Ibu bapa sebagai pemegang amanah, biasalah dah hujung bulan pasti ada yang tersangkut untuk melangsaikannya. Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka perolehi. Jadi, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.

Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.

Apakah hukum guna duit raya anak yang masih kecil tanpa pengetahuan anak?

Jawapan;
Pada asalnya, ibubapa dilarang untuk menggunakan duit anaknya tanpa apa-apa keperluan. Hal ini adalah berdasarkan keumuman sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا

“…maka sesungguhnya darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu adalah haram (dimuliakan dan dilindungi) atas diri kamu, sepertimana haramnya hari kamu ini, di negeri kamu ini dan di bulan kamu ini…”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Disebutkan oleh Syeikh Najib al-Muti‘i;

IKLAN

“Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafi‘i, telah mengatakan bahawa bapa tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali hanya sekadar keperluannya, berdasarkan hadis; “Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sepertimana haramnya hari kamu ini, di bulan kamu ini… …”(Takmilah al-Majmuk).

Namun, jika ada keperluan bagi ibubapa tersebut untuk menggunakan harta anaknya, maka ketika itu harus bagi mereka menggunakannya.

Hal ini adalah berdasarkan beberapa riwayat hadis, antaranya:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَجُلًا أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يُخَاصِمُ أَبَاهُ فِي دَيْنٍ عَلَيْهِ، فقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنْتَ وَمَالُكَ لِأَبِيكَ

IKLAN

Diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu anha, sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam mengadu tentang ayahnya yang berhutang kepadanya. Lalu Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: “Engkau dan harta engkau adalah milik bapamu.”(Riwayat Ibn Hibban).

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَجُلا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالا وَوَلَدًا وَإِنَّ أَبِي يُرِيدُ أَنْ يَجْتَاحَ مَالِي فَقَالَ أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu anhu, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai harta dan anak. Sedangkan, bapaku ingin mengambil hartaku.” Lalu Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: “Kamu dan hartamu adalah milik bapamu.”(Riwayat Ibn Majah).

Menurut Imam al-Munawi, hadis ini membawa erti bahawasanya harus bagi seseorang bapa menggunakan harta anaknya apabila ada keperluan untuk berbuat demikian. Namun, keharusan ini bukanlah secara mutlak (sewenang-wenangnya) kerana tiada seorang ulama pun yang mengharuskan seseorang bapa menggunakan harta anaknya dengan sewenang-wenangnya tanpa apa-apa keperluan (Faidh al-Qadir).

IKLAN

Justeru, menggunakan duit raya anak tanpa apa-apa keperluan hukumnya adalah dilarang. Namun, jika keadaan terlalu mendesak ada keperluan untuk ibubapa menggunakan duit tersebut. Maka hukumnya adalah harus mengikut kadar keperluan yang diperlukan itu, boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.
Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.

Cara Uruskan Duit Raya Anak Dengan Betul

ASINGKAN


Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)

TABUNG KHAS

Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita.

SIMPAN DALAM BANK


Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak anda (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa.

Antara tabungan terbaik adalah di Tabung Haji, tetapi mak ayah juga bebas untuk memilih di mana anda nak simpan duit anak.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI