Berita

PUTRI ARIANI Buktikan Hijab & Kelainan Upaya Bukan Halangan “She Another Level Di Persada Antarabangsa!”

Share

Nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani pernah menjadi fenomena apabila tular klip video memaparkan dirinya, seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti televisyen America’s Got Talent (AGT).

Putri Ariani berjaya membuktikan kelainan upaya yang dimiliki bukanlah halangan untuk dirinya menempa kejayaan di persada antarabangsa.

Nama-nama besar seperti David Foster, Ronan Keating, Peabo Bryson dan Leona Lewis pernah berkolaborasi dengan gadis berusia 18 tahun ini.

Terbaharu, Putri Ariani mengumumkan dia bakal mengeluarkan video persembahannya bersama pemuzik kelahiran United Kingdom, Alan Walker dan penyanyi Peder Elias.

Menerusi muat naik di Instagramnya, Putri Ariani telah menyiar semula posting Alan Walker yang memaparkan foto dirinya bersama dua pemuzik terkenal itu.

Dalam muat naik itu, memaparkan mereka bertiga sedang berdiri di puncak sebuah gunung bersalji yang tidak diketahui lokasi sebenar.

Turut kelihatan beberapa orang pemuzik yang sedang bermain biola dan contrabass.

Untuk info, Puteri Ariani bertemu dan mengenali Alan Walker ketika mereka berdua berada di pentas yang sama di Anugerah TikTok pada Oktober 2023.

Kredit Foto: Instagram Puri Ariani

IKLAN