Dewi Remaja kini kembali dengan kemunculan 16 finalis baru yang membawakan wajah-wajah baru dari setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kesemua 16 finalis berentap di dalam program ini bagi mengejar impian mereka untuk menjadi pemenang Dewi Remaja 2022 dan mengukir nama di dalam industri seni Malaysia. Namun, setelah 4 episod telah di tayangkan di saluran Astro Ria, ramai warganet membuat kecaman di atas posting berkenaan kesemua finalis Dewi Remaja di Facebook.
Eiman, 24, dan Hyeley, 23, peserta Dewi Remaja yang berhijab turut mebincangkan mengenai kritikan yang mereka terima apabila di soal mengenai kecaman dari warganet tentang gaya solekan yang mereka gayakan di dalam program tersebut.
Ini Pertandingan Terimalah Seadanya
Setiap pertandingan pasti ada tugasan dan juga tema yang tertentu bagi menentukan setiap peserta layak untuk kekal bertanding. Pihak produksi juga telah menyediakan cabaran dan juga tema bagi gaya peserta dewi remaja sekaligus untuk memadankan kepada konsep yang ingin ditampilkan di setiap episod.
“Diorang tak cakap pasal make up sahaja tapi cakap pasal paras rupa kitorang.” ujar Eiman. “And that were it came to my mind the beauty standard di Malaysia sangat tinggi” katanya lagi.
Konsep yang dibawakan oleh pihak produksi dan jurusolek cukup kreatif yang membuatkan segelintir warganet sukar untuk terima dengan idea tersebut.
Ads
Semua pihak turut memberikan yang terbaik dari setiap sudut tidak kisah solekan mahupun konsep yang dibawakan. Terpulang pada pendapat dan penerimaan masing-masing.
“Bagi Hyeley, pada peringkat masih baru dan hijau ini saya masih belajar dari segi semua sudut.” kata Hyeley berkenaan isu ini. “Kita tak mampu nak kawal sebenarnya jadi apa yang mampu kita lakukan adalah terima sahaja satu persatu.” balas Hyeley terhadap kritikan yang diterima.
Program Dewi Remaja juga telah berjaya melahirkan ramai selebriti tanah air yang cukup hebat seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, SHaza Bae dan juga Anna Jobling.
Finalis Dewi Remaja 2022 menampilkan kepelbagaian dalam beauty standard untuk menunjukkan bahawa rupa paras bukan menjadi pilihan namun bakat yang harus di nilai.
Ads
Kedua-dua finalis dewi remaja itu agak kesal dengan pendapat yang disampaikan oleh warganet sehingga ada yang menghencap rupa paras segelintir peserta. Eiman dan Hyeley juga beranggapan bahawa itu hanya sekadar pendapat sahaja dan mereka perlu lebih fokus untuk terus memperbaiki diri.
Bagaimanapun, melihat semula komen di posting itu ada segelintir warganet yang yakin kesemua finalis dewi remaja 2022 ini cantik dan hanya gaya solekan yang membuatkan mereka tampak matang.
Semua orang boleh berikan pendapat dan ada idea tersendiri mengenai “beauty standard” tapi siapa tahu mereka bakal menjadi seorang selebriti yang lebih hebat dari Scha Alyahya dan Neelofa.
Ingin tahu lebih lanjut, saksikan Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Program ini dihoskan oleh pelakon Fikry Ibrahim.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular baru-baru ini mengenai video seorang penyanyi tanah air yang cukup terkenal membuang gula-gula di atas pentas ketika sedang membuat persembahan di Konsert Merdeka 65. Shila Amzah tidak berniat bertindak sedemikian dan memohon maaf atas tindakannya itu.
Orang ramai sangat terkejut dengan aksinya itu malah ada juga yang melontarkan komen kepadanya menerusi ruangan posting perkongsiannya di Instagram. Ada juga yang telah faham keadaan Shila kerana ini bukan kali pertama.
Menerusi perkongsian video yang di muat naik oleh Shila Amzah di posting Instagram, penyanyi itu sedang menyanyikan lagu berjudul Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65. Sewaktu asyik membuat persembahan, Shila kelihatan tidak selesa dan dapat di lihat dia mengeluarkan sesuatu dari mulutnya yang di fahamkan merupakan gula-gula berangin lalu membuangnya di atas pentas.
Shila Amzah atau nama sebenarnya NurShahila binti Amir Amzah, 32, itu tidak berniat untuk membuat tingkah laku sedemikian. Jelas terlihat di wajahnya ketika itu kurang selesa dan katanya lagi di posting itu bahawa dia baru sahaja pulih dari sakit, jadi dia perlukan sesuatu untuk segarkan badannya.
“Sorry sebab lupa buang gula-gula again. The aftermath of being demam, makan ubat batuk, selsema and panadol then minum coffee at 11.30 p.m., dapatlah kita menikmati video bts ini.” katanya di ruangan caption sebagai titipan buat warganet.
Di fahamkan bahawa ini bukan kali pertama Shila Amzah membuat sedemikian. Melalui caption dia juga telah berkata dia membuat kelakuan ini sekali lagi. Penyanyi lagu Patah Seribu itu telah melakukan aksi ini buat kali pertama sewaktu dia menanyi di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-36 tahun lalu.
Menerusi temubual bersama OhBulan!, Shila menegaskan bahawa dia sememangnya mempunyai tabiat kunyah gula-gula sebelum membuat persembahan. Bagaimanapun, sewaktu hari kejadian dia terlupa untuk mengeluarkan gula-gula tersebut dari dalam mulutnya dan terpaksa membuat aksi tersebut kerana khuatir tercekik.
“Saya memang ada satu tabiat sebelum membuat persembahan, iaitu saya suka mengunyah gula-gula berangin untuk menyejukkan tekak,
“Selepas dah menyanyi bahagian ‘adlip’, rasa macam nak tercekik dan terganggu. Nak telan, takut tersekat pula. Bila tengah tak sihat, ruang udara macam terbatas, jadi, saya kena buang gula-gula itu.” kata Shila.
Ramai juga orang memberikan respon melalui posting di Instagram miliknya. Pelbagai reaksi yang telah di terima dan ramai juga yang cuba menasihatkan penyanyi tersebut supaya tidak memakan gula-gula sebelum menyanyi. Tetapi ada juga peminat Shila yang sudah tahu tabiatnya yang suka mengunyah gula-gula itu.
Shila Amzah juga selalu beringat untuk di membuat perkara sedemikian kerana ramai juga yang telah memberikan pesanan kepadanya. Malah, ini bukan sahaja kali pertama dia ‘kantoi’ membuat perkara sedemikian.
“Sebelum ini, saya dah pernah ‘buat hal’ di acara akhir Anugerah Juara Lagu yang mana, turut ‘tertangkap’ oleh kamera. Selalunya, saya memang ingat dan tak pernah buat dah,
“Bila dah berlaku sekali lagi dan tular, saya tak boleh nak buat apa sebab benda dah jadi. Bagi saya, ini adalah hiburan. Orang nak cakap apa pun, cakaplah.” katanya lagi.
Persembahan Shila Amzah yang menyanyikan lagu Khilaf Asmara serta pakaian yang di kenakan sewaktu membuat persembahan pada Konsert Merdeka 65 banyak mendapat respon yang positif. Orang ramai sangat tak sangkal lagi kebolehan Shila yang mampu memberi vokal yang hebat.
Biasanya wanita selepas bersalin jarang untuk keluar rumah hinggalah selepas habis berpantang. Ini kerana penampilan yang kurang menarik menyebabkan tiada keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Tetapi bagi isteri kesayangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahidah tetap aktif bergerak ke sana ke mari untuk kembali bekerja dan menguruskan anak-anak. Penampilannya yang simple tanpa sebarang solekan di wajah sebenarnya turut mengundang rasa tidak senang pada suaminya. Malah dia turut ditegur tidak cantik kerana tidak mekap.
_umi_aisyDatin @shahidadherbscantiiiik luar dan dalam..buat dato, maaf yer dato☺ ..sy nk bagi pndpt jer..jgn ambik hati yer ..sebagai suami, dato @aliffsyukriterlajaklarisseharusnya pujilah isteri dato..ucap terima kasih dgn penuuuh kasih syg dan tulus iklas..pandang datin dari “mata hati” ..pandang dgn kasih syg..mcm mana berbunga2 hati dato pandang datin sebelum jadi isteri mcm tu jugaklah hendaknya..hati isteri ni kn dato, mudah terasa sebenarnya..terutamanya bila dgr teguran apalagi komplain dari org yg dia kasihi yg dia sanjung dan dia hormati..memang isteri nmpk biasa..tapi jauh dlm sudut hati..dia sediih sgt..seeloknya jika suami isteri nk bergurau..bergurau sesuatu yg menyenangkn hati..biar seri suami isteri bertmbh2 hehe..maaf jika sy melebih pulak yer datin dato..sy doakan moga dato ngan datin kekal bahagia bersama anak-anak yg di kasihi hingga ke syurga
Fikirkan anda menjumpai rona solekan yang ‘sempurna’ di kedai, belum tentu ianya sesuai dengan untuk anda memandangkan semasa pandemic kita tidak dibenarkan mencuba. Sudah memakai asas beberapa kali, baru tersedar bahawa ia terlalu ringan untuk warna kulit anda?
Walaupun kebanyakan bedak asas mungkin kelihatan seperti padanan sempurna untuk warna kulit anda, kadangkala, pemakaian pada seluruh muka mungkin memberikan gambaran yang sangat berbeza. Jadi, jika anda juga pernah menghadapi masalah ini, berikut adalah beberapa petua tentang cara membaiki asas yang ringan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Berikut 8 adalah petua menarik untuk menyelesaikan masalah asas ringan.
Cara terbaik untuk menguatkan asas terlalu ringan anda adalah dengan mencampurkannya dengan beberapa bronzer. Ini bukan sahaja akan menggelapkan naungan, tetapi juga memberikan kulit anda rupa yang dicium matahari yang kebanyakkannya disukai mereka yang berkulit cerah. Ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai tona kulit coklat. Jika anda tidak mahu keseluruhan kulit anda kelihatan gangsa, cuba gunakan di sekitar pipi, hidung, dahi dan dagu untuk memberikan rupa yang diingini.
Jika yang anda pakai terlalu ringan, sudah tiba masanya untuk mengingati foundation anda yang lain yang terlalu gelap atau sedikit lebih gelap. Campurkan asas ringan anda dengan yang lebih gelap untuk mendapatkan tona asas yang akan menjadi warna yang lebih baik dan lebih tepat untuk kulit anda.
Jika anda mempunyai warna kuning pada kulit anda (kebanyakkannya gadis India), maka kunyit adalah bahan tambahan yang bagus untuk asas terlalu ringan anda untuk menjadikannya boleh digunakan. Seperti yang kita semua tahu, kunyit adalah produk pewarna dan sedikit pun sudah cukup untuk mengotorkan tangan dan kuku anda. Jadi sila pastikan anda menggunakan sedikit sahaja untuk ini.
Ideanya adalah untuk menggabungkan sedikit kunyit dengan asas anda. Tetapi sebelum anda mencuba ini semasa keluar, anda boleh melakukan ini dahulu di masa lapang di rumah, apabila anda mempunyai masa yang mencukupi dan semasa menggunakan cahaya semula jadi atau cahaya putih (lampu kuning menjadikan ton kulit semula jadi nampak berbeza). Ambil asas anda yang terlalu ringan dan tambahkan setitik kunyit yang sangat kecil jumlahnya. Sekarang blend, blend dan blend dengan sangat baik. Foundation anda sepatutnya kelihatan lebih gelap.
Jika kulit anda mempunyai rona merah jambu, tambahkan sedikit pemerah pipi pada asas anda adalah idea yang bagus untuk mengembalikan warna merah jambu pada kulit anda. Sapukan sedikit pemerah pipi pada tangan dan campurkan dalam asas terlalu ringan dengannya. Bila dah sebati dengan betul, sapukan pada muka untuk cahaya merah jambu semulajadi.
Jika anda mempunyai concealer yang sedikit lebih gelap daripada foundation yang terlalu terang, gabungkannya dengan yang sama untuk mendapatkan tona foundation yang dibuat khas. Ingat untuk sentiasa mencuba adunan sedikit demi sedikit, kerana penggunaan terlalu banyak boleh menyebabkan foundation kelihatan terlalu gelap untuk warna kulit anda.
Jika anda mempunyai pelembap berwarna di rumah, atau mungkin juga krim BB, cuba campurkan dengan asas yang terlalu ringan. Pelembap berwarna atau krim BB berkemungkinan besar akan sesuai dengan warna kulit anda, jadi mencampurkannya dengan asas yang terlalu terang akan menjadikannya lebih gelap dan membantu untuk membawanya kepada warna yang lebih hampir dengan warna kulit anda sendiri.
Bedak muka anda juga merupakan agen penggelap yang bagus untuk asas terlalu ringan. Menggunakan bedak muka yang lebih gelap di atas alas bedak yang terlalu ringan ialah pilihan yang bagus untuk membantu menggelapkan bedak asas dan menjadikannya lebih berkesan.
Kadangkala, warna kulit kita mungkin berbeza bergantung pada cuaca. Walaupun cuaca panas adalah keras dan melampau, cuaca sejuk adalah sejuk dan kering. Ini menjadikan kulit kelihatan sawo matang dan lebih gelap pada cuaca panas dan kering dan putih berbanding masa lain pada cuaca sejuk. Menggunakan asas yang terlalu ringan pada cuaca sejuk adalah idea yang baik kerana ia akan padan dengan lebih baik pada warna kulit.
Berikutan kejayaan NEO Cushion yang paling laris, jenama kecantikan terkenal Korea, Laneige, memperluaskan rangkaian NEOnya untuk memasukkan satu lagi produk penetapan arah aliran. Memandangkan trend solekan asas beralih antara matte kepada dewy atau litupan penuh kepada kemasan seperti kulit selama bertahun-tahun, tiba masanya untuk memberi laluan kepada trend terbaru kemasan kulit awan.
Kemasan kulit awan adalah gabungan trend solekan asas yang digemari, memberikan kilauan matte namun halus dari kemasan dalam yang kelihatan seperti lapisan kedua kulit. Kemasan yang ringan dan selesa yang terasa seperti kulit anda sendiri adalah Foudation terbaharu dari Laneige. Faoundation ini didatangkan dalam dua warna pastel yang menarik, Hijau Pudina dan Merah Jambu serta didatangkan dalam kemasan matte dan bercahaya untuk memenuhi keperluan dan pilihan kulit yang berbeza.
Foundation NEO terbukti secara klinikal dapat mengekalkan 48 jam manfaat kulit selepas satu penggunaan. Pigmen kroma tinggi yang terang digunakan dengan Water Color SolutionTM, teknologi unik untuk Laneige NEO serta-merta menawarkan kulit yang jelas dan cerah yang tahan sepanjang hari tanpa pengoksidaan.
Yayasan NEO menampilkan perlindungan berganda terhadap bahan zarahan seperti habuk halus dengan teknologi Electro-filterTM. Seperti semua produk lain dalam rangkaian NEO, Yayasan NEO menawarkan perlindungan cahaya biru untuk melindungi kulit anda daripada pelepasan berbahaya daripada semua alat digital.
NEO Foundation Matte menyediakan penutup seperti awan yang nipis namun padat berkat formulasi serbuk mikro yang ringan. Terima kasih kepada matriks triple-gel formula, asasnya meresap secara sekata dalam lapisan yang ringan dan lembut seperti sutera sambil mengadun dengan lancar ke dalam kulit yang kekal mengikut slogan Stay FIT Stay NEO. Manakala NEO Foundation Glow memberikan kilauan lembut dari mana-mana arah. Serbuk berlian Liquid DiamondTM dan kilauan peraknya bersinar sekata dalam 360 darjah, menjadikan kulit bersinar berseri dari setiap sudut.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.