Empat adik beradik selebriti The Melvins menjawab khabar angin yang mengatakan mereka kini bergelar jutawan muda. Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin yang mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins mempunyai jawapan tersendiri untuk menjawab dakwaan terbabit.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian-Nya. “Kami juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.

“Apapun, kami rasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini.

“Apa yang penting, kami gembira kerana apa yang kami usahakan mendapat respon positif peminat yang menjadi pelanggan.

“Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,” kata Syifa mewakili The Melvins.

Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, di sini, hari ini, tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan mereka adik beradik.

IKLAN

Bangkit Dari Bidasan Gosip

Pernah ditimpa pelbagai gossip akhir-akhir ini rupa-rupanya The Melvins sister ini merancang strategi perniagaan dan dugaan yang datang tidak melumpuhkan semangat mereka malah memberi dorongan untuk mereka lebih maju ke hadapan.

“Jujur saya katakan memang saya tertekan dengan anggapan dan tuduhan mereka, tetapi saya tidak mengambil waktu yang lama untuk berdiam diri. Memang ada tekanan tetapi Cuma dalam dua tiga hari sahaja” ujar Syifa.

Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.

Sokongan Positif Adik-beradik

IKLAN

Tambah Syifa lagi, dia bersyukur dikurniakan dengan adik-beradik yang sangat positif dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan sehingga meraih keuntungan berlipat ganda.

“Tanpa sokongan adik-beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini. Saya harus memberikan kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.

“Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.

IKLAN

“Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi. Alhamdulillah tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” katanya.

Amalan menjadi seorang jutawan

Turut berkongsi rahsia kejayaan mereka, Syifa baikpun Syatila berkata mereka tidak lupa tanggungjawab iaitu dengan memberi zakat. Lebih banyak kami berzakat lebih luas rezeki kami. Malahan kalau dilihat pada statusnya The Melvins sister itulah amalan mereka.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Fadhilat Asma’ul Husna – Al-Baari, Amalkan 40 Kali Selepas Subuh. Kesannya Pasti Mengejutkan!

Tidak ketinggalan juga beberapa zikir yang mereka amalkan, kongsi Syifa “bagi saya sendiri akan mengamalkan zikir Al-Bari awal pagi sebelum memulakan hari agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulilah sampai tahap ini tiada dugaan yang berat sepanjang penubuhan Kekasih by The Melvin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KEKASIH by The Melvins (@kekasih_hq) on

Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti  krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher. Terbaharu semasa pelancaran hari ini Hijab Maskara.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI