Merupakan seorang pelarian dari Afghanistan, wanita berusia 27 tahun ini mula menjejakkan kakinya ke bumi Australia ketika berusia lapan tahun setelah tiga tahun bapanya berhijrah terlebih dahulu. Status keluarganya yang bersangkut paut dengan dunia politik menjadikan mereka sebagai sasaran puak Taliban sehingga menyebabkan keluarganya mengambil keputusan untuk meninggalkan Afghanistan
Di Australia, bapa Fatima bekerja sebagai pemandu teksi, pembantu dapur dan pengawal keselamatan demi membina sebuah kehidupan baharu untuk isteri dan anak-anak. Ibunya pula menubuhkan sekolah memandu, untuk menyara keluarga mereka dan membantu peringankan bebanan ayahnya.
Setelah menyaksikan perjuangan ibu bapanya sebagai pendatang baharu ke Australia, Fatima menjadi penganjur kesatuan di United Worker’s Union, yang mewakili pekerja merentas pelbagai industri termasuk pembersih, pekerja penjagaan warga emas dan pendidik pusat penjagaan kanak-kanak.
Fatima Payman menjadi pemecah tembok stigma untuk wanita Islam selepas dia menjadi ahli politik berhijab pertama yang memenangi undi yang mencukupi untuk menduduki kerusi di Dewan Senat Australia menerusi parti Buruh.
“Saya mahu menormalkan pemakaian hijab. Saya berharap dapat menjadi inspirasi kepada ramai anak muda Australia yang lain, bahawa hanya kerana anda percaya kepada Tuhan, atau hanya kerana anda kelihatan berbeza, ia tidak seharusnya menghalang anda daripada terlibat dalam institusi yang penting.
“Anda tidak boleh menjadi apa yang anda tidak dapat lihat, dan parlimen tidak mencerminkan masyarakat umum Australia, maka bagaimana anda boleh mempunyai kepercayaan penuh bahawa mereka boleh mendengar suara anda, dan menjadi suara anda yang berkuasa?” ujarnya dalam satu temubual bersama The Guardian.
Ads
Kredit foto: Facebook Fatima Paytan
Berada dalam negara yang bukan majoriti warganya beragama Islam, pemilihan Fatima oleh rakyat kulit putih yang lain menonjolkan keterbukaan dan penerimaan terhadap masyarakat Islam. Mereka saling hormat sebagai satu komuniti yang berusaha menjadikan persekitaran kehidupan yang positif.
Menurut profil peribadinya di laman web rasmi parti Buruh, dia sangat bersemangat untuk memecahkan halangan untuk wanita dan golongan muda, dan menggalakkan mereka menyuarakan pendapat mereka. Fatima juga mahu berkhidmat dan membalas jasa kepada komuniti yang telah banyak membantunya.
Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah lebih baik kita duduk di rumah sahaja. Usahlah berdegil. Kita harungi bersama-sama agar usaha memutuskan jaringan Covid-19 ini tercapai. Usahlah ‘keras hati’ dengan mengaitkannya wabak ini dengan isu agama.
Berikut perkongsian Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Pagi ini hati sebak menonton rayuan petugas KKM yang disebarkan melalui sebuah video. Besar sungguh pahala dan pengorbanan mereka. Terus saya teringat gambar yang dihantar oleh adik beradik di kg saya pada 21 Mac lalu memaparkan sekumpulan ORANG BERAGAMA JAHIL BODOH yang berdegil untuk terus solat berjemaah di Masjid. Apabila ditegur, selamba mereka kata:
“KAMI CUMA TAKUTKAN ALLAH!”
Masalahnya kalau kamu sakit atau bawa jangkitan, kamu akan susahkan orang lain…! Simpan sikit jahil dan bodoh tu. Jangan sampai menyusahkan orang. Pastinya kamu semua tak lebih alim atau takutkan Allah pun berbanding PARA SAHABAT NABI dalam kisah penularan wabak pada zaman Sayyidina Umar.
MANUSIA JAHIL BICARA TENTANG AGAMA DI KALA COVID 19Pagi ini hati sebak menonton rayuan petugas KKM yang disebarkan melalui sebuah video. Besar sungguh pahala dan pengorbanan mereka. Terus saya teringat gambar yang dihantar oleh adik beradik di kg saya pada 21 Mac lalu memaparkan sekumpulan ORANG BERAGAMA JAHIL BODOH yang berdegil untuk terus solat berjemaah di Masjid. Apabila ditegur, selamba mereka kata: "KAMI CUMA TAKUTKAN ALLAH!" Masalahnya kalau kamu sakit atau bawa jangkitan, kamu akan susahkan orang lain…! Simpan sikit jahil dan bodoh tu. Jangan sampai menyusahkan orang. Pastinya kamu semua tak lebih alim atau takutkan Allah pun berbanding PARA SAHABAT NABI dalam kisah penularan wabak pada zaman Sayyidina Umar. Elok benar kalau manusia sebegini ditangkap dan diletakkan di Hospital bersama para petugas..biar mereka lihat sendiri bagaimana LETIH DAN KRITIKALNYA SITUASI para petugas KKM. Setelah melihat kebodohan dan kedegilan sebegini saya sangat sokong penglibatan pihak polis dan tentera. Benarlah firman Allah yang mengatakan PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SANGAT PENTING BAGI MENYEKAT KEJAHATAN DAN KEBODOHAN SESETENGAH PIHAK:وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ Ertinya: Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman, PUNYAI KUASA dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia-Nya kepada sekalian alam (al-Baqarah 2:251).Jangan marah saya kerana status ini…kerana saya sedang marah!! Marah kepada orang beragama yang jahil agama sehingga mengundang bencana kepada orang lain.Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.23 Mac 2020.
Elok benar kalau manusia sebegini ditangkap dan diletakkan di Hospital bersama para petugas..biar mereka lihat sendiri bagaimana LETIH DAN KRITIKALNYA SITUASI para petugas KKM.
Setelah melihat kebodohan dan kedegilan sebegini saya sangat sokong penglibatan pihak polis dan tentera. Benarlah firman Allah yang mengatakan PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SANGAT PENTING BAGI MENYEKAT KEJAHATAN DAN KEBODOHAN SESETENGAH PIHAK:
Ertinya: Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman, PUNYAI KUASA dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia-Nya kepada sekalian alam (al-Baqarah 2:251).
Jangan marah saya kerana status ini…kerana saya sedang marah!! Marah kepada orang beragama yang jahil agama sehingga mengundang bencana kepada orang lain.
Memang manis sekali anak gadis Norman Hakim dan dan Abby Abadi. Marissa Dania Hakim yang akan menjengah usia 13 tahun menjelang bulan 7 nanti. Melihat perkongsian gambar yang selalu dimuat turun ibunya Abby Abadi memperlihatkan sisi kematangan Marissa walaupu usianya baru 12 tahun. Dia adalah pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan dan baru-baru ini mengikut Abby ke Turki untuk menghantar abang sulungnya, Mohamed Danish Hakim bagi menyambung pengajian di sana.
Ramai netizen memuji kecantikan anak gadis Abby ini yang tetap cantik walaupun mengenakan hijab labuh dan ada kalanya berjubah longgar. Senyuman yang terpancar pada wajahnya menyerlahkan sifat kelembutan sebagai seorang Muslimah sejati.
Walaupun usianya masih muda, tetapi Marrisa dilihat begitu bersemangat dalam setiap perkara dilakukan. Malah dalam setiap posting di laman instagram juga turut diberi caption yang begitu memotivasikan diri.
marissadania_never give up because great things take time
marissadania sometimes something hard make you learn how to live
Untungnya hijabi muda ini yang begitu bersemangat dan bercita-cita mencapai apa yang diimpikan tanpa mengenepikan soal akhirat. Malah ajaran diberikan kedua ibu bapanya yang telah mendidik untuk melahirkan dirinya sebagai generasi berilmu dan berwawasan.
Dalam hal ini Abby juga tidak membezakan kasih sayang antara ketiga-tiga anaknya yang dipanggil ‘kesayangan dunia akhirat’. Malah dia turut membawa sekali anak-anaknya bercuti ke Istanbul sambil mengambil kesempatan bermain salji.
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung satu pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah agensi swasta hingga menjadi sorotan dan perdebatan dikalangan wargamaya.
Ini demikian kerana, agensi berkenaan didakwa mengenakan caj harga perkhidmatan yang terlampau tinggi bagi perlaksanaan ibadah umrah dengan menampilkan selebriti terkemuka di Malaysia.
Sehubungan itu, bagi merungkai isu ‘panas’ ini, Hijabista mendapatkan maklum balas daripada Ustazah, Dr. Robiah K Hamzah yang sering mendapat undangan bersama jemaah ‘kayangan’ melaksanakan ibadah umrah.
Menurut Ustazah Robiah yang mesra disapa dengan panggilan ummi, jelasnya perkara ini tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjadi perbalahan sesama muslim. Malah, jika seseorang individu itu mampu, menyertai pakej umrah ‘kayangan’ ini seharusnya dilihat dari sudut positif menerusi konteks ‘rezeki’.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa individu itu mempunyai rezeki yang lebih, menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mendapatkan ibadah yang selesa dan sesuai dengan kos yang dikeluarkan.
Seperti yang kita sedia maklum, pakej umrah kayangan ini semestinya menawarkan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding pakej-pakej umrah sedia ada. Malah, urusan mereka juga lebih mudah dan berjalan lancar kerana ditawarkan perkhidmatan ‘kelas pertama’.
“Contohnya, di Thaif mereka singgah di restoran paling mahal, jadi layanan, makanan, dan cara mereka di sambut ketika tiba di tanah suci sudah pasti berbeza, mereka juga dimudahkan segala urusan ketika melaksanakan umrah.
“Mereka tidak diuji Allah dengan ujian-ujian kecil ketika dalam perjalanan, tak ditimpa musibah seperti sakit. Kerana mereka dijaga dalam bentuk yang highclass.
“Dari segi layanan pengurusan, hinggalah kepada kepakaran mutawwif semuanya ‘tiptop’ sebagai pemandu arah (tour-guide) kepada jemaah-jemaah yang terlibat dalam pakej umrah kayangan ini.
“Ini juga merupakan satu bentuk rezeki dan nikmat yang mereka (golongan berada) mampu untuk bayar,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bercakap melalui pengalaman membawa golongan kenamaan menunaikan ibadah umrah, Ummi berkata, setiap kos yang dibayar dan dikeluarkan oleh golongan ini sememangnya berbaloi dengan keselesaan melakukan ibadah yang mereka terima.
“Sebab orang-orang yang menguruskan jemaah kayangan ini pun bukan orang Malaysia, kita hanya menjadi orang tengah sahaja. Disana banyak menggunakkan tekong-tekong atau pakar-pakar seperti pakar perjalanan, pakar tempat makan, pakar travel, pakar tempat bersejarah.
“Hampir semua perkhidmatan umrah kayangan ini menggunakan pakar. Jadi ummi merasakan beruntungnya dapat masuk ke pakej ini, kerana kita mendapat satu layanan yang sangat istimewa di tanah suci,” jelasnya.
Mengulas berkenaan hukum, Ummi berkata ia berbalik kepada hukum asal menunaikan rukun Islam kelima itu, iaitu ‘Menunaikan Haji dan Umrah bagi yang mampu’. Hukumnya wajib bagi yang menunaikannya pertama kali, dan sunat bagi mereka yang menunaikannya kali kedua dan seterusnya.
Tetapi Ummi menegaskan, meskipun hanyalah melakukan ibadah sunat, pastinya kita mahu mengerjakan dan melaksanakannya dengan cara yang paling baik, agar ibadah kita itu sempurna dan diterima disisi Allah swt.
“Maksud paling baik ini, pertama kita mesti berada dalam keadaan sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.
“Kedua, sewaktu pergi melaksanakan ibadah, kita juga dapat menghulurkan sedekah. Kemudian kita juga diberikan kemudahan-kemudahan seiring peredaran zaman.
“Contoh kalau dulu kita kata duduk masjid, tak payah la air-cond kipas pun dah cukup, dah boleh laksanakan ibadah. Solat je pun. Tapi akhirnya kita akur perlunya ada penambahbaikkan juga, supaya ibadah kita lebih mudah dan khusyuk.
Justeru, Ummi berkata tidak timbul isu sekiranya travel agensi menggunakan para selebriti sebagai ‘umpan’ untuk menarik pelanggan ataupun mengumpul jemaah agar perlaksanaan ibadah umrah itu dapat disegerakkan.
“Kalau nama dia (para selebriti) mampu untuk menarik pelanggan dan menarik orang-orang untuk pergi umrah apa salahnya? Itu merupakan satu cara travel agensi dapat mengumpul jemaah pergi menunaikan umrah dengan lebih cepat. Mungkin itu juga satu nikmat dari selebriti tadi.
“Kedua, artis yang membantu travel agent untuk mendapatkan pelanggan, itu juga kita anggap sebagai sebahagian dari ibadah.
Namun, katanya bagi rakyat marhaen yang tidak mampu untuk membayar kos pakej kayangan, mereka juga layak menunaikan umrah tetapi perlu berpada-pada dan tahu ‘mengukur baju, di badan sendiri’.
Rakyat marhaen tidak perlu ‘mengikat perut’ serta merasa runsing memikirkan bagaimana cara untuk mengumpul wang, hanya kerana ingin menikmati pakej umrah kayangan ini.
Bagaimanapun, Ummi turut menasihati golongan yang berduit ini agar menaja fakir-fakir miskin menunaikan umrah bersama mereka, daripada pergi menunaikan umrah secara bersendirian dengan mengambil pakej ‘kayangan’.
“Kepada orang ‘kayangan’ kalau ada duit yang banyak, lebih baik membawa lebih ramai jemaah menunaikan umrah. Tajalah orang untuk pergi umrah. Kerana itu diantara ibadah yang paling besar, jika dibandingkan dengan ibadah kita bersendirian dengan belanja mewah.
“Kalau Allah kata satu umrah satu pahala. Kalau taja 10 orang, dapat 10 pahala umrah contohnya.
“Ummi nasihatkan kepada yang banyak duit, daripada membayar harga-harga kayangan ini, lebih baik gunakan duit itu, kita pegi sama-sama ambil pakej sederhana yang dekat dengan masjid,” katanya.
Mengulas isu sama, Ustazah Robiah turut mengingatkan agar mereka yang pergi menunaikan umrah bersama golongan artis agar menjaga niat dan ikhtilat supaya tidak terpesong.
“Jagalah niat, walaupun membayar dengan harga mahal tapi jangan sampai jatuh riak, kita takut dengan adanya selebriti ini dia akan jatuh riak. Contohnya saya pergi umrah dengan artis ini, artis itu. Jadi jangan sampai niat-niat ini terkucil hingga menjejaskan ibadah,” tegasnya.
Sekadar info, media tempatan melaporkan bahawa ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mengakibatkan para jemaah terpaksa menanggung kenaikan harga pakej umrah yang naik mendadak hingga melebihi 50 peratus, berbanding pakej asal yang ditempah.
Perkara berkenaan mendapat pengesahan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya mengesan kenaikkan berkenaan mula berlaku sejak November lalu, susulan kenaikan jemaah Umrah yang mendadak sebaik Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan Umrah
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.