Restoran stik pertama Malaysia yang diiktiraf halal, NY Steak Shack telah meraih RM11,300 melalui kempen amal mereka iaitu Share The Love, sebuah kempen yang diadakan bagi membantu komuniti setempat.
Dana tersebut telah disalurkan kepada Masjid Tun Abdul Aziz bagi usaha membaiki serta membaik pulih infrastruktur masjid tersebut. Pada sambutan Aidilfitri di masjid itu, Muhammad Adam Mah yang mewakili NY Steak Shack telah menyerahkan cek sumbangan kepada pihak jawatankuasa masjid pada 22 Jun yang lalu.
Ads
Jelas beliau, mereka sangat terharu dengan sokongan dan keikhlasan yang diterima daripada pelanggan mereka sewaktu kempen tersebut dilaksanakan.
Ads
“Bagi kami, musim perayaan bukan sahaja waktu untuk meraikan malah ia juga waktu yang terbaik untuk kita memperbaiki diri kita dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Ads
“Kami berharap dengan sokongan daripada pihak kami ini, kita dapat memberikan impak positif terhadap Masjid Tun Abdul Aziz,” ujarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap manusia mempunyai kecantikan pada ciri-ciri muka mereka yang tersendiri. Ada yang terlihat manis apabila tersenyum dan ada juga yang ‘masam’ muka pun comel sahaja bila dilihat.
Tapi kecantikan yang dimiliki pasti akan ada iras sedikit bersama orang yang mungkin di sekeliling mahupun jauh. Baru-baru ini pula, penyanyi Iman Troye dikatakan iras-iras dengan Datuk Seri Vida.
Masih baru dalam industri muzik tanah air, penyanyi Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabuddin dikatakan mempunyai iras-iras wajahnya bersama usahawan terkenal, Daruk Seri Vida.
Gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi itu mendapat perhatian ramai oleh warganet apabila ada yang menyamakannya bersama Datuk Seri Vida. Kata mereka lagi ada mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kedua selebriti itu sama!
“Happy new year sayang! dah lama iman tak pakai bawal, cantik tak? anyways, holiday elok elok tau semua, nanti apa apa update iman kat dms okay!” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Seiras Datuk Seri Vida…congrats,
“Sekali tengok macam Dato muda versi muda,
“Tahniah Iman, bukan senang nak cari muka yang sama macam Datuk Seri Vida ini. Rare.” itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.
Iman Troye juga tetap manis dan kelihatan sangat anggun mengenakan tudung bawal dan baju berwarna lembut di Pantai Klebang, Melaka. Ramai yang turut memujinya kerana kelihatan ‘simple‘ namun comel sekali!
“Allahu cantiknya, bila lah aku nak cantik macam iman ni…
“Happy new year pretty Iman, hope 2023 you can achieve a lot and gain happiness as well with good memories for you!” pujian yang diberikan kepada Iman Troye.
Perilaku penyondol yang semakin berani mencabar keharmonian rumah tangga orang secara terang-terangan, amat menggusarkan kaum wanita khususnya mereka yang bergelar isteri.
Perkara itu ketika diajukan kepada pangasas produk Kamya Glow, Erna Elliyana Rosli (Erna) oleh pembantu peribadinya dikenali sebagai Loliqa, semasa sesi live di Tiktok bagi memperkenalkan promo ramadan, Cantik Before Raya, Selasa petang lalu, membuatkan Erna berasa seram sejuk.
Panas dengan isu rumahtangga di kalangan artist pasti serba sedikit memberi kesan dan tempias bahangnya. Walaupun rumahtangganya tidak dilanda badai, namun perkara ini juga memberi impak kepada sesiapa yang sudah berumahtangga.
“Saya sebenarnya no comment sebab… eh sejuk saya cakap pasal penyondol ni!, tapi ia tiada kena-mengena dengan diri sendiri. Alhamdulillah suami saya punya bumper okay!
“Ramai yang tidak sedar, bila membenarkan penyondolan itu berlaku, bererti ia sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat,” katanya.
Memahami setiap yang berlaku dengan izin Allah SWT, Erna sempat berkongsi tip semasa live di Tiktok kepada pengikutnya mengenai amalan doa yang sering dipanjatkan supaya keluarganya sentiasa dalam lindungan Maha Esa.
“Saya selalu amalkan doa ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau jauhkanlah diriku dan keturunanku daripada kelazatan melakukan maksiat.
“Saya nak Allah jauhkan saya dari lazatnya melakukan maksiat. Bila saya tak rasa lazat, saya tak buat maksiat,” katanya.
Berpesan kepada diri sendiri dan umum, dia yang sebelum ini merupakan seorang pelakon dan penyanyi, turut mengingatkan kaum hawa untuk sentiasa menjaga penampilan jika mahu mengikat pandangan suami. Sementara suami, mereka juga perlu memainkan peranan untuk memastikan isteri sentiasa bersemangat menjaga penampilan.
“Suami pun kalau nak lihat isteri cantik, kenalah beri nafkah lebih supaya isteri boleh merias diri. Suami kena main peranan.
“Saya masa kenal dengan suami saya dulu, kulit saya agak gelap. Saya pernah tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya sebab saya tak berapa cantik. Suami cakap dia pilih saya kerana ada otak.
“Alhamdulillah 11 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sampai sekarang suami sentiasa mahu saya kelihatan menarik. Dia selalu galakan saya ke spa, jaga kulit dan mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan premium dan terbaik.
“Suami-suami jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah lubuk rezeki anda,” katanya.
Tidak hanya topik penyondol, Erna turut mengagumkan ramai kerana sikap rendah dirinya. Meskipun dikenali sebagai usahawan berjaya, dia langsung tidak kekok bergaul dengan kakitangan termasuk pembantu pejabat.
Secara spontan, Erna mengundang pembantu pejabat dan rumahnya, untuk turut serta dalam sesi live berkenaan lalu merias wajah pekerja warga asing berasal dari Medan Indonesia yang mesra disapa kak Miah.
Jika sebelum ini, umum terbiasa dimomokkan dengan berita majikan bertopengkan iblis, keikhlasan Erna menyantuni Kak Miah wajar dicontohi. Sehinggakan kak Miah berulang kali memuji Erna sebagai seorang majikan yang sangat baik.
“Saya punya boss baik,” komen Kak Miah selepas Erna bercerita mengenai baju raya empat pasang yang dibelinya untuk kak Miah sempena digayakan pada lebaran nanti.
Berkenalan sejak 3 tahun yang lalu, Kak Miah juga mempesonakan ramai kerana kulitnya yang mulus, malah mengakui dirinya ada salah seorang pengguna Kamya Glow sejak dua tahun lalu.
Sempena kedatangan ramadan, Kamya Glow memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi RM69 sahaja (harga asal RM129).
Apa yang mengujakan, setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah akan dilakukan secara rawak serendah RM2 hingga RM50. Dimana wang tunai keseluruhan yang ditawarkan adalah RM5,000.
“Kelebihan produk Kamya Glow, pengguna dapat melihat kesannya seawal 7 hari. Pengambilan konsisten setiap hari akan memberikan kesan kulit cerah sekata, menghilangkan kekusaman, jerawat dan jeragat. Paling best Kamya Glow juga membekalkan tenaga kerana ia tinggi anti oksida dan vitamin c,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama Titi Kamal sudah tidak asing lagi di telinga masyarakat terutamanya di Indonesia. Aktres terkenal Indonesia yang juga merupakan isteri kepada pelakon Christian Sugiono itu telah menjadi topik hangat dan juga trending di Twitter semalam.
Titi Kamal atau nama penuhnya Kurniati Kamalia merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi di Indonesia. Kalau anda peminat setia filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’, anda pasti mengenali aktres ini. Untuk pengetahuan anda, Titi Kamal mempunyai lima orang adik beradik dan merupakan anak bongsu. Sejak zaman persekolahan, dia memang aktif menyertai teater.
Baru-baru ini, penampilan Titi Kamal yang telah mengenakan busana tertutup dan memakai hijab semasa acara The Islamic Mega Event 2022 telah mendapat pujian ramai. Hal ini kerana pelakon tersebut biasa tampil kasual dengan rambut panjangnya, namun kali ini Titi Kamal tampil mengenakan hijab dan terlihat sangat anggun.
Titi Kamal telah memuat naik gambarnya mengenakan busana muslimah berwarna biru yang sangat elegan dengan aksen ruffle pada tangannya. Dia juga telah memadankan hijab dengan gaya yang simple namun masih terlihat fashionable. Aktres ini tampak semakin berseri dan manis sangat!
“Islamic Mega Event 2022, Cahaya Sang Baginda, alhamdulillah boleh turut serta membaca puisi di acara luar biasa ini, bersama Ustadzah Aisyah Farid, dan publik figur luar biasa lainnya. Ramai sekali hingga 5800 muslimah, masha Allah. Semakin cinta dengan Allah SWT & Nabi Muhammad SAW.” tulisnya.
Tujuan Islamic Mega Event 2022 yang berlangsung di Sentul International Convention Center, Bogor, Jawa Barat dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para muslimah di Indonesia mengenai bimbingan Nabi Muhammad SAW dan memberi ilmu yang lebih mendalam mengenai agama Islam. Acara ini turut dihadiri oleh barisan ustazah muslimah dari Indonesia serta beberapa artis muslimah ternama lainnya seperti Ria Ricis, Oki Setiana Dewi, Melly Goeslaw dan ramai lagi.
Usai memuat naik hantaran tersebut, Titi Kamal telah menerima banyak pujian daripada selebriti dan warganet. Ada juga yang turut mendoakan agar pelakon itu akan terus mengenakan hijab di masa hadapan.
“Semoga disegarakan berhijabnya ya mba titi cantik”
“MasyaAllah kak Titi cantiknya…pakai jilbab makin cantik kak…”
“Semoga doa yang baik buat kak titi dan istiqomah…amin”
“Cantik banget kak pakai hijab… Semoga di pakai terus ya kak…”
“Terharu tadi waktu bunda titi tampil… MasyaAllah. Semoga seterusnya berhijab”
Alhamdulillah, kami di Hijabista turut mendoakan agar Titi Kamal akan mendapat hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna di masa hadapan. Untuk rekod, Titi Kamal telah berkahwin dengan Christian Sugiono pada 6 Februari 2009 di Perth, Australia. Pada 16 November 2013, dia telah melahirkan anak sulungnya bernama Arjuna Zayan Sugiono.