Kalau dulu agak sukar untuk hijabi yang gemar bergaya mencari busana bersesuaian dengan penampilan mereka.
Tetapi kini tidak lagi kerana pelbagai pilihan disediakan dan salah satunya adalah butik yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Scha dan Awal.
Pasangan ini telah membuka butik di bawah label SchAwal yang berlokasi di bangunan Jakel Mall. Mereka adalah pasangan selebriti kedua yang berpeluang membuka butik di Jakel Mall selepas Datuk Siti Nurhaliza dengan jenama Creations.
Bagi Scha dan Awal yang selama ini memang begitu mengambil teliti dengan penampilan seharian mereka kini berkongsi fesyen yang digayakan bersama peminat.
Scha Al Yahya, Awal Ashari dan Lara Alana bersama Dato Nizam Mohamed merasmikan butik fizikal pertama Schawal Store
Butik fizikal pertama mereka, memiliki lebih dari 50 koleksi pakaian hasil rekaan mereka sendiri. Pasangan ini memastikan setiap perincian pakaian yang dijual dari segi kualiti kain dan juga rekaan.
“Kami terlibat secara langsung dalam rekaan pakaian. Maknanya setiap koleksi adalah hasil dari minat dan kecenderungan kami dalam bidang fesyen.”
Ads
Bersama dato Nizam
Pelbagai koleksi yang mampu milik
Lara Alana dengan baju kegemarannya
Pengunjung berpeluang beramah mesra bersama Scha ketika hari perasmian butik
“Rekaan berdasarkan pakaian kasual, untuk Scha sendiri dia sangat mementingkan kesesuaian untuk wanita bertudung juga,” katanya.
Sidang media ketika merasmikan butik Schawal
Ketika dibawa menjelajah butik milik pasangan ini, admin sendiri meneliti setiap rekaan bersesuaian dengan hijabi yang mementingkan penampilan Muslimah tetapi stailo.
Pelbagai pakaian ‘ready to wear’ dengan rekaan labuh dan material kain yang tidak jarang yang boleh dimiliki setiap hijabi.
A post shared by SchAwal Ready To Wear (@schawalstore) on
Melalui jenama ini, juga turut mempertengahkan koleksi pakaian kanak-kanak. Dalam masa yang sama menjadikan anak mereka Lara Alana sebagai inspirasi dalam setiap rekaan.
MINYAK WANGI EDISI KEDUA
Tidak terhenti di situ sahaja, selepas kejayaan wangian Blue by Awal dan Maroon by Scha, kini pasangan ini muncul dengan dua lagi wangian yang mewakili personaliti masing-masing.
Edisi Kedua minyak wangi keluaran Awal & Scha
Mempetaruhkan bau musky ditambah dengan kandungan citrus, NOIR, wangian maskulin sesuai memberi keyakinan dalam apa jua keadaan. Menurut Awal lelaki cendurung memilih bauan yang agak ‘macho’.
Silver Rose pula tampil manis dengan haruman bunga-bungaan segar dan suntikan lemon yang mampu memikat sesiapa sahaja yang menggunakannya.
Dengan saiz botol yang kecil, wangian milik pasangan ini mudah dibawa ke mana dan mampu memberikan kesegaran sepanjang hari. Didatangkan dengan harga mampu milik, iaitu serendah RM49 dan boleh dimiliki terutamanya peminat pasangan ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai orang yang sering mempunyai masalah untuk bergaya tetapi tidak mahu keterlaluan dan menonjol. Tambahan lagi, tren terkini sering menunjukkan gaya yang minimal atau bersederhana tapi mahu tampak bergaya dan elegan.
Padanan baju yang sederhana seperti baju t kosong yang berwarna, cardigan, serta sepasang seluar atau kain yang simple, sudah pasti anda akan kelihatan seperti tidak bersiap dan tampak selekeh. Tambahan pula padanan kasut yang serba tidak kena. Jadi bagaimana hendak ubah?
Gaya simple tapi tampak elegan
Gaya ini sebenarnya mengikut kehendak masing-masing dan juga gaya yang mereka inginkan. Kadangkala, kita hanya ingin nampak simple tetapi sofistikated dan berstail tanpa perlu aksesori atau corak yang keterlaluan.
Kasut adalah satu aksesori dalam gaya anda yang mempengaruhi secara menyeluruh pakaian anda. Ramai yang tidak tahu dan peka mengenai penggunaan kasut dalam pakaian yang anda gayakan. Yelah, ia hanya berada di sarung pada kaki, tak semua tengok.
Tanggapan anda itu salah kerana kasut memainkan peranan yang sangat besar dalam pakaian anda. Anda tidak mahu di pandang lucu kerana warna padanan kasut yang tidak serasi dengan pakaian anda.
Melalui perkongsian itsvarmg di TikTok, kasut putih mempunyai satu daya tarikan yang cukup menarik untuk membuatkan pakaian dan gaya anda tampak lebih sofistikated dan elegan. Tambahan pula, ianya boleh di padankan dengan apa-apa jenis pakaian.
“Mempunyai kasut putih membolehkan gaya pakaian anda menjadi lebih sofistikated dan memberikan perincian yang sangat besar walaupun tidak terlalu keterlaluan.
“Gaya yang anda padankan akan tampak lebih menarik dengan kasut putih walaupun hanya sekadar pakaian anda untuk ke gim.” katanya lagi.
Namun, ramai yang beranggapan bahawa kasut putih sinonim dengan pemakaian pakaian seragam sekolah. Tambahan pula, ada yang cuba mengelakkan penggunaan kasut putih kerana susah di jaga dan cepat kotor.
Ada sebab anda harus ada kasut putih!
Kami sangat mengsyorkan anda untuk mempunyai sepasang kasut putih. Kasut putih mempunyai potongan yang cantik dan minimal dan harganya juga berpatutan. Kadangkala, gaya pakaian anda yang nampak simple boleh berubah tampak lebih ‘mahal’. Jadi ini adalah sebab-sebab kenapa anda perlu ada kasut putih di rumah:-
Padanan kasut putih dalam pakaian sangat membantu dalam menyerlahkan apa baju atau seluar/kain yang anda pakai. Kadangkala, padanan warna yang seakan-akan menyebabkan pakaian kita kurang menyerlah, jadi dengan padanan kasut putih, ia mengimbangkan lagi warna serta kontra kepada corak-corak abstrak yang anda gayakan.
2. Tidak perlu pening untuk sarung kasut apa
Kasut putih sangat versatil kerana ia boleh menyenangkan kerja anda tanpa perlu berfikir rumit mengenai padanan warna kasut atau jenis. Hanya perlu sarung sahaja kasut putih, jimat masa anda dan ia sangat mesra dengan pelbagai gaya.
Tiada lagi simple walaupun ke kedai runcit ataupun pasaraya, anda bakal kelihatan minimalis dan menarik dengan imbangan warna yang serasi. Kasut putih kini merupakan kasut yang sesuai dengan semua gaya.
3. Kasut putih ini sangat berbaloi
Tidak di nafikan jualan kasut putih yang berjenama seperti Balenciaga, Gucci, ataupun jenama yang seangkatan boleh mencecah sebanyak RM800.00 hingga RM3,000.00 keatas. Hakikatnya, pasaran bagi kasut putih sangat tinggi dan meraih permintaan yang ramai.
Kasut putih juga tidak perlu untuk membeli di kedai yang berjenama kerana tanpa jalur, potongang yang minimal, dan tiada logo membuatkannya tampak sofistikated. Tumpuan utama ramai orang kepada kasut putih adalah kasut itu tersendiri bukannya jenama.
4. Tampak cantik walaupun dalam keadaan kotor
Sudah tentu memiliki kasut putih kerap membuatkan anda untuk bersihkan ia. Malah, ia jadi satu tabiat yang baik kerana anda menjadi lebih peka untuk jaga kebersihan kasut. Tetapi sebenarnya ia tidak menjadi satu kesalahan jika kasut putih anda itu cepat kotor. Proses membersihkan kasut itu juga dianggap sebagai perkara yang terapeutik.
Jadi pemilihan jenama kasut itu terpulang buat anda tapi kami sarankan untuk membeli kasut yang diperbuat oleh kulit atau pvc kerana lebih senang di sental menggunakan berus atau sponge. Pastikan anda yakin dalam padanan gaya yang anda suka dan harus kekal berani!
Koleksi jubah abaya dewasa ini amat popular bukan sahaja di kalangan wanita dewasa, malah turut mendapat tempat di hati gadis remaja. Antara sebab ramai yang mengemari jubah abaya kerana ia ringkas dan cepat untuk disarungkan. Sesuai untuk pelbagai majlis!
Pada tahun 2020, Abayalubnaa menjadi trendsetter dalam industri fesyen sederhana dengan melancarkan barisan abaya eksklusif mereka dalam pilihan warna pastel yang tidak pernah ditawarkan oleh jenama lain di Malaysia. Disebabkan permintaan yang semakin meningkat untuk reka bentuk mengagumkan, AbayaLubnaa kemudiannya memutuskan untuk membawa jenama mereka ke dalam ruang runcit dengan membuka Kedai Konsep pertama di SHOPPES Four Seasons Place Hotel pada tahun 2020.
Kini, Abayalubnaa melangkah setapak ke hadapan lagi dengan pembukaan sebuah lagi butik Abayalubnaa yang terletak di NEO Damansara, Damansara Perdana.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Setiap koleksi tidak pernah mengecewakan
Abayalubnaa turut memasarkan koleksi produk terbarunya #EnchantedRaya dimana 20 pilihan rekaan abaya ekslusif khas untuk pelanggan Abayalubnaa mempunyai lebih pilihan perincian, penggunaan fabrik, pelbagai warna dan siluet yang sesuai untuk wanita dari semua saiz.
Di majlis pembukaan ini juga Abayalubna memperkenalkan rekaan koleksi baju lelaki terbaru berkolaborasi dengan jenama terbaru, Dindaakandaa. Dengan kempen “Just Be You”, Inovasi koleksi jubah dan kurta kontemporari lelaki ini direka agar boleh dipakai untuk semua golongan lelaki dari pelbagai peringkat umur juga sesuai untuk ke semua majlis atau selepas musim perayaan.
Walaupun mengalami tahun yang mencabar akibat pandemik, AbayaLubnaa mengekalkan momentum kejayaan mereka yang semakin meningkat dengan terus menghasilkan rekaan yang diminati peminat fesyen sederhana.
Selesa melakukan ibadah dalam setiap helaian
Eksklusif bersempena Ramadan di kesemua Butik Abayalubnaa (SHOPPES at Four Seasons Place & NEO Damansara), koleksi #RamadanRaya22 dilancarkan sempena pembukaan butik baharu pada 26 Mac 2022 yang lalu, dimana 10 koleksi rekaan abaya sangat sesuai dipakai ketika melakukan ibadah ramadan juga untuk berziarah raya. Koleksi ini memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan Abayalubnaa untuk merasai kualiti premium Abayalubnaa dan dapat melakukan ibadah juga kegiatan harian di bulan Ramadan dengan lebih selesa dan sempurna.
Pastinya koleksi-koleksi Abayalubna tidak mengecewakan seperti, Senorita, reka bentuk abaya berlipat mereka menjadi fenomena dan menjadi viral dalam talian pada tahun 2021 (walaupun ia dilancarkan semasa wabak COVID-19 menjejaskan banyak perniagaan di Malaysia). Pelakon, model dan usahawan, Mira Filzah turut memakai Senorita semasa majlis perkahwinannya yang menunjukkan betapa popularnya jenama itu dalam kalangan selebriti di Malaysia.
Video dan rakaman tetamu perkahwinan yang menghadiri majlis perkahwinan selebriti terkenal Malaysia, Neelofa bertemakan putih dalam rekaan AbayaLubnaa turut menjadi tular di pelbagai platform media sosial. AbayaLubnaa telah berada di tempat no.1, dengan jumlah jualan terbanyak, muncul sebagai peneraju di antara kedai yang dilancarkan semasa pandemic COVID-19.
Strategi Lokasi Butik terbaru
Peluasan perniagaan AbayaLubnaa diteruskan dengan pembukaan kedai butik konsep Damansara pertama mereka di Neo Damansara pada Mac 2022.
Untuk pembukaan butik terbaru ini, pelbagai tetamu dari kalangan selebriti, AbayaLubnaa menunjukkan penghargaan mereka kepada pelanggan yang dihargai dengan menjadikan mereka tetamu kehormat kerana AbayaLubnaa sentiasa percaya bahawa kesetiaan dan sokongan daripada pelanggan mereka adalah sebab jenama itu berjaya walaupun dalam masa yang paling sukar.
Sentiasa percaya bahawa kesetiaan dan sokongan daripada pelanggan mereka adalah bukti dan penyebab jenama ABAYALUBNAA sentiasa relevan dan lokasi yang strategi ini bagi memudahkan pengikut memiliki AbayaLubnaa.
4 Tips Beli Jubah Abaya Baru Untuk Pemula
Antara tip yang boleh dijadikan rujukan semasa membeli jubah abaya bagi pemula:
Fabrik / kain yang sesuai
Kain jubah sangat memainkan peranan penting dalam keselesaan, secara umum, pemilihan kain sangat penting sebelum anda membeli abaya baru. Pastikan fabriknya selesa, menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan yang baik. Boleh dikatakan hampir semua jenis kain sesuai untuk dibuat jubah. Asalkan ia tidak melekap pada tubuh.
Elakkan fabrik lycra, chiffon dan satin kerana ia agak melekap pada tubuh. Jadi bila ditiup angin boleh menampakkan susuk tubuh si pemakai.
Oleh kerana kain jenis lyra tergolong dalam kategori kain yang berat, ia akan jatuh mengikut tubuh. Jika sudah membelinya pastikan anda memakai inner yang tidak melekap pada badan.
Ini akan membantu mengurangkan sifat lycra yang melekap pada tubuh. Maklumlah, kain jenis ini memang nampak lebih kemas kerana ia sukar berkedut.
Warna dan corak jubah
Jubah abaya hitam adalah warna paling di gemari dan sering menjadi pilihan ramai muslimah. Jubah hitam juga boleh secara umumnya di kategorikan kepada jenis abaya kosong dan abaya berhias batu dan sulaman.
Jubah abaya hitam mudah disesuaikan dengan pelbagai warna tudung dan corak berlainan. Walaupun begitu, sekarang pelbagai warna dan corak boleh di dapati dipasaran. Jubah abaya hitam kosong sesuai digayakan bersama tudung labuh berwarna cerah dan bercorak.
Manakala jubah bercorak pula sesuai di pakai bersama tudung polos.
Pilihlah yang mana anda gemari, asalkan ianya menutup aurat.
Saiz abaya tempatan dan import
Saiz abaya import berbeza dengan jubah abaya yang dijahit di Malaysia. Jadi, untuk memastikan jubah yang dibeli sesuai saiznya dengan badan anda, seeloknya tanya dahulu penjual tersebut.
Dapatkan ukuran semasa dan berikan kepada penjual. Biasanya, masalah ini tidak terjadi sekiranya membeli abaya sendiri di kedai fizikal.
Bagi pembelian jubah abaya secara online, pastikan saiz yang diberi benar benar sesuai dengan ukuran badandan ada lebih baik anda membaca review dari pembeli sebelumnya.
Lazimnya, jubah dari timur tengah mempunyai ukuran yang lebih besar dari jubah jahitan tempatan atau negara asia.
Harga dan kualiti
Pelbagai kategori abaya di pasaran, bergantung kepada bajet anda. Tak semestinya yang mahal lebih bagus dari yang murah kan? Sebab harga abaya mahal dipengaruhi perhiasan. Jubah yang terlampau mahal amat sukar penjagaannya.
Mungkin untuk acara istimewa, tidak salah untuk berpakaian cantik. Tetapi jubah abaya yang digunakan untuk majlis ilmu dan bersilaturahim kebiasaanya lebih sesuai dengan abaya yang sederhana.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila menginjak usia dewasa, pasti minat para gadis terhadap barang kemas mula bercambah. Kilauannya yang bercahaya pasti memukau mata-mata yang memandangnya. Namun, tak ramai yang menitik beratkan soal penjagaannya hingga hilang serinya.
Jangan begitu sis! Kalau nak aksesori yang dipakai itu tahan lama, cuba kita ikuti tips yang diberikan oleh pakar pembuat barang kemas iaitu Muhammad Hazim Wathiq Muhammad Ridzuan ini. Pastinya barang kemas yang kita pakai itu akan kembali ‘lip-lap’ seperti baru dibeli.
Elakkan daripada semburan bahan kimia contohnya minyak wangi. Cecair asid juga perlu dielakkan. Itu kita kena jaga sebab itu kita perlu kerap mencuci barang kemas mengikut jenis materialnya.
Kalau nak beli cincin, pastikan..
Pastikan cincin itu betul-betul ngam dan fit dengan jari kita. Jari kita ada waktu kembang dan kucup dia. Jika nak tempah cincin, di awal pembuatan lagi kita sudah ambil ukuran saiz yang betul supaya dalam apa jua waktu dan cuaca, cincin itu tetap lekat dan terletak elok.
Cuaca juga mainkan peranan, biasanya waktu hujan atau sejuk jari kita akan mengecut. Lebih-lebih lagi waktu mandi di sungai. Itu lagilah mudah untuk jatuh dan hilang.
Tips supaya cincin tak mudah hilang.
Pastikan alihkannya ke jari di tangan kiri. Tak perlu letak merata. Letak sahaja di jari belah tangan kiri sewaktu hendak makan. Minda kita akan automatik bagitahu rasa tidak selesa nanti jadi kita akan tukarkannya ke posisi yang asal semula. Itu lebih baik daripada kita letak merata atau tambah teruk lagi boleh jatuh dalam lubang singki.
Simpan di tempat bertutup agar kilatannya tidak pudar. Pakai mengikut suasana yang betul. Jangan pakai ketika hendak berkhemah pula. Kita harus ikut kesesuaian tempat yang betul.
Jangan terdedah kepada angin, sentiasa cuci barang kemas. Guna sabun biasa pun boleh. Pastikan sentiasa lap barang kemas itu. Seeloknya gunakan kain khas untuk mengelapnya kerana ianya diperbuat daripada berlainan jenis batuan seperti emas, perak dan lain-lain lagi. Macam manusia, kalau sayang kita jagalah betul-betul!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...