

- Start weight : 99kg
- Current weight : 62kg
Total weight lost : 37kg
Makan selewat-lewatnya jam 8 malam

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di



Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Namanya dahulu pernah menjadi tular gara-gara video memangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Namun, sebenarnya ia adalah gimik untuk pelancaran video lagu Pematah Hati milik bekas bintang Akademi Fantasia, Nur Nabila Mohd Razali.
Kini Nabila sudah tidak sendiri lagi, apabila telah menjadi suri hati kepada ahli perniagaan Nik Iruwan pada 18 November tahun lalu. Malah, penyanyi dan pelakon yang sememangnya bijak bergaya dan cukup stailo meski mengenakan hijab ini terlihat semakin manis sejak bergelar isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.
Tapi siapa sangka sebelum ini, hatinya pernah ‘goyang’ ketika mula-mula berniat untuk berhijab.
Tika pertama kali menyatakan hasrat berhijab pada 2002, Nabila akui cukup teruja. Namun bukan semudah itu untuk terus kekal menjaga aurahnya. Pelbagai rintangan perlu dilaluinya untuk menetapkan hati dalam menjaga penampian sebagai gadis Muslimah.
“Sejak tahun 2012, iaitu setahun sebelum saya menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia (AF). Itupun sempena Maal Hijrah pada tahun tersebut kerana pada pengamatan saya, rasa hormat rakan-rakan sekeliling amat berbeza antara kita berhijab dengan tidak.
“Sebelum berhijab, mereka terlalu senang untuk dekat dengan saya dan tidak terlalu menjaga batas pergaulan. Bermula pada detik itu, saya merasakan mahu buka buku baru. Terfikir juga sampai bila mahu berpenampilan tanpa hijab. Umur pula semakin meningkat. Walaupun masih belum sempurna, saya yakin ia merupakan satu langkah untuk mula menjadi manusia yang lebih baik.
Artikel berkaitan: Netizen Persoal, Nabila Razali Sambut Ulangtahun Kelahiran Dengan ‘Jodoh’ Ke Tu?
“Rakan-rakan yang rapat dengan saya memang sudah lama menggalakkan saya untuk berhijab. Ada juga sindiran-sindiran manja daripada mereka. Apabila difikirkan semula, apa salahnya untuk saya menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslimah. Apa yang saya dapat lihat, cara mereka bergaul dengan saya juga agak berbeza daripada sebelumnya.
“Kadang-kadang ada juga terbawa-bawa perangai lama, namun mereka memberi teguran dan menasihati saya. Ibu dan ayah pula jenis tidak kisah tetapi mereka mengingatkan saya untuk terus istiqomah dan tidak hanya separuh jalan. Itu merupakan satu amanah untuk dijaga dan tiada alasan untuk toleh ke belakang semula. Selagi mana boleh dijaga, kita perlu jaga.
“Bagi saya, untuk kekal istiqamah adalah satu perkara yang amat sukar. Lebih-lebih lagi jika dikelilingi rakan-rakan yang ‘hot’, kadang-kadang hati akan goyang juga. Walau bagaimanapun, apa-apa dugaan yang mendatang ia sebenarnya berbalik kepada hati sendiri. Hati perlu kuat dan kena berbalik semula kepada niat kita untuk berhijab. Apabila memulakan langkah untuk berhijab, rasa malu terbit sedikit demi sedikit untuk meninggalkan amalan wajib yang lain.
“Sewaktu berada di Akademi Fantasia, rasa tergugat jugalah kena sentiasa berjaga-jaga dalam berpakaian dan bergaul. Dalam bab berfesyen, saya rasa sudah tiada masalah sekarang kerana sudah ramai pereka-pereka fesyen yang sudah mula menghasilkan busana-busana yang sesuai buat mereka yang berhijab. Walaupun berhijab, masih boleh mengikut trend.
Nabila yang kini semakin sibuk menjalani kehidupan sebagai wanita bekerjaya dan dalam masa sama menguruskan keluarga sebagai seorang isteri. Dia juga turut menyimpan harapan untuk menjadi insan lebih baik untuk dunia dan akhirat.
Sumber Foto: Instagram Nabila Razali
Artikel berkaitan: Digemari Nabila Razali, Dapatkan Solekan Gaya Manja & Berani Bak Kucing Dengan Produk Terhangat Ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di
Mencuci muka adalah sesuatu yang kebanyakan kita lakukan setiap hari, jadi agak mengejutkan apabila pakar mendakwa kita telah melakukan lebih banyak bahaya daripada kebaikan sepanjang masa.
Sehinggakan satu tinjauan, oleh jenama penjagaan kulit Cerave, mendapati lebih separuh (55 peratus) individu cenderung berlebihan atau kurang mencuci muka. Sementara 42 peratus menggunakan air sahaja untuk membersihkan muka mereka, kajian itu mendapati.
Seorang pakar dermatologi dan estetik, mendedahkan kesilapan biasa yang dilakukan oleh orang ramai mengenai kulit mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Cuci Muka Ikut Teknik 60-Second Rule Ini Kalau Mahu Kulit Wajah Flawless & Glowing
Saya rasa kita semua boleh bersetuju bahawa salah satu perkara paling buruk yang boleh anda lakukan untuk muka anda ialah menggunakan kain muka yang kotor. Membiarkan kain anda tergantung di bilik mandi selama berhari-hari di antara penggunaan menghasilkan cawan petri untuk bakteria. Cuci kain selepas setiap dua kali penggunaan dan pastikan untuk membilas dengan baik dengan air panas selepas setiap penggunaan.
Menggunakan air yang terlalu panas menggalakkan urat benang muncul dan boleh menyebabkan jerawat dan rosacea. Semasa menggunakan air sejuk boleh menyebabkan kekeringan. Sebaliknya air suam yang terbaik.
Mencuci muka kadangkala boleh menyakitkan sedikit. Menggosok muka anda boleh menyebabkan kerengsaan dan mengganggu keseimbangan bakteria pada permukaan kulit.
Siramkan air suam ke atas muka dan jika menggunakan kain gunakan gerakan bulat ringan daripada menyeret kulit.
ARTIKEL BERKAITAN: Impikan Wajah Glowing Dan Glass Skin, Perbetulkan Dahulu Cara Cucian Muka Anda.
Kualiti air bukanlah sesuatu yang boleh anda kawal. Dan malangnya, jenis air yang mengalir dari paip anda benar-benar boleh menjejaskan kulit. Jika anda tinggal di kawasan air yang keras, paras kapur yang tinggi boleh menyebabkan ekzema dan menyebabkan kulit kering. Untuk mengatasinya, cuba gunakan emolien semasa anda mencuci seperti Cetraben atau Aqueous cream untuk menutup kelembapan semasa anda mencuci.
Mencuci muka sekali atau dua kali sehari sudah lebih daripada mencukupi untuk memastikan kulit anda bersih. Membasuh berlebihan boleh merengsakan dan mengganggu mikrobiom kulit.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di
Walaupun telah berkahwin, Islam tidak pernah memutuskan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak malah anak-anak masih boleh menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap ibubapanya.
Seperti yang semua sudah sedia maklum, syurga seorang perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya, tetapi bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34).
Dalam ayat tersebut Allah SWT telah menghimpunkan beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang baik, lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Akan tetapi, seorang wanita walaupun telah berkahwin masih tetap perlu mengingati dan menghargai jasa kedua ibu bapanya
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15).
Selagi ibu bapa masih ada, teruskan berbakti kepada mereka dengan mengambil peluang untuk membalas budi yang telah dicurahkan selama ini. Kebanyakan ibu bapa tidak memandang harta yang dimiliki oleh anak-anak mereka.
Cukup sekadar mencurahkan kasih sayang dan perhatian terhadap mereka kerana pada usia ini, mereka lebih memerlukan sentuhan kasih sayang dari seorang anak.
Namun begitu, sering kali kita berhadapan dengan anak-anak yang sudah berkahwin, sama ada kita sebagai suami atau isteri yang menghadapi dilema untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua atau sakit tidak bermaya.
Ingatlah bagi seorang lelaki yang telah berkahwin, tanggungjawabnya yang pertama, mengasihi Allah, kedua Rasulullah, ketiga ibu bapanya dan selepas itu baharulah isterinya. Bagi seorang wanita yang bergelar isteri pula, tanggungjawabnya pertama mengasihi Allah, kedua Rasulullah, ketiga suami dan selepas itu barulah ibu bapanya.
Walau bagaimanapun, sebagai suami, jadilah suami yang beriman, baik dan bertanggungjawab dan suka memberikan manfaat kepada orang sekeliling kita. Bantulah isteri untuk menjaga dan mengambil tanggungjawab terhadap ibu bapanya. Untuk mencari bekalan pahala yang banyak di akhirat nanti, jagalah ibu bapa, terutama ibu bapa yang sakit, kerana di situlah letaknya ladang pahala.
Orang yang mempunyai ibu bapa yang tua tetapi tidak menjaga ibu bapanya, tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Alangkah ruginya kalau kita termasuk dalam golongan itu.
Oleh sebab itu jadikan, menjaga ibu bapa sebagai satu aktiviti merapatkan hubungan keluarga. Isteri akan lebih menghargai suami yang boleh menerima ibu bapanya.
Janganlah membuatkan isteri berada dalam dilema; antara menjaga kebajikan suami dengan menjaga kebajikan ibu bapanya, terutama bagi ibu bapa yang sudah tua dan sakit pula. Ingatlah apa-apa yang kita sebagai ibu bapa lakukan, akan diperhatikan dan dicontohi oleh anak-anak kita.
Kunci utama ke syurga itu ialah mendapat reda Ilahi dan untuk mendapat reda Ilahi, ia bergantung kepada reda ibu bapa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 🧕🏻 Dikendali Oleh Astro Group
