Hebatnya kuasa Tuhan. Syukur padaNya, selepas hampir 10 tahun menanti, pasangan romantis dari Indonesia iaitu Irwansyah dan Zaskia Sungkar mengumumkan khabar gembira apabila Zaskia disahkan hamil anak pertama dan usia kandungan ini kini sudah memasuki lapan minggu.
Berkongsi di Instagram, Zaskia bersyukur kerana perjuangannya bersama suami untuk mendapatkan cahaya mata selama ini tidak sia-sia.
Alhamdulillah , rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung.
Sepanjang hampir 10tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.
Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil.
Ads
Perjuangan mendapatkan garis dua ini ga sia-sia
Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu @irwansyah_15 yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu. 💙
Turut berkongsi di laman sosial, Irwansyah telah memuat naik video reaksi gembira teman-temannya apabila mengetahui mengenai berita kehamilan itu termasuklah rakan akrab mereka,Laudya Cynthia Bella.
Ads
Irwansyah juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka semua yang selama ini telah banyak mendoakan kesejahteraan mereka.
Sebagai rekod, pasangan sama cantik sama padan ini telah bernikah pada tahun 2011. Difahamkan pasangan ini telah menjalani proses IVF sejak awal tahun ini. Moga bayi yang berada dalam kandungan itu dapat membesar dengan sihat dan terus membahagiakan kedua-dua orang tuanya. Tahniah Irwansyah dan Zaskia!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada tahun 2003 dahulu, pernah tular video seorang kanak-kanak perempuan menyanyikan lagu Sesucinya Cintamu oleh Anuar Zain dengan penuh penghayatan.
Setelah 17 tahun, kanak-kanak tersebut, Intan Elis, yang kini sudah menjadi gadis remaja memuat naik video nyanyiannya mendendangkan lagu tersebut di laman YouTube miliknya.
Dimuat naik pada 25 Oktober yang lalu, dia meluahkan rasa terharunya kepada mereka yang menyokongnya setelah sekian lama sejak dia berusia 2 tahun 8 bulan lagi sewaktu video itu tular.
Hi everyone! Here’s my first cover for 2020. Sorry to keep you waiting 🙁 After so long, I finally have the courage to do this cover and post it (hehe). Thank you to my parents, friends and especially you guys for keep supporting me since I was 2 yrs 8 months. Spreading love to yall!
Di ruang komen, ramai yang teruja apabila dia menyanyikan lagu itu kembali sekali gus mengimbas kembali memori 17 tahun yang lalu.
Makin merdu suaranya apabila meningkat dewasa ini! Dia juga suka memuat naik video nyanyiannya dan melakukan cover lagu di laman sosial miliknya. Moga Intan Elis akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum Syawal tempohari, kita dikejutkan dengan kehilangan salah seorang blogger cukup popular, Shea Rasol. Dia meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia akibat kanser. Ramai yang bersedih dengan kehilangan blogger ini yang disifatkan sebagai seorang insan yang sangat baik, peramah dan mudah mesra. Salah seorang yang cukup rapat dengan Shea Rasol adalah rakan blogger juga Nisa Kay. Hubungan mereka cukup rapat dan Nisa akui cukup terkesan dengan kehilangan arwah.
Sebelum itu sewaktu kehilangan Shea Rasol, dalam satu tulisan dalam laman sosial instagram, Nisa menganggap Shea Rasol seperti saudaranya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai adik perempuan kerana anak perempuan pertama dalam keluarga.
A post shared by Nisa Kay : Putewi Hensem (@nisa_kay) on
Walaupun mereka hanya bertemu pada acara tertentu atau jika ada undangan media tetapi Nisa menganggap Shea Rasol sebagai kawan yang sangat baik. Dia turut berterima kasih pada arwah kerana menghabiskan masa bersamanya mendengar cerita lucu serta memberi nasihat yang baik sebagai seorang kakak. Yang juga turut mengawasi dan Nisa cukup beruntung dapat mengenali Shea Rasol.
Dalam satu temubual bersama HIJABISTA, apabila ditanya kenangan bersama arwah yang tidak dapat dilupakan, Nisa terkedu membaca soalan diajukan. Ini jawapannya.
“Oh. Terkedu kejap baca soalan ni. Sebak pun ada. Sebab arwah Shea Rasol sangat-sangat sweet, energetic dan ceria orangnya. Kita dapat lihat beliau layan semua kawan-kawannya dengan baik. Ternyata pemergian beliau sangat meninggalkan kesan.
“Antara kenangan manis kami bersama ialah bila berpeluang melancong ke Jepun dan juga Korea bersama rakan blogger yang lain. Beliau melayan dan sudi mendengar luahan Nisa. Arwah memang macam seorang kakak. Dia banyak bagi motivasi dan nasihat.
A post shared by Nisa Kay : Putewi Hensem (@nisa_kay) on
“Perwatakan arwah yang sangat ‘bubbly’ memang buat semua orang senang dengan dia. Banyak perkara yang berlaku sepanjang trip kami. Jadi apabila rindu pada keletah arwah, Nisa akan tonton semula video travelog kami.
Admin begitu tersentuh mendengar luahan hatinya dan dapat rasa kerinduan Nisa Kay pada temannya yang kini sudah menemui PENCINTANYA. Semoga arwah tenang dan damai di sana. Al-Fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, penyanyi pujaan negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga mesra disapa TokTi telah mengadakan sambutan hari jadinya bertemakan Barbie bagi memenuhi permintaan anak tersayang, Siti Aafiyah.
Begitu teruja menginap di bilik hotel yang bertemakan Barbie di The Grand Hyatt Kuala Lumpur, gelagat dan aksi Aafiyah mencuri tumpuan ramai hinggakan dia ‘speaking’ kerana terlalu seronok apabila mimpinya menjadi nyata.
Kebahagiaan seorang ibu bila melihat anak gembira .. Staycation sempena ulangtahun kelahiran saya di @grandhyattkualalumpur memang kenangan yang sangat manis bila mana pihak hotel membuat promosi penginapan bertemakan ‘Barbie’ , Saya terus ambil keputusan untuk bermalam di sini.. Aafiyah orang paling excited & happy bila saya bagitau nak staycation di bilik Barbie .
Sebelum check in, setiap hari dia ingatkan saya bila ibu kita nak stay kat bilik Barbie..😅 Alhamdullillah, hari check in ke bilik Barbie , Aafiyah betui betui teruja !! Tengoklah gelagat dia… Saya pun tak sangka ayat ayat yang keluar dari mulut dia .. hahahaha.. Nak tengok sepenuhnya , boleh ke Youtube saya ye.. Tq @grandhyattkualalumpur kerana merealisasikan impian Aafiyah dan banyak pengalaman menarik akan saya kongsikan lagi nanti..