Cantik Dan Elegan, Ini 10 #OOTD Bella Dally Yang Tidak Pernah Mengecewakan Dan Selalu ‘On Point’!

Share

Nama pelakon Bella Dally sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelakon cantik jelita ini sememangnya sudah ada peminatnya yang tersendiri sejak mula bertapak dalam industri seni pada tahun 2009. 

Sejak tampil berhijab, Bella yang kini berusia 27 tahun sentiasa mencuri tumpuan ramai dengan gaya dan penampilannya yang manis. Ternyata gadis yang berasal dari Sabah ini pandai mix and match

pakaiannya namun dalam pada masa yang sama masih mengekalkan imej sopan itu. Mari kita intai gaya #OOTD-nya!

Di hari pertama pertunjukkan fesyen #KLFW.

Bersama YB Nurul Izzah. Macam adik-beradik pun ada jugak.

Ambil gambar dalam lori pun boleh Bella!

Cantiknya gaya Bella ketika menunggu untuk berlepas di lapangan terbang.

Pemilihan skirt jingga yang terang menyerlahkan serinya!

Manis sekali Bella dalam persalinan baju kurung. Sesuai sangat dengan dirinya yang menjadi duta pakaian tersebut.

Mengenakan dress, Bella seperti bersatu dengan alam sekelilingnya.

Kaca mata juga digunakan sebagai aksesori tambahan yang menjadikannya lebih vogue!

 

IKLAN