Ramadan kali ini amat berbeza buat pendakwah Ustaz Mohd Khairul Azman atau MK Azman. Bukan saja perlu menjalani ibadah puasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi juga tanpa kehadiran isteri, Allahyarhamah Ustazah Shadiya Abbas yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 April lalu.

Namun melalui perkongsian di Facebooknya, MK Azman sempat berkongsi cerita tentang perjalanan hidupnya selepas pemergian isteri tercinta.

Cerita 1
======
Siang tadi nak gi beli pampers anak. Sampai Mydin supermarket, lupa saiz pampers. Nak call talian hayat, dah tak de. Akhirnya buka wasap komunikasi bulan 2 ari tu dengan bidadariku, alhamdulillah dah jumpa. Terus beli dan balik.

Pengajarannya : Setiap komunikasi perlu disimpan dalam hp utk kegunaan dan rujukan akan datang. Kita tak tahu bila komunikasi itu akan berakhir.

Cerita 2
======
Biasanya di bulan Ramadan, lepas tarawih, saya akan bantu bidadari saya masak nasi dan lauk serta sayur. Bukan untuk juadah bersahur, tapi untuk dijadikan santapan sahur untuk guard di sekitar Puncak Alam. Siap masak dan packaging, aku akan edarkan pada guard-guard sekitar jam 1 – 2 pagi. Tahun ni tak buat. Semoga tahun depan dapat ku ulang jika ada tukang masak.

IKLAN

Pengajaran : Rebutlah peluang untuk bersedekah selagi hidup.

Cerita 3
=======
Setiap hari jika tak hujan, aku akan ke pusara, menziarahi bidadariku. Selalu pergi sendirian, kadang-kadang bawak anak, ada juga drop anak sorang-sorang di sana kalau ada urusan lain. Apa pun ziarah menjadi kemestian. Hadiah bacaan dan doa untuk bidadari syurga. Biarpun ziarah tak disambut, tapi ia tak menjemukan.

Pengajaran: Perbanyakkanlah ziarah kawan-kawan ketika hidup, tahu di mana kawan-kawan kita tinggal supaya kita tidak mencari di mana rumahnya setelah kematiannya.

IKLAN
Soffya tekun menyirami pusara mamanya. Insya Allah moga jadi pendakwah seperti mamanya. Papa akan menjagamu sehingga akhir hayat.

 

Anak sulong Ahmad Al Fateh menyatakan hasrat untuk ziarah mamanya. Kata saya, pergi lah dulu, nanti papa datang selepas selesai urusan. Mama tahu awak datang al fateh. Doakan mama..

 

Keletihan selepas ziarah mamanya.

Cerita 4
======
Di rumah saya ada 3 anak yang mana mereka adalah pelajar tahfiz dan seorang anak murid dan anak buah kepada Almarhum Tan Sri Hassan Azahari. Dia adalah ibu mertuaku. Alhamdulillah Ramadan kali ni saya tak perlu risau siapa akan jadi imam solat fardhu dan solat tarawih. Solat diawal waktu, kemudian tadarrus al-Quran 2 kali sehari. Setiap bacaan ku akan disemak oleh anak-anak penghafal alQuran ini. Memang rasa berdebar tapi tetap bermotivasi utk bertadarrus. Alhamdulillah hari ni dah juzuk ke 20.

IKLAN
Tadarrus alQuran menjadi agenda harian kami selain berselawat.. Kadang-kadang kami bernasyid..

Pengajaran : Bacalah Al-Quran setiap hari, cuba lahirkan dari zuriat kita penghafal alQuran. Insya Allah senang di dunia dan akhirat.

Sumber kredit: MK Azman

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI