Memang banyak khasiatnya minum air kosong. Malah ia adalah cara diet mudah dan bagus untuk elak pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, sebenarnya minum air masak ini juga ada caranya kerana silap minum perut boleh jadi buncit.
Oleh sebab itu orang tua selalu pesan jangan minum selepas makan, tunggu beberapa minit barulah boleh minum.
Nah, ini dia, empat cara minum air kosong yang patut kita amalkan. Jika diamalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik.
Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat akan membuatkan kita tampak awet muda.
Bangun Tidur
Ads
Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semula jadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
Elok minum air suam 2 gelas sebaik bangun tidur.
30 Minit Sebelum Makan
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
Ads
Amalkan minum 30 minit sebelum makan.
Sebelum Mandi
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.
Amalkan juga pengambilannya sebelum mandi.
Sebelum Tidur
Ads
Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Suka melihat penampilan terkini pelakon Amyra Rosli yang tetap maintain cantik dan langsing walaupun sudah hampir setahun bergelar ibu. Ternyata isteri kesayangan Amar Baharin ini bijak memastikan dirinya tetap langsing biarpun kini sibuk menguruskan rumahtangga. Namun sebenarnya pelakon ini pernah berdepan dengan masalah gastritis yang teruk hingga menyebabkan perut rasa pedih dan membuatkannya tidak rasa selesa.
Menurut Amyra sakit ini bukan baru dialami tetapi sejak dia masih bersekolah menengah lagi. Malah dia juga pernah buat pemeriksaan dengan doktor memasukkan kamera dan juga scan bahagian dalam perutnya itu.
“Tapi tiada apa yang serius. Tida ulser. Cuma bila sakit ini datang perut akan jadi pedih dan akan kacau kerja-kerja yang sedang dilakukan.
“Biasanya kalau kena Myra akan rehat sekejap dan lama kelamaan akan hilang sendiri. Untuk elak berlaku, Myra tak boleh lambat makan atau ambil pemakanan pedas,” ujar isteri kesayangan kepada Amar Baharin ini.
Tambah Myra lagi, cara terbaik untuk mengelak sakit ini berulang adalah dengan menjaga pemakanan dan dengan berpuasa.
Apabila dia berpuasa, jarang sekali akan mengalami sakit perut. Walaupun begitu dia juga seorang yang suka makan cuma akan kontrol pengambilannya seperti tidak ambil makanan pedas.
Dia yang ditemui ketika majlis ‘Moments in The Kitchen bersama Amar & Amyra’ dianjurkan oleh Panasonis mengakui enjoy dengan pengalaman memasak yang dianjurkan itu.
Dalam majlis itu kedua personaliti popular ini berkongsi kegembiraan dan keseronokan menyediakan ‘Cake in Full Bloom’, kek gubahan bunga-bungaan segar menggunakan Panasonic Electric Oven bersama rakan media dan KOLs terkenal.
“Myra memang suka memasak. Tapi ikut mood masak masakan kampung atau western. Kalau ikut Amar dia gemar masakan kampung dan Myra pula lebih kepada ikut angin.
“Dulu pun masa sebelum kahwin memang Mira pikul tanggungjawab sebagai anak sulung ddan menyediakan masakan untuk adik-adik Myra. Kalau tak tahu biasanya Myra akan google dan selalunya resipi berkenaan menjadi,” tambah pelakon utama drama bersiri popular NUR Ramadan lalu.
Ditanya apa rahsia semakin cantik dan kekal langsing setelah melahirkan anak, Myra memberitahu segalanya bermula ketika berpantang tempohari. Sebaik habis pantang 100 hari memang badannya kekal langsing seperti hari ini.
Biarpun letih kerana sibuk menguruskan anak, namun Amyra seronok melalui pengalaman berharga ini. Justeru dia mengurangkan aktkviti lakonan kerana mahu beri perhatian pada anaknya yang masih kecil.
Selain itu pasangan ini juga turut melakukan home workout dan sama-sama bertanggungjawab berat badan mereka sentiasa maintain seperti sebelumnya.
Menurut Amyra dia masih lagi bekerja dan dalam masa sama juga duta untuk beberapa produk.
* Gastritis dikenali oleh kebanyakan orang dengan istilah gastrik. Ia (gastritis) merupakan kerengsaan atau keradangan yang berlaku pada selaput perut (stomach lining) yang menyebabkan ia bengkak dan menimbulkan rasa sakit.
* Simptom-simptom yang dialami ialah rasa sakit pada bahagian atas abdomen sejam selepas mengambil makanan, hilang selera makan, selera makan meningkat (kadang-kadang terdapat makanan yang meredakannya), sakit hulu hati (sakit perut), sering sendawa, perut sebu, loya (kadang-kadang muntah).
* Penyebab dan faktor-faktor risiko untuk penyakit tersebut termasuk penggunaan jangka panjang ubat anti keradangan bukan steroid (nonsteroidal anti-inflammatory drugs, NSAIDs), jangkitan bakteria Helicobacter Pyroli, merokok dan minum alkohol. Penyebablain pengambilan makanan proses, masa makan tidak menentu, buah sitrus, kafeina, makanan berempah, lahan makanan, kesensitifan makanan (food sensitivities serta juga dikatakan sebagai penyebab.
* Selain mengenal pasti punca, langkah mengambil makanan yang sesuai dan mengelakkan daripada mengambil makanan yang memburukkan lagi gastritis dan ulser adalah amat penting.
* Makanan/minuman yang sesuai untuk sesetengah penghidap gastritis dan ulser perut termasuk sayur-sayuran rebus (lobak, lobak putih, lobak bit, saderi, bayam Eropah; kecuali sayur-sayuran yang memburukkan simptom), pisang masak, nasi, telur rebus (sekadar beku kuningnya), roti tidak ceruh (kuantiti kecil), sup ayam, pear (kuantiti kecil), yogurt, kefir dan sup sayur.
Makanan/minuman lain ialah teh chamomile, teh chrysanthemum, teh pegaga, minyak zaitun ekstra dara (extra virgin), ikan, ayam, kacang gajus, badam (mentah) dan pasta semolina (dengan ayam atau makanan laut dan sayur-sayuran). Manakala buah-buahan kering seperti pic, aprikot, kismis dan tin juga sesuai pada kuantiti kecil.
Suatu ketika dulu, nama pempengaruh Umisya Mazlan pernah tular di media sosial gara-gara isu poligami melibatkan suaminya, Aslam dengan Marissa Dania Hakim anak kepada pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.
Menganggap detik itu sebagai satu ujian, pempengaruh cantik ini memilih untuk berdamai dengan takdir.
Berkat kesabaran dan sentiasa positif, Umisya kini tenang menjalani kehidupan ‘bermadu’ yang banyak mengajar dirinya menjadi seorang yang lebih matang sebagai isteri dan ibu.
Umisya juga dilihat semakin manis dan berseri-seri sejak melahirkan cahaya mata yang ketiga pada Februari lalu.
Baru-baru ini, Umisya berkongsi di Instagramnya gambar mereka sekeluarga sempena Hari Raya Aidilfitri.
Terserlah kebahagiaan keluarga kecil Umisya dan Aslam dengan kehadiran satu-satunya anak perempuan mereka sekaligus menjadikan Syawal tahun ini lebih bermakna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut menitipkan rasa gembira melihat kehidupan terkini Umisya yang bahagia bersama suami dan anak-anak.
“So happy to see this family growing together. till jannah ca.”
“Lengkap dah family of 5. Hero ada, bunga lily pun ada. Perfect!! Selamat Hari Raya dear adik sayang.”
“Semoga Umisya diberikan ketenangan dan kebahagiaan yang tidak terhingga di samping anak-anak dan suami tercinta.”
“Selamat hari raya Misya, semoga Misya kekal cantik, sihat dan bahagia sampai syurga.”
Ada juga yang meluahkan rasa kagum dengan kekuatan Umisya khususnya sebagai seorang ibu.
“Selamat Hari Raya Misya! Your strength as a mother shines through in everything you do for your kids.”
Memetik perkongsian daripada kakak Umisya iaitu Nadia Mazlan di platform media sosialnya, mereka empat adik-beradik yang kesemuanya perempuan dibesarkan tanpa kehadiran seorang ayah.
Umisya mendapat perlndungan dan kasih sayang seorang ‘lelaki’ hanya daripada abang-abang iparnya.
Menurut kakaknya lagi, mereka dibesarkan dalam broken family dan bukan daripada keluarga senang.
Mereka adik beradik sentiasa berpegang kepada nasihat serta pesanan ibu supaya tidak saling bergaduh dan berpecah belah.
Untuk info, Umisya dan Aslam berkahwin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketika itu Umisya masih bergelar pelajar jurusan pendidikan perguruan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atau kini dikenali sebagai Universiti Islam Selangor (UIS).
Umisya kemudiannya melahirkan anak pertama ketika dia sedang dalam latihan industri sebagai seorang guru.
Umisya juga pernah bergelar pelajar tahfiz dan belajar di Mesir selama setahun sebelum kembali semula ke Malaysia bagi menyambung pelajaran peringkat sekolah menengah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pfizer Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), menyasarkan untuk meningkatkan kefahaman orang awam terhadap kanser payudara metastatik. Kempen ini bertujuan mengubah persepsi, mengatasi stigma dan meluaskan topik perbincangan meliputi perihal kanser payudara metastatik.
Kanser payudara metastatik (mBC) merupakan kanser payudara tahap tertinggi yang diakibatkan oleh sel kanser yang merebak dari payudara ke organ-organ badan lain. Ia masih tergolong sebagai penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan merupakan punca kematian akibat kanser kedua tertinggi dalam kalangan wanita hari ini.
Pfizer Malaysia dan BCWA juga menyasarkan untuk meningkatkan kefahaman orang awam terhadap kanser payudara metastatik, mengubah persepsi, mengatasi stigma dan meluaskan topik perbincangan meliputi perihal kanser payudara metastatik.
Turut dilancarkan program EMBRACE bagi memberikan rawatan efektif kepada mereka yang memerlukan sekaligus memberi peluang kepada pesakit untuk hidup dengan lebih produktif.
Melalui program EMBRACE yang merupakan program sokongan kepada pesakit, Pfizer dapat membantu keterusan rawatan pesakit mBC untuk kesihatan dan kualiti kehidupan yang lebih baik. Menerusi program ini juga pesakit mBC dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik serta mengakses rawatan perubatan inovatif.
Tahap emosi pesakit mBC tidak stabil dan mampu mempengaruhi tanggapan terhadap diri sendiri, komunikasi mereka dengan orang sekeliling dan cara mereka menjalani kehidupan seharian. Biarpun kanser dikenalpasti pada peringkat awal, hampir 30 peratus wanita dengan kanser tahap awal berisiko tinggi berkembang ke tahap metastatik.
Atas usaha badan-badan berkaitan yang giat menjalankan kempen dan aktiviti kesedaran tentang kanser payu dara, tahap kesedaran tentang subjek ini adalah tinggi. Bagaimanapun, pengetahuan masyarakat mengenai mBC masih rendah. Kira-kira daripada 5 bancian kurang mengetahui tentang kanser payudara metastatik.
PENJELASAN BERKENAAN KANSER PAYUDARA METATISTIK
Satu bancian telah dijalankan oleh BCWA pada September 2019 bagi mengumpul maklumat berkaitan tahap kefahaman masyarakat Malaysia melibatkan pengetahuan, tindakan dan pendekatan mendapatkan rawatan terhadap mBC. Bancian tersebut turut disokong oleh Pfizer Malaysia.
“Kami menjalankan bancian ini dengan responden dengan latar belakang yang berbeza bagi memahami dan mengurangkan jurang kefahaman kanser payudara metastatik. Hasil bancian tersebut bukan sahaja membantu kami mengenalpasti punca kekurangfahaman, malah menjadi panduan untuk tindakan seterusnya,” ujar Ranjit Kaur, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.
Berdasarkan keputusan bancian, 70 peratus responden berpendapat kelemahan tahap kesedaran terhadap pilihan rawatan sebagai antara punca utama mengekang pesakit mBC mendapatkan rawatan perubatan yang efektif. Tahap kemampuan pula mencatatkan peratusan tertinggi dalam bancian tersebut1.
“Perbaiki akses informasi berkaitan mBC dan bimbingan profesional tentang risiko, kelebihan dan ketidakpastian terhadap pilihan rawatan, ia pasti membantu pesakit mBC dalam membuat keputusan yang baik, sekali gus memperbaiki tahap kehidupan mereka,” tambah Ranjit Kaur.
SOKONGAN KUAT KEPADA PENGHIDAP KANSER PAYUDARA METASTATIK
Tiga daripada lima bancian berpendapat mBC berpunca daripada kelewatan pengesanan kanser payudara. Tanggapan yang salah ini berkemungkinan mendorong pembentukan satu stigma dalam kalangan pesakit mBC. Kanser payudara adalah penyakit dengan kepelbagaian dimensi yang berbeza dari segi karakteristik, keperluan pesakit serta impak. Definisi ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum memahami mBC.
“Beban penyakit tidak seharusnya ditanggung pesakit bersendirian. Berdasarkan pengalaman peribadi, saya memahami perasaan apabila disahkan menghidap kanser payudara. Ia situasi yang amat menakutkan terutama jika kita tidak pasti dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan kepada siapa patut kita mengadu.
“Disebabkan itu BCWA komited dalam menyediakan sokongan psikososial berkumpulan, bimbingan praktikal dan sumber maklumat. Sudah tiba masanya untuk kita sebagai pesakit kanser payudara, sama ada tahap awal, tahap tertinggi dan metastatik untuk saling memberi sokongan dan galakan. Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan Pfizer dalam meluaskan tahap kesedaran ini kepada orang ramai,” kongsi Ranjit.
MAMPU MENERUSKAN KEHIDUPAN UNTUK TEMPOH YANG PANJANG
Kira-kira 62 peratus responden juga berpendapat bahawa mBC tidak boleh dirawat. Sebenarnya, ramai pesakit mampu meneruskan kehidupan untuk tempoh yang panjang, seperti orang lain dengan produktif walaupun disahkan menghidap metastatik. Terdapat pelbagai pendekatan dalam merawat mBC dan rawatan terkini juga diuji setiap hari.
“Setiap perancangan rawatan pesakit adalah berbeza kerana setiap kanser payudara adalah unik. Paling penting adalah keyakinan pesakit terhadap kepelbagaian rawatan metastatik yang ditawarkan. Walaupun mBC tidak boleh disembuhkan, tujuan utama rawatan kanser payudara metastatik adalah bagi memperlahankan atau menghentikan tahap pertumbuhan kanser sekali gus mengekalkan kualiti hidup pesakit,” jelas Prof. Emeritus Dato’ Dr Yip Cheng-Har dalam perkongsiannya berkenaan mBC dalam satu majlis anjuran Pfizer Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di