Nampaknya ramai yang sudah mula masuk ke pejabat untuk membuat kerja seperti biasa. Memandangkan kes Covid-19 sudah mula menurun, pastinya ramai diantara kita yang sudah sibuk di pejabat dengan urusan ‘meeting’, mengejar ‘dateline’, dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Rasa Malas Buat Kerja Di Pejabat, Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Bersemangat & Bertenaga!
Sumber gambar: Anthony

Oleh kerana terlalu lama membuat kerja di rumah (work from home), pasti ramai yang hilang fokus bila di pejabat! Tidak bersemangat dan rasa malas! Usah risau, kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuatkan anda kembali cergas dan bersemangat untuk melakukan tugasan di pejabat. Selamat mencuba!

  1. Melakukan senaman regangan
Rasa Malas Buat Kerja Di Pejabat, Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Bersemangat & Bertenaga!
Sumber gambar: sh.vets

Seharian duduk di pejabat menyebabkan badan tidak selesa kerana sengal-sengal badan. Apatah lagi bagi anda yang mengadap komputer selalu. Apa kata luangkn sedikit masa selama 10-15 minit untuk melakukan beberapa senaman regangan yang mudah. Contohnya seperti naik turun tangga, senaman tolak dinding, ‘half squat’ ataupun senaman menggunakan kerusi. 

Senaman menggunakan tangga mampu membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung. 

2. Berhenti dan minum

Rasa Malas Buat Kerja Di Pejabat, Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Bersemangat & Bertenaga!
Sumber gambar: Edmond

Sesuai untuk anda yang sejenis ‘workaholic’, usah terlalu fokus untuk menyiapkan tugasan anda sehingga tiada masa untuk berehat. Sikap fokus anda itu bagus, cuma janganlah sehingga memudaratkan diri. Berhenti sebentar dan bancuh air kesukaan anda untuk memberi ketenangan kepada minda. Cara ini membantu untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan dan juga memberi fokus yang lebih banyak kepada tugasan yang ingin dilakukan. Jika lapar, tidak mengapa untuk makan makanan yang ringan seperti biskut. Lakukan cara ini pasti anda tersenyum selepas itu!

3. Berjalan dan bersosial

Rasa Malas Buat Kerja Di Pejabat, Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Bersemangat & Bertenaga!
Sumber gambar: Cotton Bro

Siapa kata kalau di pejabat kita tidak boleh meluangkan masa untuk bersosial? Pejabat bagaikan rumah kedua kita kerana kita menghabiskan waktu yang lam di situ. Jadi, bersosial lah dengan rakan-rakan pejabat anda. Ambil masa untuk berkomunikasi dengan mereka untuk menghilangkan rasa tekanan di minda. Tetapi, usahlah bersembang sehingga kerja tidak disiapkan! Apabila kita berbual dan bergurau-senda dengan orang lain, secara tidak langsung ia memberi keceriaan dan ketenangan kepada diri kita. Barulah rasa ingin selalu datang ke pejabat!

4. Mendengar muzik atau menonton 

Rasa Malas Buat Kerja Di Pejabat, Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Bersemangat & Bertenaga!
Sumber gambar: sh.vets

Jika anda lebih selesa untuk duduk di kawasan meja kerja anda, apa kata berehat seketika dengan mendengar muzik atau menonton video kegemaran anda! Cara lain yang anda boleh lakukan adalah dengan melayari laman sosial seperti Instagram atau Facebook. Cara ini adalah untuk mengurangkan sedikit bebanan yang datang apabila melakukan tugasan. Jadi, usah takut untuk mendengar lagu kesukaan anda di pejabat! Pastinya ketua anda memahami keperluan itu!

5. Membasuh muka

Rasa Malas Buat Kerja Di Pejabat, Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Bersemangat & Bertenaga!
Sumber gambar: Eminence

Bagi anda yang benar-benar mengantuk dan ingin kembali segar, pergi ke tandas dan basuh muka anda! Pastikan anda membawa tuala kecil setiap kali datang ke pejabat untuk mengelap wajah yang basah. Bagi umat Islam, pastinya apabila kita mengambil wudhuk, ia memberi kesegaran kepada tubuh badan kita. Itupun sudah cukup memadai! Jika tidak tahan, tidur sebentar selama 10 minit untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan!

Semoga cara-cara di atas dapat membantu anda untuk kembali bertenaga dan cergas melakukan tugasan di pejabat! 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI