Kelahiran Siti Aafiyah memang sangat dinantikan bukan sahaja kedua ibu bapanya, Datuk Seri Siti  Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor satu negara ini. Sebelum ini kita tahu betapa Siti melalui pelbagai dugaan dan berusaha membuat rawatan kesuburan sebelum dikurniakan cahaya yang tidak ternilai ini. Malah rupa-rupanya bukan sekali Siti membuat rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF), tetapi lima kali menjalani rawatan berkenaan.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Pendedahan ini dikongsi oleh Siti sendiri melalui satu slot temubual program terbaru #AbitWithEbit untuk stesen TV Alhijrah.

Biarpun program itu belum lagi bersiaran sekadar teaser promo, namun video berkenaan sudah tural di media sosial. Malah pengurus Siti, Rozi juga turut berkongsi teaser berkenaan di laman instagramnya.

Menurut Siti, sepanjang 10 tahun beliau sudah cukup kuat dan satu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran seorang anak. Tetapi ketika itu beliau sangat positif dan fikirkan yang baik-baik sahaja pada Allah.

IKLAN

Dalam tempoh itu sebenarnya cuba bermacam-macam cara serta ikhtiar dibuat untuk mendapatkan anak. Daripada kaedah pergi berurut, buat cara tradisional termasuk juga rawatan moden semuanya sudah dilakukan oleh penyanyi terkenal ini.

Malah Siti juga turut memberitahu beliau sebenarnya sudah membuat rawatan kesuburan IVF sebanyak lima kali tetapi tidak diceritakan kepada orang lain.

Ini adalah untuk mengelak dari menjadi bahan umpatan orang sekeliling nanti. Malah menurutnya juga ada yang menulis berkenaan dirinya yang dikatakan mempunyai duit banyak tetapi tidak mahu berusaha.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

IKLAN

Tetapi sebenarnya beliau berusaha untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh itu, cuma tidak dihebahkah kepada orang ramai.

Dalam rancangan itu juga Siti meminta maaf kerana dia sedikit emotional ketika ditanya pengacara dalam rancangan berkenaan.

Nyata doanya sepanjang 10 tahun itu akhirnya telah dimakbulkan Tuhan. Siapa sangka selepas 11 tahun menanti, Siti akhirnya selamat melahirkan baby Siti Aafiyah pada1 Rejab lalu di sebuah hospital swasta.

IKLAN

Kini permata hatinya sudah semakin membesar di depan mata dan sebagai ibu, Siti tidak lepaskan peluang untuk merakamkan momen terindah bersama anak yang memang dinantikan selama ini.

Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak solehah dan menjadi insan berguna buat kedua ibu bapanya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & ROZI SANG DEWI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI