Pasti ramai yang mengalami masalah sakit otot atau sengal tubuh badan selepas melakukan senaman. Hal ini bukanlah perkara baru, namun jika dibiarkan berlanjutan, ia pastinya akan memberikan rasa sakit yang berpanjangan sehingga membataskan segala aktiviti harian kamu.
Sakit otot yang dirasai selepas melakukan aktiviti fizikal, dikenali sebagai “Delayed Onset Muscle Soreness” (DOMS). Ia boleh berlaku apabila orang yang baru memulakan program senaman, menukar rutin senaman anda, atau meningkatkan tempoh atau intensiti kebiasaan senaman anda.
Apabila otot dirangsang untuk bekerja lebih keras daripada kebiasaan, atau dengan cara yang berbeza, ia boleh mengakibatkan kerosakan mikroskopik kepada sel-sel otot, lalu mengakibatkan kesakitan otot atau ketegangan. DOMS juga dipercayai disebabkan oleh pengumpulan asid laktik.
TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI DELAYED ONSET MUSCLE SORENESS.
1) Sakit otot/lenguh yang terjadi dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas melakukan senaman baru atau agak berat. Rasa pada otot yang terlibat dalam senaman/aktiviti dan akan menyebabkan kekejangan otot serta rasa sakit.
2) Sukar untuk menggerakkan sendi dan otot-otot yang terlibat.
3) Hilang kekuatan otot untuk jangka masa yang pendek.
4) Mungkin akan ada bengkak pada kumpulan otot-otot yang terlibat.
5) Terasa panas pada kawasan sekitar tempat yang sakit.
CARA UNTUK HILANGKAN DOMS/SAKIT BADAN SELEPAS BERSENAM
1) Minum air secukupnya.
2) Pemanasan badan (Warm up).
3) Penyejukan badan (cool down).
4) Letak ais.
5) Urutan
– Mengurut otot sakit boleh membantu melepaskan ketegangan otot secara pasif. Ia juga membantu pengaliran darah ke kawasan itu dan menolak keluar sisa cecair dari otot, dan seterusnya mepercepatkan proses pemulihan.