Dugaan di bulan Ramadan, pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad berkongsi keadaan dirinya yang terpaksa menjalani pembedahan mengejut disebabkan masalah apendiks.
Jelas pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, dia bersyukur dan bernasib baik kerana apendiksnya tidak pecah. Jika tidak, risiko yang lebih besar bakal menanti.
“Syafakillah Uyaina & Baby. Semalam Uyaina baru je kena operate sebab Appendix. I’m lucky sebab Appendix tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah..
“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat-sangat belah bawah kanan perut. Sakit yang tak boleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit,” kongsinya.
Ujarnya lagi, suaminya, Raja Syahiran telah membawanya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum diarahkan doktor untuk ditahan di wad.
“Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Dr terus tahan ward. Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar.
“Terima kasih kepada semua doktor & nurse di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin.
“Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat.. Dan semoga Baby sihat.. Kesian Baby.. Aaminn,” coretnya di laman Instagram.
Menerusi ruang komen, ramai pengikut laman sosialnya termasuklah selebriti popular seperti Hannah Delisha, Fify Azmi dan Daiyan Trisha yang menitipkan doa agar dirinya dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Rest well dear”
“Syafakillah, moga diberi kesembuhan”
“praying for your speed recovery”
“semoga semuanya dipermudahkan”
Terdahulu, Uyaina dan Syahiran telah disatukan sebagai suami isteri pada 21 Disember tahun lalu di Colony Boulevard, KLCC.
Pada awal April lalu, pasangan ini telah berkongsi berita gembira apabila Uyaina kini disahkan hamil anak pertama mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Penjagaan Mental Sangat Penting!’, Tegas Putera William Dan Kate Middleton Bersempena #WorldMentalHealthDay
Putera William bersama Kate Middleton telah ‘meminjamkan’ suara mereka kepada BBC Radio 1 (BBC Newsbeat) bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober yang lalu.
Bersempena Hari Kesehatan Mental Sedunia, Putera William dan Kate Middleton telah mengambil bahagian untuk berdiskusi dengan lebih mendalam mengenai ‘makna kesihatan mental’ di BBC Radio 1.
Diskusi bersama pasangan diraja ini turut di sertai oleh peguam bela kesihatan mental António Ferreria, Emma Hardwell dari badan amal ‘The Mix’, ahli terapi muzik Ben Cowley dan Dr. Abigail Miranda dari Pusat Kanak-Kanak dan Keluarga Anna Freud.
Putera William telah menggesa semua orang supaya membina ‘toolbox‘ tersendiri. Ia merupakan satu analogy yang bermaksud satu teknik dan strategi untuk membantu anda menangani masalah yang tidak dijangka.
“Ramai orang tidak menyedari apa yang mereka perlukan sehingga ia benar-benar datang,” kata Prince of Wales itu.
“Anda boleh menjalani satu kehidupan biasa dalam seminit dan dengan tiba-tiba satu perkara boleh berubah secara drastik, dan ketika itu anda sedar bahawa anda tidak memiliki ‘peralatan’ atau pengalaman untuk menanganinya.” Oleh itu, memiliki ‘toolbox’ adalah kunci kehidupan.
“Jika anda tidak dapat menjaga diri anda sendiri, nescaya anda tidak akan dapat menangani isu atau masalah yang anda akan lalui setiap hari,” sambungnya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by The Prince and Princess of Wales (@princeandprincessofwales)
Kate kemudian bertanya kepada tetamu yang lain mengenai cara mereka menjaga kesihatan mental mereka. Sebagai balasan, seorang tetamu memberitahunya bahawa perkara paling penting bagi mereka lakukan ialah ‘menyedari’ kesihatan mental mereka.
“Tidak setiap hari indah, seperti menjadi bunga mawar dan bunga matahari(not every day is going to be roses and sunflowers).. Saya akui terdapat beberapa hari saya perlu menolak awan untuk melihat matahari itu semula,” kata lelaki itu.
“Anda tidak boleh lari daripadanya, kadang-kadang anda perlu benar-benar menghadapi dan menakluki mereka. Dengan latihan, ada kemajuan (with practice, there’s progress).”
Artikel berkaitan: Kate Middleton Punyai 2 Helah Yang Membantunya Berdiri Di Tumit Tinggi Selama Berjam-Jam
Kate juga bersetuju dan menambah,
“Tiada betul atau salah. Perkara yang berbeza akan berkesan untuk orang yang berbeza, dan kadangkala dengan mencuba kaedah yang berbeza, peluang yang berbeza pula akan datang kepada anda untuk membantu dan sokong diri anda dengan lebih baik.”
“Setiap orang perlu menjaga kesihatan mental sama seperti menjaga kesihatan fizikal. Untuk menjaga kesihatan fizikal kita akan pergi ke gim… untuk menjaga kesihatan mental, kita perlu belajar memupuk MINDA kita” katanya.
Artikel berkaitan: ‘Tiada Kentang, Nasi Atau Pasta Untuk Makan Malam!’ Diet Di Raja Yang Paling Ketat Tapi Bukan…
Pasangan diraja itu telah lama berdedikasi untuk memperjuangkan isu kesihatan mental ini. Bahkan terdahulu, pasangan ini telah melancarkan inisiatif ‘Heads Together’ pada 2016 iaitu kempen untuk menamatkan stigma mengenai kesihatan mental.
William dan Kate tidak pernah berhenti memperjuangkan isu kesihatan mental ini dan pernah menganjurkan rancangan bertaraf bintang semasa Minggu Kesedaran Kesihatan Mental dengan melawat pusat kanak-kanak seterusnya telah memeriksa pekerja kesihatan tahun lepas untuk memberikan sokongan kepada mereka.
Sumber info dan gambar: People dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Upload Foto Berhijab, Penampilan Versatile Jasmine Suraya Buat Semua Terpukau
Berkongsi foto terbaharu di Instagram, pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya Chin dihujani pelbagai komen positif di laman sosialnya apabila dia kelihatan sangat manis dan versatile bila menggayakan hijab bersama blazer.
Ramai yang memuji penampilan gadis yang berasal dari Sarawak ini termasuklah rakan-rakan artis iaitu Sufian Suhaimi dan Ramona Zam Zam yang mengatakan dia hampir tidak mengenalinya kerana Jasmine kelihatan begitu berbeza.
View this post on InstagramYour favourite ustazah but make it fashunn ✨
A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya) on
Cantiknya sis!
Untuk makluman semua, Jasmine merupakan seorang pelakon, pengacara dan model berbangsa Cina yang berasal dari Kuching,Sarawak. Dia terkenal dengan lakonannya di televisyen seperti drama Hero Seorang Cinderella, Alamatnya Cinta dan Adellea Sofea.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sanggup Jaga Isteri Hidap Paranoid Schizophrenia, Netizen Doakan Lelaki Ini Tabah Harungi Semua Dugaan & Ujian Allah
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan perkahwinan yang bahagia serta pasangan yang sihat sejahtera. Namun, siapa sangka Allah mahu menduga, menguji sejauh mana keimanan serta kekuatan hamba-Nya.
Inilah yang berlaku pada Sharul Nizam Ab Rahim. Diuji oleh Allah apabila isteri yang dikahwininya disahkan menghidap Paranoid Schizophrenia. Ia merupakan salah satu penyakit schizophrenia di mana penghidapnya mengalami delusi bahawa orang lain bersekongkol melawan dirinya atau anggota keluarganya.
Kebanyakan penghidap mengalami halusinasi suara di mana mereka mendengar suara-suara yang tidak nyata. Sharul Nizam Ab Rahim telah berkongsi kisah isterinya di Facebooknya dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berdoa agar beliau tabah dan sabar dengan dugaan Allah ini.
Malah, isterinya juga pernah beberapa kali membuat panggilan palsu hingga menyebabkan polis datang ke rumah. Semoga perkongsian Sharul Nizam Ab Rahim ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.
Baru 8 Bulan Berkahwin
Usia perkahwinan kami baru masuk 8 bulan. Asakan demi asakan yang saya terima. Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki.
Penggeledahan maklumat menunjukkan isteri mula mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 tahun lalu (8 Jun 2000).
Pada 30 November 2014, Doktor Pakar mengesahkan isteri saya mengidap Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder.
Kawal Melalui Ubat
Penyakit ini tiada penawarnya. Yang ada cumalah, kawal. Ia mesti dikawal melalui pengambilan ubat. Lagi satu, penuhkan fikirannya melalui aktiviti yang dia suka.
Isteri saya suka melukis. Lagi satu, dia suka mengajar. Mutu lukisan dan mutu pengajarannya sangat baik. Malah lebih baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit.
Sekiranya tidak mengambil ubat dan tiada aktiviti, isteri saya akan didatangi kepercayaan palsu (delusion) dan halusinasi (hallucination).
Halusinasi Hingga Berfantasi
Semasa delusi, tanpa sedar dia akan berkata suaminya jahat. Ketika ini, dia mula mencari sokongan. Misinya, orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandainya kamu enggan percaya, siaplah kamu.
Dia akan kembali semula pada suaminya dan berkata, “Abang, itu orang jahat”. Tanpa mata hati, kita saling membenci, saling mengesyaki, saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan.
Semasa halusinasi, tanpa sedar dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan dan bisikan itu menyatakan suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri atau merosakkan barangnya. Dan satu keadaan, dia sedang dicederakan.
Perlu Banyak Bersabar
Ketika ini berlaku, tiba-tiba saja isteri akan lenyapkan diri. Kalau ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Itulah orang rayau. Itu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam.
Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri atau dirosakkan, hati-hati. Kalau dia diam memendam tidak mengapa. Tapi kalau dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun dia, jaga-jaga.
Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling, memecahkan, menakutkan atau mempertahankan diri. Tanpa mata hati, mustahil kamu boleh bersabar. Natijahnya, samada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.
Masyarakat kita terutama orang-orang Melayu suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan pengidap Psikiatri. Tetapi masyarakat barat, mereka dedahkan.
Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari Movie bertajuk A Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya, ada persamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi.
Saya sorang-sorang tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih Doktor. Terima Kasih Nurse. Terima Kasih Polis. Terima Kasih Guru Besar. Dan Terima Kasih Security Guard.
Akan Jaga Seumur Hidup
Doctor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup.
Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan, akan ku jaganya seumur hayat.
Tulisan saya berhubung turut mendapat perhatian dan komen daripada seorang peguam. Client dia sendiri mengadu dicekik suami. Di pengakhiran kes, dia sendiri tak boleh nak buktikan aksi cekik. Finally, jumpa benda lain.
Buat Panggilan Palsu
Saya sendiri sudah berapa kali dah Polis Subang Jaya datang rumah akibat panggilan palsu oleh isteri. Polis siap buat spot check tubuh badan isteri kalau-kalau suaminya betul-betul abuse dia. Namun demikian, polis tak jumpa apa-apa.
Apabila Polis tak memihak kepada aduan isteri, dia kembali kepada saya dan bertanya “Abang rasuah polis berapa RM?”.
Oleh yang demikian, sampai ke sudah isteri tak percayakan polis. Sewaktu singgah makan Laksa di USJ 20, Subang Jaya. Kalau ada polis peronda turut makan situ, saya sorang-sorang je yang keluar makan. Isteri tak nak keluar kereta kerana dia tak nak tengok muka polis-polis yang saya dah “rasuah”.
Kerana Sayang & Rasa Tanggungjawab Terhadap Isteri
Actually di rumah, nombor telefon Balai Polis Subang Jaya memang saya beri pada isteri. Seandainya tiba-tiba dia rasa terancam, memang saya ajar dia dapatkan polis. Tujuannya, dia boleh rasa secure dan peroleh perlindungan serta-merta.
Saya tak peduli berapa banyak isteri buat perkara negatif pada saya. Saya cekal. Saya hadap. Saya bertanggungjawab. Dan saya sayangkannya. Finally, saya akan rungkai satu demi satu.
Saya ulang. Ketiadaan mata hati, tiada siapa mampu menghadapi. Sama ada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.
Sumber: Sharul Nizam Ab Rahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI