“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu dan ayah tidak ada gantian di dunia”.
Kata-kata tersebut, mungkin telah biasa atau acap kali kita baca dan dengari. Tetapi itulah pesanan yang selalu dan perlu diingatkan kepada kita semua, insan yang digelar anak.
Setinggi mana darjat, pangkat dan jawatan tokoh itu, namun ingatlah, lahirnya ia daripada seorang ibu dan ayah. Sekaya mana harta dan wang seorang jutawan itu, tidak ada nilai kekayaan dan tandingan terhadap kasih ibu dan ayah.
Ibu dan ayahlah yang mengasuhmu wahai anak, sehingga kamu berjaya. Ingatlah kita semua memegang gelaran sebagai anak, maka janganlah kita sombong dengan kedua ibu bapa, walau sehebat mana sosok dirimu di dunia.
Oleh itu, tidak ada ruang sebagai seorang anak dalam menidakkan kewajipan untuk menjaga dan berbuat baik terhadap ibu dan ayah. Sedarlah wahai anak-anak sekalian, kita dipertangungjawabkan keatas kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT ini.
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Isra’: 23)
Sheikh Mustafa al-Maraghi ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT benar-benar mewasiatkan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu dan ayah secara serius, sehingga anak-anak yang derhaka terhadap ibu dan ayah akan meremang bulu romanya dan merasa ngeri apabila mendengarnya.
Ads
Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932).
Namun ada situasi anak-anak membenci ibu mereka. Berikut perkongsian daripada Instagram Imam Muda Hassan Adliseperti yang dikongsikan di Instagramnya.
BENCI IBU TAK MENGUNTUNGKAN
Mungkin ada di kalangan kalian yang sangat sayangkan ibunya.
Dan mungkin juga ada di kalangan kalian yang bencikan ibunya.
Dan boleh jadi juga di kalangan kalian yang sangat bencikan ibunya.
Saya pernah ditanya soalan tentang ibu, seorang anak yang memang bencikan ibunya. Sebab ada kisah silam yang menjadikan hidupnya berubah gara-gara kerana sikap ibunya.
IBU KITA MANUSIA BIASA BUKAN MALAIKAT
Sayang ke, benci ke, sangat benci terhadap ibu ke, ianya tidak dapat hendak mengubah takdir, dan ia tetap tidak boleh ubah status seorang ibu. Kalau hendak buang ibu jauh-jauh, hendak putus hubungan sekalipun, ibu kita tetap ibu kita walau apa keadaan sekalipun.
Ibu tetap seorang manusia yang ada kekurangannya. Ibu kita tetap ada dosanya, adakalanya kata-katanya mengguris hati. Kadangkala perbuatannya tersalah jua sebab dia seorang manusia, dia bukan malaikat.
Ads
Kadangkala kasihnya pada anak tidak sama antara Along dengan Angah, Ucu dengan Ude. Ada lebih, ada kurang. Sebab dia seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Iri hati Along pada Angah sebab ibu lebihkan Angah. Apa-apa sahaja Angah. Along ibu tidak pandang langsung. Ye, sebab ibu seorang manusia yang tidak sempurna.
Sebenci-benci anak kepada ibunya, satu perkara yang WAJIB kita tahu dan sedar, dia adalah SYURGA kita.
Ada sesiapa yang teringin hendak masuk neraka? Saya yakin semua hendak masuk SYURGA. Kalau syurga depan mata kita sekarang ini pun kita benci, agak-agaknya dapat ke tidak kita masuk syurga hakiki nanti?
Jika ada di kalangan kita yang berhadapan dengan masalah ibu, anggaplah ia sebagai ujian. Ujian bagi orang Mukmin sebagai hiburan. Jangan anggap ia sebagai tekanan, nanti kita stres, berkat pun tak dapat.
Jika ibu benci pada kita, jangan pula kita benci dengan ibu. Teruskan berbuat baik dengan dia, anggaplah dia sebagai jalan yang sukar untuk menuju syurga. Memang hendak pergi ke syurga jalannya sukar!
Sabarlah dan syukurlah sebab kita masih punyai syurga.
Kesimpulannya seburuk mana pun ibu, dia tetap ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Hargailah dia selagi dia masih bernyawa.
Mengamalkan wirid duan ayat terakhir dari surat at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilat dan khasiatnya. Banyak ulama dan guru-guru agama yang menganjurkan untuk mengamalkan wirid dua ayat terakhir dari surat at-Taubah ini.
Rahsia yang terkandung di dalamnya sangat besar, sehingga akan mampu memberi banyak manfaat bagi pengamalnya. Apa khasiat dan manfaat serta fadhilah mengamalkan dua ayat terakhir surat at-taubah ini?
Inilah beberapa diantaranya:
Rezeki bertambah– Wiridkan secara istiqomah 7 x sehabis solat maghrib, Insya Allah rejeki akan lancer.
Pendinding dari ilmu hitam– Baca 7 x sehabis solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam.
Hajat terkabul– Baca 100 kali sehabis s0lat hajat, Insya Allah percepatkan kabulnya hajat.
Benteng diri– Lindungi diri untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang.
Perubatan– Dibacakan ke air, lalu tahan nafas sambil baca 2 ayat tersebut di dalam dada dan hembuskan ke air putih untuk diminumkan kepada yang sakit.
Jauhi sihir– Mencegah dari segala macam sihir, guna-guna, hipnotis dan lain-lain.
Dimudahkan segala urusan– Merubah nasib yang buruk menjadi lebih baik, segala urusan dipermudahkan.
Kesihatan – Diberikan umur panjang dan selalu sihat, insya Allah dan terhindar dari segala marabahaya yang datang tak diduga.
Inilah ayatnya:
LAQOD JAA-AKUM RASUULUM MIN ANFUSIKUM AZIIZUN ALAIHI MAA ANITTUM HARII-SHUN ALAIKUM BILMU’MINIINA RAUUFUR RAHIIM.
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.(QS.At-Taubah :128-129).
Di samping mengamalkan dua ayat tersebut di atas, ada juga riwayat dari Nabi yang secara khusus menyebutkan potongan ayat dari ayat terakhir, iaitu:
“Allah-lah yang mencukupi segala keperluanku, tiada ilah yang berhak disembah kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung.”
Ada riwayat dari Nabi sebagai berikut:
Dalam hadis dari Abu Ad Darda’ radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahawa barangsiapa yang mengucapkan zikir tersebut di subuh dan petang hari sebanyak tujuh kali, maka Allah akan memberi kecukupan bagi kepentingan dunia dan akhiratnya. HR. Ibnus Sunni no. 71 secara marfu’ sampai pada Nabi shallallahu alaihi wa sallam, Abu Daud secara mauquf (sampai pada sahabat) (4/321, no. 5081). Syaikh Syu’aib dan Abdul Qodir Al Arnauth menyatakan sanad hadits ini shahih dalam Zaadul Ma’ad (2/376))
Itulah amalan wirid dua ayat terakhir dari surat at-taubah yang boleh anda lakukan, semoga apa yang diamalkan menjadi satu perubahan dalam hidup kea rah kebaikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Majlis ilmu jika diadakan boleh diibaratkan sebagai taman-taman syurga di dunia, sehinggakan sesiapa yang sering menghadirinya bakal menerima ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Terdahulu, aktres jelita Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid telah mengambil kesempatan mengadakan satu majlis ilmu keagamaan dengan menjemput penceramah terkemuka, Ustaz Wadi Annuar.
Majlis Ilmu Anjuran Izara Dan Suami Dapat Sambutan Rakan Artis
Perkara berkenaan dimaklumkan Izara menerusi laman Instagram story (IGs) miliknya.
Dalam hantaran berkenaan dapat dilihat ramai rakan artis turut hadir sama memeriahkan majlis berkenaan. Antara yang hadir adlaah Janna Nick, Linda Rafar, Diana Rafar, Kilafairy, Heliza Helmi, Lisdawati termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami.
Selain itu, perkongsian di laman Instagram Linda Rafar yang memuatnaik foto berzama Izara telah menarik perhatian Hijabista, kerana Izara telah meninggalkan komen yang berbaur lucu.
“Ya allah kak Linda muka Icha tu macam rumah tak siap”, tulis Izara.
“Macam tu tak siap? Allahuakbar kalau siap tak tau la nak cakap macam mana.. Love u Icha makan sedap dan majlis sangat sempurna.. InsyaAllah kita jumpa next usra dengan izin allah swt k”, komen balas Linda.
Menurut Izara wajahnya seperti tidak bersiap untuk mengambil gambar bersama Linda.
Namun, itu hanyalah sekadar gurauan semata yang bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim bersama Linda Rafar.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati bahawa, rata-rata wargamaya memberikan respon positif dengan kehadiran para artis memeriahkan majlis ilmu seperti ini. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan warganet.
“Seronoknya dapat sahabat-sahabat yang macam nie,” tulis wargamaya.
“Alhamdulillah, kak Linda ni comel la, suka tengok masa kak minta doa kt Ustaz Wadi. Semoga sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah selalu kak,” kata warganet.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Jarang sekali melihat anak muda untuk berkumpul dalam majlis ilmu, apatah lagi berkumpul di masjid. ‘Lepak’ yang bermanfaat, Yayasan Murtadha tarik minat golongan remaja riadah sihat di majlis ilmu.
Bagi menarik minat anak muda mendekati masjid, Yayasan Murtadha Berhad menganjurkan program Lepak Geng Utagha di Masjid Darul Murtadha dekat Pusat Dakwah Murtadha.
Program julung kali diadakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada golongan muda sekitar Kedah untuk mencorak kehidupan yang positif dengan membabitkan diri dalam aktiviti riadah yang berfaedah.
Program lebih Up To date
Septikal orang muda tentang majlis ilmu yang biasa dijalankan di masjid-masjid pastinya ceramah yang membosankan.
Menurut Pengasas Yayasan Murtadha Berhad, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof berkata, kali ini benar-benar berbeza. Selari dengan matlamatnya adalah memberi pendedahan kepada anak muda dengan kerja kebajikan yang dapat memperkasakan bangsa, agama dan negara.
“Antara program yang boleh disertai seperti pertandingan bola sepak Liga Sepak Penalti dan sukan elektronik dikenali Madad E-Football 23 Mobile.
Dunia dan akhirat seimbang
Sejajar itu, mereka yang menyertai program ini mereka jugaberpeluang menambah ilmu agama,bagi mendekatkan anak muda dengan majlis ilmu, peserta diajak untuk turut serta dalam kuliah Dhuha sebelum program bermula.
“Sesi kuliah itu menampilkan barisan tokoh agamawan popular seperti Ustaz Firdaus Firabid, Ustaz Ahmad Yusof, Ustaz Abdullah Khairi dan penampilan khas bekas pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia, Baddrol Bakhtiar,” katanya.
Tambah Mohammad Yaakub, program itu juga inisiatif Masjid Darul Murtadha iaitu pusat sehenti (one stop centre) yang bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadat tetapi juga diperluaskan kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan merangkumi aspek kesihatan sesuai kehendak lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.
“Di samping itu, ia adalah kesinambungan penubuhan Kelab Budak Masjid yang ditubuhkan bagi mendekatkan anak muda ke masjid.
Hotel kapsul untuk musafir
Usaha Yayasan ini untuk mengeratkan ukhwah ,pelbagai kemudahan yang disediakan dari bentuk wang tunai mahupun kebendaan.
Bukan sahaja melindungi umat Nabi Muhammad malah haiwan kegemaran Rasulullah.
“Menerusi program itu, Yayasan Murtadha Berhad memberikan wang saguhati kepada anak muda yang hadir untuk solat berjemaah di masjid.
“Masjid Darul Murtadha juga mengambil iktibar daripada zaman Rasulullah yang memperluaskan peranan masjid kepada pusat aktiviti masyarakat dalam usaha mengeratkan ukhwah penduduk setempat,” katanya.
Mohamad Yaakub berkata, beberapa lagi usaha untuk dilakukan bagi menarik kehadiran orang ramai ke masjid.
“Antaranya adalah dengan menyediakan hotel kapsul sebagai kemudahan buat musafir untuk berteduh sebelum memulakan perjalanan mereka.
Gambar sekadar hiasan
“Kemudahan lain adalah taman permainan kanak-kanak bagi menggalakkan anak-anak dan ibu bapa mengunjungi masjid. Juga pusat penjagaan kucing jalanan di mana ada vetirina khas yang akan datang untuk merawat kucing-kucing terbiar ini.
“Usaha itu seiring dengan hala tuju Masjid Darul Murtadha yang menjadi sebahagian projek pembangunan Murtadha Dakwah Centre meliputi pembangunan rumah warga emas, kompleks tahfiz integrasi dan stadium e-sukan, hub sukan sunnah serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma,” katanya.
Dengan wujudnya Yayasan ini tiada lagi alasan anak-anak muda takut untuk jejak ke masjid.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!