Masalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata yang juga dipanggil sebagai mata ‘panda’ ini merupakan satu masalah yang sering terjadi kepada wanita yang sering tidur lewat dan tidak mendapat tidur yang cukup. Selain itu, pemakanan yang diambil juga boleh menyebabkan kemunculan lingkaran gelap pada bawah mata.
Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan paling mudah adalah dengan menggunakan bahan-bahan alami. Antara bahan alami yang boleh digunakan adalah kunyit kerana kunyit mengandungi antioksidan, anti-penuaan dan anti-inflamasi.
Ads
Selain itu, kunyit juga kaya dengan serat, kalsium, vitamin dan mineral. Perlu anda tahu bahawa kunyit tidak memiliki toksin dan tidak memberi sebarang kesan sampingan. Malah, ia juga berguna untuk menjaga kelembapan kulit dan menghilangkan mata panda anda itu.
Ads
Jom kita cuba buat masker kunyit ini!
Ads
Bahan-bahan:
Kunyit
Tepung
Jus lemon
Jus tomato
Cara-cara:
Ambil sedikit kunyit yang telah ditumbuk hingga halus.
Campurkan dengan setengah sudu teh jus lemon.
Kemudian, tambah sedikit tepung dan satu sudu teh jus tomato.
Sapukan pada lingkaran gelap pada sekitar mata anda.
Diagnosis barah selalunya merupakan momen yang teruk dalam hidup seseorang. Terdapat ketakutan terhadap prognosis yang tidak menentu, kebimbangan tentang bagaimana individu yang dikasihi akan mengatasi dan pilihan rawatan yang menakutkan dan jargon perubatan yang membingungkan untuk menangani semuanya sekaligus.
Nampaknya penjagaan kulit adalah salah satu perkara paling mustahak untuk dipertimbangkan dan dalam banyak hal. Namun, perubahan pada kulit adalah salah satu kesan sampingan rawatan kanser yang paling sering dilaporkan, dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesusahan.
Kemoterapi boleh menyebabkan sejumlah keadaan kulit yang biasanya termasuk perubahan warna, kepekaan, ruam dan kekeringan yang melampau. Namun, tidak jarang pesakit juga mengalami jerawat dan luka yang menyakitkan.
Penderita barah dan kulit akan mengalami kulit menjadi pucat, sering mengelupas dan dalam beberapa kes penghidapnya mendapat dermatitis. Ini mungkin disebabkan oleh rawatan atau jenis barah tertentu.
Selain daripada masalah emosi terhadap keadaan kulit dan kesan negatif yang timbul terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan seseorang, terdapat juga peningkatan risiko jangkitan jika kulit mengelupas dan terdedah kepada bakteria luaran. Sudah tentu, ini sangat bermasalah semasa kemoterapi, yang mengganggu sistem imun, menjadikannya lebih sukar untuk melawan jangkitan.
Ubat kemoterapi biasanya boleh mempengaruhi kulit, jelas Pakar Dermatologi. Kulit bertanggungjawab untuk menjaga keburukan mikroba, alergen dan bahan kimia untuk mengekalkan keadaan kulit dengan baik seperti kelembapan, menjaga kulit lembut dan halus. Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk menjaga penghalang kulit ini semasa kemoterapi.
Menurut para pakar, SPF spektrum luas yang tinggi adalah suatu keharusan kerana kemoterapi dan radioterapi dapat menjadikan kulit lebih rentan terhadap kerosakan UV. Lindungi badan anda dengan topi tebal dan pakaian berlengan panjang, terutama sekitar tengah hari ketika matahari berada di tahap paling kuat dan cuba hadkan masa yang anda habiskan di luar pada waktu terik matahari.
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bahan pengawet dan buih tertentu yang digunakan dalam produk penjagaan kulit, kosmetik dan mencuci iaitu parabens dan natrium lauril sulfat, boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kekeringan. Pilih formula bebas sulfat, terutamanya ketika memilih pembersih, dan pilih formula yang mengandungi banyak bahan pelembap seperti gliserin dan asid hyaluronik.
Bahan lain yang perlu dijauhi ialah minyak wangi. “Produk wangi yang kuat dapat menjengkelkan ruam atau menyebabkan dermatitis, kulit gatal dan mengelupas. Cari sepenuhnya tanpa aroma untuk mengelakkan risiko.
Elakkan alergen biasa seperti wangian, alkohol, pengawet dan minyak pati botani yang boleh menjengkelkan atau lebih buruk lagi juga menyebabkan reaksi alergi. Elakkan bahan keras yang menghilangkan lipid kulit dan menyebabkan kerengsaan dan penghalang kulit yang pecah.
Produk pengelupasan menghilangkan penumpukan sel mati pada kulit dan proses itu tidak akan berlaku ketika anda menjalani rawatan barah. Oleh itu, elakkan lulur, AHA,dan asid glikolat. Nasihat pakar, idea yang baik untuk menghentikan sebarang produk retinol, bukan hanya kerana ia bertindak sebagai pengelupasan tetapi juga kerana retinol menjadikan kulit lebih sensitif terhadap cahaya matahari.
Bibir dan mulut juga dapat dipengaruhi oleh rawatan barah, jadi berinvestasi pada balsem bibir. Gunakan satu dengan antioksidan dan Vitamin A, C dan E, kerana bahan ini membantu membina tisu baru.
SUMBER GAMBAR: PEXEL.COM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selepas beraksi hebat di pentas Anugerah Juara Lagu ke 36 baru-baru ini, penyanyi lagu Angkara, Siti Nordiana berangkat mengerjakan umrah bersama anak lelakinya, Rayyan.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman instagram penyanyi ini dengan memuat naik gambarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kelihatan sudah bersedia untuk berangkat mengerjakan umrah.
Bismillahirrahmanirrahim..InsyaAllah Nana & Rayyan akan berangkat mengerjakan umrah..
Dalam hantarannya itu juga, penyanyi ini turut memohon agar peminat-peminatnya mendoakan agar dia mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusannya ketika berada di tanah suci itu nanti.
Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya..Ampun maaf jika ada salah dan silap dari kami..
Ramai yang memenuhi ruangan komen hantaran itu dengan mendoakan yang baik-baik untuk penyanyi kesayangan ramai ini. Rata-rata peminat serta rakan selebriti juga turut tumpang gembira dengan berita gembira yang dikongsikan olehnya itu.
Team Hijabista mendoakan agar perjalanan umrah penyanyi Siti Nordiana mendapat umrah yang mabrur serta segala urusannya dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perasan tak apabila kita makan buah-buahan dan dan sayur-sayuran tertentu, perut akan rasa kurang selesa. Badan rasa lemah sahaja disebabkan rasa kurang selesa seperti terasa perut ‘berangin’ semacam.
Ada individu yang mengelakkan diri daripada makan buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu keran tidak mahu rasa kurang selesa pada perut itu menganggu aktiviti harian mereka.
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya mengandungi bahan kimia dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan. Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi.
Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’. Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semula jadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Sumber kredit: Makmal Makanan (MaMa) Top image: Photo by decpymDlXwHE & towfiqu-barbhuiya from Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.