Debaran beberapa bulan bagi pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir apabila keputusan diumumkan semalam. Sememangnya keputusan SPM amat penting dan penentu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan. Bagi sesetengah selebriti, mereka bukan sahaja berbakat dalam bidang seni tetapi juga mempunyai pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

Bukan sahaja tertumpu pada selebriti tetapi juga dalam kalangan anak selebriti yang turut berjaya membanggkan ibu bapa masing-masing.

Malah ada antaranya yang berjaya memasuki universiti dan menggenggam ijazah juga ada yang bergelar doktor.

Kejayaan mereka ini pastinya menjadi inspirassi buat hijabi di luar sana untuk mencapai kejayaan cemerlang. Malah ada yang turut menjadikan mereka sebegai idola, misalnya Neelofa dan Vivy Yusof.

Tidak salah terjun dalam bidang disukai (bidang seni), asalkan mempunyai ilmu di dada serta dipandang tinggi masyarakat luar. Apa yang penting ilmu yang diperolehi sebagai bekalan untuk masa depan lebih gemilang.

Ayuh kita lihat selebriti berhijab yang bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan berilmu. Kejayaan mereka nyata menyuntik dan memberi semangat serta inspirasi buat hijabi.

#1. Mira Filzah

Pelakon, model dan pengacara cantik ini merupakan alumni SMK Aminuddin Baki sebelum  melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa. Selepas tamat pengajiannya, Mira lebih senang memberi tumpuan pada bidang lakonan dan pengacaraan. Kini Mira Filzah bergelar pengacara untuk rancangan Nona di TV3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

IKLAN

#2. Yuna

Artis berbakat ini turut memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dengan kepujian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pemilik nama Yunalis Mat Zara’ai yang sudah mendirikan rumahtangga dengan Adam Sinclair selesa mengembangkan bakat nyanyiannya di luar negara dan kini bermastautin di US.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on

#3. Dr Norzizi Zulkifli

Anak kepada dramatis Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ini mula berlakon sejak usianya masih kecil. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan dengan Kepujian di UiTM, Dr Norzizi menyambung pengajian peringkat Master dan juga telah memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari Universiti Wollongong, Australia pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

#4. Vivy Yusof

Graduan lulusan Jurusan Undang-undang dari London School Of Economic and Political Science di England ini sangat menjadi idola kepada hijabi di luar sana. Kejayaan model, blogger dan ikon fesyen bergelar usahawan sebagai pengasas FashionValet serta jenamanya sendiri dUCk benar-benar memacu kejayaannya dalam bidang perniagaan. Malah kisah kejayaannya turut dijadikan kajian kes untuk peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kertas peperiksaan Pengajian Perniagaan tahun lalu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

#5. Wany Hasrita

Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu ini merupakan graduan Unversiti Pengurusan dan Sains dari Management & Science (MSU) di Shah Alam dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan. Kejayaan Wany Hasrita ini begitu membanggakan ibu tersayang yang setia susah senang berada di samping anak gadisnya. Sikap santun Wany yang juga dinobat Bintang Popular ABPBH31 ini walaupun telah menceburkan diri dalam bidang seni begitu disenangi followernya dan menjadikan dia sebagai idola.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on

#6. Neelofa

Siapa yang tidak kenal denga pelakon serta pengacara popular ini. Aura Neelofa cukup kuat untuk dijadikan idola serta inspirasi buat hijabi terutama yang gemar berfesyen. Neelofa juga turut cemerlang dalam peperiksaan SPMnya dengan mendapat keputusan 10A ketika menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Langkawi sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Sunway dan merupakan pemegang ijazah Sarjaa Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

#7. Najwa Latif

Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku ini begitu mementingkan pelajarannya. Setelah berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Najwa Latif mengambil keputusan melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya. Najwa Latif yang juga kini bergelar Pensyarah di UNITAR juga dipuji peminatnya apabila membawa ibunya kesayangannya bercuti ke Itali tahun lalu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

#8. Syafiqa Hayra

Siapa tidak mengenali pelawak popular era 80-an, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali sebagai Mr Os. Walaupun sudah meninggalkan kita semua, namun filem lakonannya tetap segar dan menemani kehidupan kita. Biarpun bergelar pelakon, Mr Os juga tidak lupa memberi pelajaran secukupnya pada anak-anak. Salah seorang anak beliau, Syafiqa Hayra baru-baru ini telah menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir Januari lalu. Menurut Dr Syafiqa Hayra kejayaan itu didekikasi buat arwah ayahnya yang begitu memberi galakan kepada dia untuk berjaya dalam pelajaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAFIQA HAYRA MOHD YUSOF (@syafiqahayra) on

#9. Hanna Faresha

Anak ketiga Fauzi Nawani ini bukan sahaja memilik wajah yang cantik, tetapi juga seorang yang bijak. Hanna Faresya Memperoleh keputusan SPM 10A membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke Intec Education College untuk peringkat Diploma.  Selesa memilih untuk belajar di dalam negara sahaja walaupun mendapat keputusan cemerlang dan meraikan konvokesyen dalam Diploma Perakauan Oktober tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanna Faresha (@hannafaresha) on

#10. Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan

Jika melihat lakonan ibunya, Didie Alias memang sangat menghiburkan. Berilah apa jua watak pasti akan dibawa dan tidak mengecewakan. Didie Alias juga sebenarnya seorang ibu yang prihatin dan turut menitik beratkan soal pelajaran anak-anak. Anak sulungnya, Nur Dhaniyah Mohd Riduan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif Oktober lalu. Walaupun ketika itu sudah berkahwin tetapi tidak jadi penghalang untuk menamatkan pengajiannya di UniKL.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dhaniyah R. (@niyardzn) on

Apa pun Hijabista ucapkan tahniah kepada calon SPM yang berjaya hari ini. bagi yang gagal, cuba bangkit kembali dan perbaiki kesilapan lalu. Insya-Allah jika kita berserah pada-Nya, segala urusan akan dipermudahkan kelak.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI