Pada 3 Oktober yang lalu, anak kepada personaliti terkenal negara, Puan Sri Normala Samsudin telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya.
Cantik mengenakan busana berona pastel, Ruhila Roslan,28, yang merupakan seorang doktor gigi telah bergelar tunangan kepada Majid Nazli di majlis yang serba indah itu.
Mendoakan yang terbaik buat anak gadisnya itu, Puan Sri Normala yang juga merupakan juri tetap program Ratu Hijabista bersyukur kerana fasa pertama anaknya untuk meninggalkan zaman bujang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Ads
Mama doakan yang terbaik untukmu, moga perjalanan ini akan dipermudahkan Allah jua. Fasa pertama meninggalkan zaman bujang sudah pun selesai. Setelah semua rakan-rakannya kini menjadi suri dan ibu, dia baru mula terbuka hati melangkah ke alam baru. Moga Allah Rahmati dan berkati, amin.
Love these smiles, teased by friends, she laughed when surrounded by close friends. Since TKC Her friends were like my own kids, tetiba rasa macam ramai anak perempuan 🤣🤣🤣😂 so much fun!! Riuh rendah.
Ads
Saling tak tumpah raut wajah persis ibunya, Dr. Ruhila ternyata memiliki pakej yang lengkap iaitu bukan sahaja cantik malah bijak.
Pretty like mommy! Pastinya Dr. Ruhila sekarang sedang berdebar menghitung detik pula untuk disatukan bersama cinta hati. Moga urusan mereka bagi membina masjid dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Hijabista mendoakan yang terbaik buat kalian.
Penyanyi veteran tanah air, Zaiton Sameon, kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Syukur tidak terhingga diucapkan kerana masalahnya mendapat perhatian.
Penantiannya untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi realiti. Status kad OKU itu boleh meringankan bebannya kelak.
Dilaporkan oleh mStar, Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh pula berkata, dia layak menerima status itu apabila doktor mengesahkan Zaiton alami masalah yang dipanggil traumatic brain injuries atau trauma kecederaan otak.
“Status OKU bukan hanya diberikan kepada individu yang mempunyai kecacatan fizikal malah sesiapa yang mempunyai masalah ingatan juga boleh memohon,
“Seperti kes Zaiton, dia masuk dalam kategori OKU fizikal yang disahkan oleh doktor sebagai trauma kecederaan otak.” katanya.
Zaiton Sameon yang pernah terlibat dalam kemalangan ngeri pada 1990 sehingga menyebabkan anak lelakinya terkorban melalui insiden itu. Dari insiden itu, Zaiton alami gangguan emosi yang teruk selain masalah hilang ingatan.
Penerimaan kad OKU itu juga menjadi tanda syukur buat Zaiton yang berusia 66 tahun itu. Dengan ini, ia dapat membantunya memohon bagi mendapatkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Terdahulu, dia terpaksa mebayar sewa rumah yang berjumlah RM800 di Bukit Indah, Ampang. Dia juga memaklumkan kesukarannya untuk memohon kediaman PPR oleh kerana tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
“Sebelum ini saya ada mohon rumah PPR tapi gagal atas alasan tiada pendapatan tetap. Sedih orang lain dapat tapi saya tak,
“Mentang-mentanglah saya ‘cacat otak’ ada orang pandang serong sampai kata saya tak boleh menyanyi. Itu semua tak benar sebab lagu Inggeris punya saya boleh menyanyi dengan baik,
“Alhamdulillah, dengan adanya kad ini, saya berpeluang memohon PPR dan mempunyai rumah sendiri.” ujar Zaiton.
Pelantun suara lagu Menaruh Harapan itu juga menitipkan rasa syukur kerana dia dijaga dengan baok oleh anak angkatnya, Che Sikah Ismail, 50, sejak 11 tahun lalu.
Kehidupannya banyak diuruskan oleh Che Sikah sehinggakan urusan nyanyian juga. Zaiton akui tidak mahu menyusahkan adik-beradiknya. Dalam pada masa yang sama, Zaiton giat menjalankan perniagaan ‘Rendang Nasib’ untuk menjana pendapatan sampingan.
Pakaian Tradisional India jika dikupas satu per satu, India memang merupakan negara yang beragam dan memiliki kebiasaan yang tampaknya tidak pernah habis untuk dibahas. Salah satunya ialah mengenai pakaian tradisional India, dimana hingga saat ini perempuan India masih menggunakan pakaian Sari.
Mereka tidak hanya mengenakan pakaian tradisional selama acara-acara tradisional, tetapi juga pada kehidupan sehari-hari mereka.Mereka tampil memukau dengan pakaian Sari, rambut yang dihiasi dengan bunga melati dan rambut yang tertata apik membuat kecantikan wanita India semakin memancar.
Sebagian besar masyarakat menganggap Sari sebagai satu-satunya pakaian tradisional India, tentu saja anggapan tersebut salah. Namun menariknya pakaian sari ini menjadi kegemaran wanita muslimah dalam majlis persandingan.
Inspirasi dari filem-filem Hindi, tema Bollywood untuk majlis persandingan kaum melayu bukan benda yang baharu. Si gadis digayakan dengan sari yang berwarna-warni malah dilengkapi dengan aksesori padat sesuai dengan gaya.
Kaum India baru sahaja menyambut perayaan Deepavali, apa yang menarik perhatian ramai selebriti-selebriti Malaysia tidak melepaskan peluang bergaya dengan pakaian tradisi wanita India bagi meraikan perayaan itu bersama rakan-rakan atau menghadiri majlis. Sebagai masyarakat majmuk yang mempunyai berbilang kaum di dalam Malaysia, pasti wanita muslimah tidak melepaskan peluang bergaya dengan pakaian tradisi wanita India.
Pakaian tradisional pasti mempunyai maksudnya tensendiri, bagi kita hanyalah sekadar pakaian tradisi tidak pula bagi mereka penganut agama hindu. Dalam satu hantaran di aplikasi TikTok, seorang pakar perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil menegur wanita beragama Islam yang gemar mengenakan pakaian tema Bollywood dalam menghadiri pelbagai majlis.
“Saya terpanggil untuk tegur sedikit apabila ramai yang mengenakan pakaian tema Bollywood ini terutamanya wanita Islam. Pemakaian tema Bollywood ini mempunyai dua komponen, satu komponen bangsa India dan kedua komponen agama Hindu,” katanya menerusi akaun TikToknya.
Berikutan dari sambutan Deepavali yang lalu apabila ramai golongan muslimah memakai sari serta lengkap dengan perhiasan ala Bollywood bagi memeriahkan perayaan tersebut bersama rakan-rakan. Namun mereka perlu ambil tahu pakaian tradisi ini antara budaya dan agama, kedua-duanya ada maksud tersendiri.
“Pemakaian tema Bollywood ini mempunyai dua komponen, satu komponen bangsa India dan kedua komponen agama Hindu,” katanya melalui hantaran di aplikasi TikTok.
Sebahagian besar wanita Islam yang tidak tahu membezakan budaya serta komponen agama Hindu itu sendiri ketika mengenakan pakaian dan perhiasan tema Bollywood, lantas Dr Malar memberi sedikit penjelasan pada di apl Tiktok, Celoteh Dr. Malar.
“Jadi, kalau anda nak pakai tikka di atas dahi dan kepala, pakai sari, pakai rantai cantik, gelang itu tidak ada masalah kerana itu adalah budaya. Tetapi saya ada tengok rakan-rakan beragama Islam ada pakai pottu, ia tidak boleh kerana ia merujuk kepada agama Hindu,” jelasnya lagi.
“Sepatutnya pottu berwarna merah dipakai oleh wanita sudah berkahwin dan warna hitam untuk yang belum dan khusus untuk yang beragama Hindu, tapi ini pun agak berubah mengikut kawasan geografi mereka di India,” katanya.
Sedikiti peringatan, untuk wanita Islam untuk tidak mudah terikut-ikut dengan pemakaian tema Bollywood sehingga boleh melanggar hukum agama. Prihatin terhadap pegangan agama Islam, Dr Malar tidak mahu kawan-kawan dan terutamanya wanita Islam terpesong.
“Sebagai seorang yang beragama Hindu dan banyak berkawan dengan orang-orang Islam terutamanya, saya tahu bagaimana kawan-kawan saya sangat menjaga hukum syirik, haram dalam agama Islam.
“Jadi berhati-hati ketika anda mengenakan tema Bollywood dan jangan sampai tersasar, ambil yang budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu,” pesannya.
Sebagai masyarakt yang prihatin dan menghormati satu sama lain, ramai yang bangga dan berterima kasih kerana Dr Malar yang tampil menegur tanpa menyinggung perasaan agama lain, malah menghormati pegangan wanita muslimah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Tiktok Celoteh Dr. Malar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun ini ramai juga di kalangan selebriti yang pertama kali merayakan Syawal sebagai pasangan suami isteri. Selain Shila Amzah, Mawar Rashid, Izara Aishah, Yuna juga antara selebriti yang pertama kali beraya bersama suami. Namun cerita raya Yuna agak berbeza kerana dia dan suami menyambutnya di Lapangan Terbang Narita Jepun tanpa lemang, ketupat dan rendang sebaliknya hanya menghirup kopi Starbucks.
Menurut Yuna, dia dan suaminya Adam Shinclair terpaksa menyambut raya di lapangan terbang berkenaan kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles.
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk menyambut Syawal kerana suami tersayang ada di sisi. Ketika mereka berdua sampai di lapangan terbang itu, Malaysia sudahpun menyambut hari raya.
“Rasa cemburu pula pula lihat foto-foto di instagram yang kebanayakan sudah muat turut foto Syawal bersama keluarga,” ujar penyanyi bersuara unik ini ketika ditemui selepas pelancaran filem pendek Wanita Besi di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.
“Walau bagaimanapun saya tidaklah rasa sunyi kerana suami ada di sisi. Biarpun tiba lewat di tanah air, tetapi saya dan suami masih sempat meraikan lebaran kali ini bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada hari raya kedua. Malah sempat mengambil gambar bersama-sama seperti orang lain
“Kami beraya dulu bersama keluarga mentua di Shah Alam sebelum pulang ke kampung saya di Batu Gajah dan Sayong Perak selama dua hari. Adam juga sangat excited beraya di kampung saya kerana ini adalah pertama kali balik ke sana.
“Biarpun percutian singkat, namun kami masih sempat meluangkan masa bercuti bersama keluarga Adam pula di Pulau Langkawi,” ujarnya sambil memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna dan tidak lagi bersendirian di rantau orang.
“Saya tidak lagi bersendirian kerana Adam sentiasa ada di sisi menemani tatkala berjauhan dengan keluarga tercinta.
“Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan berdua bersama Adam. Bagaimanapun saya tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata. Ini kerana kesibukan dalam menguruskan kerjaya membuatkan saya inigin fokus kepada karier muzik terlebih dahulu. Jika diberikan rezeki untuk hamil dalam masa terdekat pasti saya menerimanya dengan gembira,” ulasnya ketika ditanya mengenai kehadiran anak setelah berkahwin awal Januari lalu.
Menurut Yuna dia juga seperti wanita lain yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai impian bergelar ibu.
Buat masa ini Yuna mengakui dia kini sibuk dengan pembikinan album baharu yang dijangka menemui peminatnya akhir tahun ini. Selain turut memenuhi undangan persembahan di sana.
Beliau yang juga turut dipilih menjadi Duta Jenama syampu Pantene itu turut dilabel sebagai #wanitabesi dalam drama pendek berkenaan yang turut memperlihatkan sisi kehidupan Yuna sejak kecil sebelum berjaya seperti hari ini.
Menurut Yuna lagi, ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, ada juga di kalangan korporat yang mahu menukar imej dirinya jika mahu bergelar ‘international artist’ perlu menanggalkan hijab. Dan inilah menurutnya yang mahu dipaparkan dalam filem pendek Wanita Besi berkenaan
“Kekuatan dalam itu penting dalam menentukan apa yang kita mahu. Saya mahu jadi diri sendiri dalam versi tersendiri yang lebih bagus dan bukan menjadi seperti yang orang lain mahukan. Saya gembira menjadi sebahagian dari watak melalui filem pendek ini.
“Bagi saya pendekatan yang digunakan oleh Pantene ini sangat bagus kerana bercerita mengenai keyakinan diri dalam kalangan wanita di Malaysia yang kita tahu ramai berusaha ke arah itu.
“Ada sahaja benda yang tidak kena seperti merasakan diri tidak cantik, kurang keyakinan diri, tetapi melalui Wanita Besi menunjukkan kita juga boleh berjaya dan jadi apa sahaja yang kita mahukan, jadi cantik luar dan dalam,” tambahnya bercerita mengenai kempen Wanita Besi yang dibawakan oleh Pantene ini.
Yuna juga turut memberitahu ikon fesyen Vivy Yusof turut dianggap sebagai Wanita Besi dalam industri ini kerana beliau dilihat seorang yang sangat bijak, business minded, seorang yang kerja kuat dan kini sedang mengandung anak ketiganya.
Selain itu Yuna turut memberitahu buat masa ini belum ada niat untuk membuka semula perniagaan yang telah ditutup sebelum ini kerana mahu memberi fokus kepada bidang muzik.
Namun menurutnya jika ada rezeki, mungkin dia akan mencuba semula dalam bidang bisnes tetapi perlu lebih fokus sepenuhnya.
Hanis Zalikha berkongsi rahsia mengekalkan bentuk badan langsing dengan pemakanan sederhana, senaman dan fokus terhadap kekuatan otot serta kecergasan.