Pelakon drama Nur, Amyra Rosli berasa teruja untuk menggalas tanggungjawab baharunya sebagai pengacara rancangan Nona bagi menggantikan pengacara terdahulunya, Mira Filzah.
Ujar Amyra, dia pada awalnya sangat terkejut kerana Nona merupakan sebuah rancangan yang sangat besar. Tambahnya, dia dari dulu lagi ada memasang impian untuk bergelar seorang pengacara namun merasakan ilmunya masih kurang dalam bidang itu.
“Tetapi apabila saat ini saya ditawarkan posisi sebagai pengacara Nona, rasa takut-takut itu saya buang dan ingin mencabar diri.
Ads
“Gementar itu memang ada. Dalam setiap yang saya buat pertama kalinya memang akan rasa nervous walaupun ketika berlakon drama yang sudah berpuluh-puluh kali tu,” katanya.
Ads
Amyra juga telah melakukan persiapan rapi dan berharap dapat membawanya dengan cara yang tersendiri.
Ads
Jelasnya, dia sudah menonton program-program Nona terdahulu namun sudah dinasihatkan agar tidak terikut-terikut dengan gaya pengacara sebelum ini.
Pada 3 Oktober yang lalu, anak kepada personaliti terkenal negara, Puan Sri Normala Samsudin telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya.
Cantik mengenakan busana berona pastel, Ruhila Roslan,28, yang merupakan seorang doktor gigi telah bergelar tunangan kepada Majid Nazli di majlis yang serba indah itu.
Mendoakan yang terbaik buat anak gadisnya itu, Puan Sri Normala yang juga merupakan juri tetap program Ratu Hijabista bersyukur kerana fasa pertama anaknya untuk meninggalkan zaman bujang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Mama doakan yang terbaik untukmu, moga perjalanan ini akan dipermudahkan Allah jua. Fasa pertama meninggalkan zaman bujang sudah pun selesai. Setelah semua rakan-rakannya kini menjadi suri dan ibu, dia baru mula terbuka hati melangkah ke alam baru. Moga Allah Rahmati dan berkati, amin.
Love these smiles, teased by friends, she laughed when surrounded by close friends. Since TKC Her friends were like my own kids, tetiba rasa macam ramai anak perempuan 🤣🤣🤣😂 so much fun!! Riuh rendah.
Saling tak tumpah raut wajah persis ibunya, Dr. Ruhila ternyata memiliki pakej yang lengkap iaitu bukan sahaja cantik malah bijak.
Kelahiran Siti Aafiyah memang sangat dinantikan bukan sahaja kedua ibu bapanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor satu negara ini. Sebelum ini kita tahu betapa Siti melalui pelbagai dugaan dan berusaha membuat rawatan kesuburan sebelum dikurniakan cahaya yang tidak ternilai ini. Malah rupa-rupanya bukan sekali Siti membuat rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF), tetapi lima kali menjalani rawatan berkenaan.
Pendedahan ini dikongsi oleh Siti sendiri melalui satu slot temubual program terbaru #AbitWithEbit untuk stesen TV Alhijrah.
Biarpun program itu belum lagi bersiaran sekadar teaser promo, namun video berkenaan sudah tural di media sosial. Malah pengurus Siti, Rozi juga turut berkongsi teaser berkenaan di laman instagramnya.
Menurut Siti, sepanjang 10 tahun beliau sudah cukup kuat dan satu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran seorang anak. Tetapi ketika itu beliau sangat positif dan fikirkan yang baik-baik sahaja pada Allah.
Dalam tempoh itu sebenarnya cuba bermacam-macam cara serta ikhtiar dibuat untuk mendapatkan anak. Daripada kaedah pergi berurut, buat cara tradisional termasuk juga rawatan moden semuanya sudah dilakukan oleh penyanyi terkenal ini.
Malah Siti juga turut memberitahu beliau sebenarnya sudah membuat rawatan kesuburan IVF sebanyak lima kali tetapi tidak diceritakan kepada orang lain.
Ini adalah untuk mengelak dari menjadi bahan umpatan orang sekeliling nanti. Malah menurutnya juga ada yang menulis berkenaan dirinya yang dikatakan mempunyai duit banyak tetapi tidak mahu berusaha.
Tetapi sebenarnya beliau berusaha untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh itu, cuma tidak dihebahkah kepada orang ramai.
Dalam rancangan itu juga Siti meminta maaf kerana dia sedikit emotional ketika ditanya pengacara dalam rancangan berkenaan.
Nyata doanya sepanjang 10 tahun itu akhirnya telah dimakbulkan Tuhan. Siapa sangka selepas 11 tahun menanti, Siti akhirnya selamat melahirkan baby Siti Aafiyah pada1 Rejab lalu di sebuah hospital swasta.
Kini permata hatinya sudah semakin membesar di depan mata dan sebagai ibu, Siti tidak lepaskan peluang untuk merakamkan momen terindah bersama anak yang memang dinantikan selama ini.
Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak solehah dan menjadi insan berguna buat kedua ibu bapanya.
Ibu mana yang tidak bangga apabila melihat anaknya berjaya menggenggam segulung ijazah. Segala usaha dan penat lelah hilang begitu sahaja apabila dapat menyaksikan kejayaan yang diraih oleh anak tercinta.
Begitulah yang dirasakan oleh aktres terkenal iaitu Datin Seri Umie Aida apabila hadir ke majlis konvokesyen anak angkatnya yang telah dijaga sejak kecil iaitu Mohd Dzulhilmi,25.