![Untitled design (3)](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/118102-14_19_222739-696x365.jpeg)
Islam amat menjaga martabat seorang wanita. Namun apabila wanita membuat perlakuan yang tidak sepatutnya maka akhirnya tercemarlah peribadi dan maruah seorang wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Namun sebagai wanita kita perlu menghargai 'nikmat' diciptakan menjadi sebagai seorang wanita.
Mazny Mary berkongsi lima pesanan penceramah bebas, Ustazah Asma Harun kepada para srikandi ummah tercinta agar terpelihara kehormatan mereka.
Ustazah pesan kepada para srikandi ummah tercinta
1. Wanita sebelum berwudhu' kena bersuci dulu sebab wanita ni ada 3 air iaitu air mani, air mazi berlaku ketika teransang dan air wadi/keputihan berlaku ketika kepenatan atau mengangkat objek berat. Ramai wanita yang tak sah solat sebab tak membersihkannya terlebih dahulu sebelum Solat. Takut di akhirat nanti solat kita 0 disisi Allah.
2. Wanita apabila diuji dengan ujian suami, anak, adik beradik dan lain-lain dan dia bersabar malaikat akan mencatat pahala sabar baginya.
{Salamun 'alaikum bima sobartum}
![Deep Pesanan Ustazah Asma Harun – Tutuplah Aurat Sebelum Tiba Kematian Yang Hanya Nampak Muka Sahaja](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/117857-14_22_017816.jpeg)
3. Wanita bersihkan mekap bersih-bersih sebelum berwudhu' pastikan bedak @ foundation betul-betul hilang dari kulit muka. Lepas wudhu' ambil tisu kesat di muka nak pastikan tiada kesan yang tinggal.
4. Baca doa selepas berwudhu' akan dibuka 8 pintu Syurga dan kita diberi peluang untuk masuk dari mana-mana 8 pintu Syurga.
5. Cuba jaga aurat betul-betul dengan sempurna ketika hendak keluar rumah. 8 jam dicatat pahala atau 8 jam dicatat dosa.? Kita pilih yang mana. Tutup aurat sebelum tibanya kematian yang hanya nampak muka sahaja.
*JAGA AURAT
*JAGA SOLAT
*JAGA PERGAULAN
*JAGA WUDHU'
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Port’ OOTD Hijabi, Kafe Ikonik mesra-instagram terkenal dari London, buka cawangan pertama di Pavillion
![‘Port’ OOTD Hijabi, Kafe Ikonik mesra-instagram terkenal dari London, buka cawangan pertama di Pavillion](https://cdn.hijabista.com.my/2023/07/website-feature1-1.jpg)
Kafe ikonik EL&N London yang terkenal dari London, secara rasminya membuka cawangan pertama di Asia Tenggara.
Kafe EL&N London terkenal dengan jenama gaya hidup yang khususnya dengan konsep suasana merah jambu yang indah, reka bentuk dalaman yang unik, dan menghidangkan makanan, sajian pencuci mulut yang istimewa, dan kopi adunan khas.
ARTIKEL BERKAITAN: Menghirup Secawan Kopi Tanpa Rasa Paranoid, Senarai ‘Kafe-Hop’ Ini Paling Legit Untuk Bersantai
Rekaan dalaman spot OOTD
Pembukaan kafe terbaru ini turut menyerikan lagi Pavilion Kuala Lumpur sebagai destinasi libur dan pusat membeli belah dengan rekaan dalaman yang menonjol, penggunaan pepohon bunga sakura merah jambu sebagai hiasan serata kafe, di dalam dan kiosk luar. Konsep mesra-instagram ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung mengambil swafoto selain dari menjamu selera.
Selain dari membawa hidangan ikonik dari London, Kafe ini telah mencipta semula hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam terlaris mereka untuk dinikmati oleh penduduk tempatan Malaysia, serta hidangan terhad, eksklusif untuk cawangan Kuala Lumpur, seperti Nasi Lemak Arancino, suatu keunikan yang diolah daripada Nasi Lemak tradisional, serta Rose Spritz berwarna merah jambu yang dibuat dengan cincau.
Lokasi bakal menjadi tumpuan ramai
Lokasi kafe ini adalah impian yang menjadi kenyataan dan kami yakin bahawa pelanggan Malaysia kami akan menyukai segala yang kami tawarkan, dari konsep reka bentuk dalaman yang unik hinggalah kepada olahan menu Eropah dengan sedikit sentuhan tempatan.
Menurut Alexandria Miller, Pengasas EL&N London berkata, “Kami sangat gembira akhirnya membuka cawangan pertama kami di Malaysia, Kuala Lumpur. Hari ini merupakan detik bersejarah untuk Kafe EL&N pertama di Asia Tenggara dan kami amat berbangga dan sukacita untuk membawa jenama ini ke kawasan yang luar biasa ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ubat Kerinduan Hijabi, Kafe Baharu Suasana Paris Ini Pertaruhkan Menu Ala Perancis. Menarik!
Kedatangan selebriti raih tumpuan ramai
Pada majlis pembukaan yang penuh meriah, menjadi tumpuan pengunjung di Pavillion, apabila ramai selebriti terkenal dan pempengaruh media sosial turut hadir bagi memeriahkan majlis pembukaan.
Rata-rata yang pernah berkunjung kafe ini di London, teruja dan gembira dapat menikmati hidangan dan suasana kafe ini di Malaysia.
Menurut pihak pengurusan EL&N juga kerjasama yang baik dengan pasukan di Kuala Lumpur selama hampir tiga tahun menjadikan pembukaan ini suatu impian jadi kenyataan akhirnya! EL&N secara rasmi membuka perniagaan pada hari Selasa, 18 Julai, terletak di Tingkat 3 Pavilion Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11 malam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Nak Menitiskan Air Mata,” – Cara Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Rezeki, Promosi Bisnes Peniaga Kecil Secara Percuma
![“Sampai Nak Menitiskan Air Mata,” – Cara Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Rezeki, Promosi Bisnes Peniaga Kecil Secara Percuma](https://cdn.hijabista.com.my/2022/04/Untitled-design-52.jpg)
Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti popular yang menabur bakti dan berusaha membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan dek pandemik Covid-19 menerusi promosi di akaun media sosial miliknya. Berkongsi kisah tersebut kepada media ketika pelancaran Koleksi Lebaran Swarovski, penyanyi nombor satu negara ini sempat menitiskan air mata saat menceritakan kisah tersebut.
Pengacara majlis ketika itu bertanya, “Datuk Seri pernah tersenarai dalam Forbes Asia 100 Digital Star, senarai yang mempamerkan selebriti-selebriti hebat di rantau ini yang menggunakan sosial media untuk meningkatkan kesedaran dan inspirasi sewaktu pandemik ini. Mengapa Datuk Seri merasakan penting untuk menggunakan platform sosial media Datuk seri untuk tujuan ini?”
“Soalan itu merupakan soalan yang bermakna bagi saya, kerana saya juga mengalami pandemik ini yang mana ia memberi kesan pada saya dan juga perniagaan. Dan saya percaya semua pihak terkesan dengan keadaan pandemik tidak kiralah bagaimana latar belakang mereka.
“Di atas rasa itu saya faham bagaimana pula dengan mereka yang bekerja makan gaji, yang berniaga di tepi-tepi jalan. Pastinya kehidupan mereka akan lebih terkesan. Dan atas rasa tangggung jawab sebagai manusia dan sesama insan, saya perlu bantu peminat saya,” jawab spontan ibu kepada dua cahaya mata ini.
Beliau juga berkongsi yang inisiatif ini merupakan satu cara membalas budi peminat yang tidak henti-henti menyokong perjalanan kerjaya seninya sejak dari dulu lagi.
Kongsinya, “Kebanyakan mereka merupakan peminat saya yang selama ini memberi sokongan penuh kepada lagu-lagu, konsert dan album yang dihasilkan. Jadi saya beri peluang untuk mereka promosi secara percuma, sesiapa sahaja yang menghantar produk dan makanan ke rumah.
“Saya tidak beri mereka alamat rumah, tetapi mereka tahu di mana rumah saya. Oleh itu, saya ambil kesempatan membantu mereka dengan cara mempromosi secara percuma. Saya rasa bahagia sangat, dan rasa bahagia apabila mereka berkongsi kepada saya yang mereka mendapat tempahan yang sangat banyak.”
Saat berkongsi kisah ini, beliau menitikkan air mata dan suaranya bergetar. Rasa terharu dan gembira disimpul rapi sebagai tanda dia bersyukur dan juga tersentuh hati dengan kisah-kisah yang dikongsi peminat yang mengucap kata syukur apabila jualan mereka laku keras.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Neelofa, Kini Giliran Datuk Seri Siti Nurhaliza Pula Diangkat Sebagai Wajah Jenama Terkenal Ini
“Kak Siti, itu cara mereka memanggil saya. Ada yang berkongsi dan berkata Kak Siti saya dapat tempahan yang sangat banyak, saya tak boleh handle order sampai telefon pun hang. Jadi saya rasa sampai nak menitiskan airmata sebab dapat bantu mereka dengan cara sebegitu.
“Dan ada yang tamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dengan hasil jual kuih yang dipromosikan dan dia mendedikasikan Ijazah Sarjana tersebut kepada saya. Kebahagiaan itu adalah apabila kita tengok orang lain gembira dan orang lain berjaya. Saya bahagia untuk melakukan perkara itu, seterusnya saya serahkan kepada Allah SWT macam mana rezeki mereka,” ujarnya mengakhiri bicara.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setahun Peluk Islam, Michael Ang Akui Solat Dalam Bahasa Inggeris. Ini Penjelasan Mufti Wilayah Sah Atau Tidak!
![Setahun Peluk Islam, Michael Ang Akui Solat Dalam Bahasa Inggeris. Ini Penjelasan Mufti Wilayah Sah Atau Tidak!](https://cdn.hijabista.com.my/2019/05/maa-08_00_676961.jpg)
Awal Ramadan lalu menyaksikan pengarah popular, Michael Ang mengakui dirinya sudah pun memeluk agama Islam setelah setahun mendiamkan diri. Dalam tempoh itu dia turut memberitahu melafazkan bacaan dan surah solat fardhu dalam Bahasa Ingegris kerana menurutnya mengalami kesukaran untuk membacanya dalam Bahasa Arab.
Bercakap kepada Harian Metro, jika dia mahu menunaikan solat dalan Bahasa Arab, dia perlu meletakkan tele panduan solat di depan bagi memudahkannya.
Tambahnya lagi, dia cuba untuk membaca surah dalam Bahasa Arab, tetapi lidah sukar untuk menyebutnya.
“Nak bertutur dalam Bahasa Malaysia pun susah, inikan pula dalam Bahasa Arab. Walaupun tidak mahir membaca surah, tetapi saya tetap jalankan kewajipan sebagai umat Islam.
“Untuk pastikan saya melaksanakan ibadat wajib, saya lakukannya dalam Bahasa Inggeris. Sebelum ini pun saya alami kesukan untuk sujud ketika solat kerana mengalami masalah berat badan. Tetapi bila badan dah susut, saya lebih selesa,” katanya lagi yang kini bersiaran untuk rancangan masakan MICHAEL ANG’S HALAL KITCHEN untuk saluran di Astro Ria & Astro Ria HD setiap Isnin, jam 9 malam.
Untuk menjelaskan adakah sah solat dilakukan pengucapan dalam Bahasa Inggeris, ini penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Bakri berhubung isu ini.
Menurutnya dalam artikel disiarkan di Astro Gempak, Mana-mana individu yang tidak mampu menghafal Al-Fatihah ketika bersolat agar membaca’bismillahirahmanirahim’dan mengulanginya sebanyak tujuh kali, pesan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
“Jika langsung tidak boleh membaca mana-mana ayat daripada al-Qur’an, maka bolehlah orang itu menggantikannya dengan zikir-zikir”, jelas Dr. Zulkifli menerusi artikel yang diterbitkan beliau di laman web Mufti Wilayah Persekutuan.
![Setahun Peluk Islam, Michael Ang Akui Solat Dalam Bahasa Inggeris. Ini Penjelasan Mufti Wilayah Sah Atau Tidak!](https://cdn.hijabista.com.my/2019/05/56910259-1414143102058998-7019377528456347648-n-08_27_299476.png)
“Adapun perbuatan menterjemah (bacaan dan surah solat fardu) mengikut pandangan jumhur ulamak tidak dibenarkan kecuali satu pendapat dalam mazhab Hanafi yang menyatakan boleh untuk membaca seperti terjemahan akan tetapi diberi tempoh tertentu.”
“Kepada yang tidak mampu baca al-Fatihah dalam bahasa Arab, bacalah ayat al-Quran seperti ‘bismillahirahmanirahim’yang diulang tujuh atau lapan kali seolah-olah sudah menyamai surah al-Fatihah.”
Beliau juga berpesan agar mana-mana individu yang tidak mampu menghafal bacaan wajib ketika bersolat mulakan dengan menghafal perkara-perkara rukun terlebih dahulu seperti al-Fatihah.
“Mungkin boleh hafal secara beransur-ansur mengikut potongan ayat seperti menghafal satu hari satu ayat atau satu minggu satu ayat dan kemudian menambah lagi sedikit demi sedikit secara beransur-ansur,” jelasnya lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI