ijazah juga ada yang bergelar doktor.
Kejayaan mereka ini pastinya menjadi inspirassi buat hijabi di luar sana untuk mencapai kejayaan cemerlang. Malah ada yang turut menjadikan mereka sebegai idola, misalnya Neelofa dan Vivy Yusof.
Tidak salah terjun dalam bidang disukai (bidang seni), asalkan mempunyai ilmu di dada serta dipandang tinggi masyarakat luar. Apa yang penting ilmu yang diperolehi sebagai bekalan untuk masa depan lebih gemilang.
Ayuh kita lihat selebriti berhijab yang bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan berilmu. Kejayaan mereka nyata menyuntik dan memberi semangat serta inspirasi buat hijabi.
Pelakon, model dan pengacara cantik ini merupakan alumni SMK Aminuddin Baki sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa. Selepas tamat pengajiannya, Mira lebih senang memberi tumpuan pada bidang lakonan dan pengacaraan. Kini Mira Filzah bergelar pengacara untuk rancangan Nona di TV3.
Artis berbakat ini turut memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dengan kepujian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pemilik nama Yunalis Mat Zara’ai yang sudah mendirikan rumahtangga dengan Adam Sinclair selesa mengembangkan bakat nyanyiannya di luar negara dan kini bermastautin di US.
Anak kepada dramatis Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ini mula berlakon sejak usianya masih kecil. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan dengan Kepujian di UiTM, Dr Norzizi menyambung pengajian peringkat Master dan juga telah memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari Universiti Wollongong, Australia pada tahun 2018.
Graduan lulusan Jurusan Undang-undang dari London School Of Economic and Political Science di England ini sangat menjadi idola kepada hijabi di luar sana. Kejayaan model, blogger dan ikon fesyen bergelar usahawan sebagai pengasas FashionValet serta jenamanya sendiri dUCk benar-benar memacu kejayaannya dalam bidang perniagaan. Malah kisah kejayaannya turut dijadikan kajian kes untuk peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kertas peperiksaan Pengajian Perniagaan tahun lalu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu ini merupakan graduan Unversiti Pengurusan dan Sains dari Management & Science (MSU) di Shah Alam dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan. Kejayaan Wany Hasrita ini begitu membanggakan ibu tersayang yang setia susah senang berada di samping anak gadisnya. Sikap santun Wany yang juga dinobat Bintang Popular ABPBH31 ini walaupun telah menceburkan diri dalam bidang seni begitu disenangi followernya dan menjadikan dia sebagai idola.
Siapa yang tidak kenal denga pelakon serta pengacara popular ini. Aura Neelofa cukup kuat untuk dijadikan idola serta inspirasi buat hijabi terutama yang gemar berfesyen. Neelofa juga turut cemerlang dalam peperiksaan SPMnya dengan mendapat keputusan 10A ketika menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Langkawi sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Sunway dan merupakan pemegang ijazah Sarjaa Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran.
Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku ini begitu mementingkan pelajarannya. Setelah berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Najwa Latif mengambil keputusan melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya. Najwa Latif yang juga kini bergelar Pensyarah di UNITAR juga dipuji peminatnya apabila membawa ibunya kesayangannya bercuti ke Itali tahun lalu.
Siapa tidak mengenali pelawak popular era 80-an, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali sebagai Mr Os. Walaupun sudah meninggalkan kita semua, namun filem lakonannya tetap segar dan menemani kehidupan kita. Biarpun bergelar pelakon, Mr Os juga tidak lupa memberi pelajaran secukupnya pada anak-anak. Salah seorang anak beliau, Syafiqa Hayra baru-baru ini telah menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir Januari lalu. Menurut Dr Syafiqa Hayra kejayaan itu didekikasi buat arwah ayahnya yang begitu memberi galakan kepada dia untuk berjaya dalam pelajaran.
Anak ketiga Fauzi Nawani ini bukan sahaja memilik wajah yang cantik, tetapi juga seorang yang bijak. Hanna Faresya Memperoleh keputusan SPM 10A membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke Intec Education College untuk peringkat Diploma. Selesa memilih untuk belajar di dalam negara sahaja walaupun mendapat keputusan cemerlang dan meraikan konvokesyen dalam Diploma Perakauan Oktober tahun lalu.
Jika melihat lakonan ibunya, Didie Alias memang sangat menghiburkan. Berilah apa jua watak pasti akan dibawa dan tidak mengecewakan. Didie Alias juga sebenarnya seorang ibu yang prihatin dan turut menitik beratkan soal pelajaran anak-anak. Anak sulungnya, Nur Dhaniyah Mohd Riduan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif Oktober lalu. Walaupun ketika itu sudah berkahwin tetapi tidak jadi penghalang untuk menamatkan pengajiannya di UniKL.
Apa pun Hijabista ucapkan tahniah kepada calon SPM yang berjaya hari ini. bagi yang gagal, cuba bangkit kembali dan perbaiki kesilapan lalu. Insya-Allah jika kita berserah pada-Nya, segala urusan akan dipermudahkan kelak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di