Sebelum ini Hijabista ada memaklumkan bahawa usahawan yang juga pelakon jelita, Syifa Melvin bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan pemain bola sepak JDT Safawi Rasid pada 3 disember ini.
Lebih memeranjatkan lagi apabila sejak semalam tular pula kad undangan perkahwinan majlis bertandang sebelah lelaki memaparkan nama kedua pasangan itu di laman sosial.
Dalam kad yang tular berkenaan, difahamkan majls bertandang itu akan berlangsung di sebuah lokasi di Dungun Terengganu.
Syifa Akui Penat Simpan Rahsia
Bagaimanapun, empunya badan mengambil langkah mengunci mulut dan enggan mengulas perkara itu. Syifa turut menzahirkan rasa terkejut bagaimana warga maya mengetahui perkara itu sedangkan dia tidak menuar-uarkan kepada umum.
“Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga. Tidak mengapa, biarkan sahaja sebab itu kami pun diamkan diri.
Ads
“Kalau tarikh tu, anda nak percaya, percayalah. Hampa tunggulah 3 Disember ini, ada ke tidak,” ujarnya.
Tambah Syifa lagi, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mahu ‘merahsiakan’ mengenai berita perkahwinan itu.
“Masih terlalu awal menguar-uarkan, berita tentang perkahwinan mereka kerana masih belum ada ikatan sah selain bimbang dengan penyakit hasad dengki ‘ain’ manusia.
Siapa tidak kenal dengan pelakon dan juga usahawan jelita, Nelydia Senrose yang dahulu wajahnya sering membintangi kaca tv dengan pelbagai drama, antara yang berjaya melonjakkan namanya sehingga mulai dikenali adalah drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Terbaharu, Hijabista sempat menemubual aktres jelita ini ketika menemuinya pada sebuah majlis di ibu kota. Ketika ditanya adakah beliau sudah mahu memperlahankan kerjaya seni miliknya kini ekoran sudah tidak lagi kelihatan menghiasi kaca TV? Ini respon yang diberikan oleh pemilik nama penuh Nik Zaris Nik Sen itu.
“Kita sebagai wanita, sebagai umat Islam kita dah tentu dari hari ke hari nak menjadi lebih baik. Tak kisah dari segi apa sekalipun.
“Maknanya dari segi perangai, daripada segi pemakaian, daripada segi percakapan, daripada segi sikap dan segalanya. Sudah pasti kita sentiasa ada keinginan untuk menjadi lebih baik. Sentiasa ada dalam fikiran tetang menjadi lebih baik tu.
Jelasnya, dia tidak memperlahankan kerjaya seninya. Cuma kini fokusnya lebih tertumpu untuk lebih mendekatkan diri kepada yang maha pencipta.
Tambahan Nelydia lagi, hatinya seakan dijentik setelah diberi nikmat untuk menjadi tetamu Allah ditanah suci bagi menunaikan ibadah haji di usia muda.
“Jadi bila dah pergi menunaikan haji, bila dah merasai sendiri suasana di sana. Kita banyak tone down. Sebab kita dah tahu apa yang perlu dikejar dan apa yang tak perlu dikejar.
“Dan kita tahu benda tu macam ni, okay sebenarnya dalam dunia ni, tiada apa yang perlu di kejar pun. Sebab kita dah di beri peluang dari Allah untuk merasai banyak benda.
Sehubungan itu, Nelydia berkata sedar dengan sifat dunia yang hanya sementara dan tiada apa yang perlu dikejar dan dibanggakan di dunia yang sementara ini. Jelasnya, kini dia hanya mahu menjalani kehidupan dengan tenang dan berusaha menjadi lebih baik di mata Allah.
“So right now, i just want to try my best to submit myself to Allah,” ujar Nel.
Hijabista mendoakan agar Nelydia kekal istiqamah dan segala urusan dan harapan nelydia dipermudahkan.
Nampaknya, pelantun lagu Ku Bersuara ini tidak sabar menanti detik manis untuk bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya. Penyanyi Ernie Zakri atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkongsi debaran yang dirasainya bersama-sama dengan peminatnya di laman Instagram miliknya.
Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan kelunakan suaranya itu memuat naik sebuah gambar bersama dengan kapsyen bertanyakan kepada netizen mengenai cara untuk mengawal perasaan takut saat menanti momen melahirkan bayi.
para ibu, bagaimana anda mengatasi rasa takut apabila anda semakin hampir untuk melahirkan bayi anda?
Ernie Zakri yang baru sahaja melancarkan single terbaru, Korban, turut meminta netizen terutamanya kaum ibu untuk berkongsikan pengalaman mereka menanti detik-detik melahirkan bayi. Bersama-sama dengan #AdaOrangDahNervous, ramai peminat serta rakan selebriti yang memberikan pendapat kepadanya di ruang komen gambar itu. Ada yang menasihati untuk memperbanyakkan istighfar, zikir dan berdoa. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar segala urusan Ernie dipermudahkan oleh-Nya.
Ernie Zakri bersama pasangan yang juga seorang penyanyi popular, Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Tertutup Puncak Alam. Pasangan sejoli ini dikatakan bakal menimang puteri sulung mereka tidak lama lagi.
Team Hijabista mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan mereka. InsyaAllah..Amin YRB!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Awal bersyukur sejak dia dan isteri balik mengerjakan ibadah umrah, menerima tawaran menjadi pengacara bersama rancangan islamik, secara tidak langsung penampilan Scha menjadi bualan ramai.
Baru sahaja tular 12 gaya skarf Scha Al Yahya di twiter, kini ramai tak keruan melihat penampilan berhijab Isteri kepada pengacara popular Awal Ashaari. Melalui hantaran di Instagram selebriti dan pempengaruh fesyen, Scha mengayakan hijab bagi menjayakan kempen koleksi raya bersama jenama hijab tempatan.
Dia merupakan ikon fesyen tanah air, menjadi sumber rujukan para selebriti malah peminat setia juga kelompok fesyen. Scha bijak mengolahkan gaya peribadi dengan setiap padanan yang diperagakan. Tidak mustahil bergaya dengan setiap helaian hijab membuat ramai tak boleh ‘move on’.
Namun ramai yang bertanya adakah ikon fesyen ini sudah berhijab? Bertemu dengan Awal Ashaari suami kepada si jelita ini mengulas tentang penampilan Scha berhijab. Akuinya lagi sejak balik dari umrah isterinya lebih terbuka menerima tawaran menjadi model berhijab walaupun sebelum ini ada tawaran yang datang.
“Tak tahulah sebelum ini, banyak individu yang approach untuk menjadi model tudung, tapi dia sering kata belum lagi dan mungkin juga belum bersedia. Tapi alhamdulilah selepas balik Umrah, dia terus terbuka untuk menerima tawaran sebegini dan ada juga sedikit perubahan untuk dia juga.”
“Ada juga saya mengusik isteri, you dah ke arah itu ke? Dia tidak pula menidakan dan tidak pula mengiyakan tapi Awal rasa dia lebih selesa,” kongsinya lagi.
Sekiranya suatu hari Scha berhasrat mengenakan hijab, Awal sebagai suami akan menyokong seratus peratus dan sentiasa berada di belakangnya. Memakai hijab adalah keputusan yang sangat besar, Awal mengharapkan keputusan yang dibuat datang dari dalam diri agar isterinya tetap istiqamah.
“Awal tak nak paksa, bila masanya sudah tiba you buat then you buat. Sebab ini adalah satu komitmen dan hijrah yang besar dan kita apabila berhijrah biarlah kekal.”
Tambahnya lagi dia enggan melihat hijrah itu bersifat sementara di mana banyak fenomena yang berlaku sekarang. Bila dah berhijrah rasa belum bersedia untuk teruskan hijrah.
“Awal selalu cakap dengan dia, everything ready dan you rasa betul-betul dah selesa dan saya tidak ada apa halangan cuma lebih mahu support,” Ujar Awal.
Setiap pujian yang diterima Awal terima baik dan sebagai suami dia mendoakan dan keputusan terletak pada tangan Scha. Sebagai suami pasti mahukan isteri ke arah kebaikan dan dia tidak meletakkan syarat memandangkan keputusan ini adalah keputusan yang besar.
“Tidak dinafikan bila pakai hijab, nampak lebih manis, ayu dan sebagainya. Awal mahu apa yang dilakukan atas sebab tekanan atau pujian mahupun tawaran yang datang. Apa yang penting baiki hubungan kita dengan Allah, insyallah benda itu akan datang pada kita,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.