Influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang berjangkit melalui sistem pernafasan dengan gejala utama seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan.
Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk seperti pneumonia kepada kumpulan risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).
Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia pada jam 10.41 malam tadi.
Jika anda atau ahli keluarga mengalami demam atau selesema, jangan ambil mudah. Berikut perkongsian Dr Amalina Mohd Daud
Ads
JAGA-JAGA BILA ANAK KITA DEMAM DAN SELESEMA
Sekarang epidemik ya influenza A. Influenza A ni apa? Ia adalah jangkitan virus yang sangat contagious – ertinya mudah menjangkiti di antara manusia, burung dan haiwan. Ingat tak selesema babi H1N1? Influenza A lah punya angkara!
Ads
Influenza ni bukan macam common cold yang batuk selesema biasa ni. Influenza ni sangat bahaya sebab boleh membawa ke penyakit yang lebih serius – pneumonia, COPD, bronchitis, sinusitis (bengkak dinding dalam hidung), otitis media (jangkitan telinga), acute necrotising encephalitis (rare).
Risiko untuk dapat komplikasi yang serius: 1. kanak-kanak yang berusia kurang 5 tahun
2. kanak-kanak dan remaja yang kurang dari 18 tahun yg mengambil ubat mengandungi aspirin dan salicylates
3. orang tua yang berusia lebih daripada 65 tahun
4. orang yg immunocompromised – wanita mengandung, HIV, cancer, penderma organ
Ads
Golongan di atas memang berisiko. Kalau boleh ambillah influenza vaksin setiap tahun kecuali yang immunocompromised tu.
Anak saya batuk ni adakah anak saya ada influenza A?
Sebenarnya ada perbezaan dengan batuk biasa dengan jangkitan influenza. Apa bezanya? 1. Batuk selesema biasa (common cold) ni biasanya berpunca daripada jangkitan virus lain yg bukan influenza. Biasanya takde vaksin untuk mencegah pun.
2. Influenza ni biasanya virus yang menjangkiti tekak, hidung dan paru-paru. memang ada vaksin untuk cegah influenza ni
3. Biasanya influenza ni didatangi dengan badan yang lenguh dan sakit-sakit.
4. Influenza juga ada demam yang tinggi selama 3-4 hari. Common cold ni biasanya tak demam.
5. Influenza ni akan datang dengan kepenatan yang amat sangat sampai budak jadi tak aktif, tak larat dan kemudian sakit kepala teramat. Common cold biasanya takde sampai tak larat.
6. Common cold ni biasanya ada sakit tekak dan bersin-bersin which jarang ada pada influenza.
7. Kedua-dua penyakit ni boleh dikurangkan kadar sebarannya dengan cara mengasingkan anak yg sakit jangan bawak keluar, kerap membasuh tangan dan mengelap tempat yang disentuh oleh pesakit. (hygiene freak!)
8. Untuk elakkan dijangkiti influenza, ambillah extra vaksin against influenza. Influenza vaksin selamat diambil oleh ibu mengandung. Tiada vaksin untuk common colds.
9. Tamiflu dapat mengurangkan duration influenza dan pesakit lebih cepat sembuh. Tapi katanya dah habis stock kan..
10. Jaga diri dan jaga kesihatan. Banyakkan berehat. Jaga kebersihan. Kalau ada symptom seperti – sesak nafas, nafas laju, jangkitan telinga, susah bernafas, sawan segeralah bawa berjumpa doktor.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jarang berkongsi penampilan berhijab di media sosial, figura tinggi lampai ini sentiasa menarik perhatian ramai dengan setiap helaian padanan yang digayakan dari gaya moden hingga yang paling simple.
Apa yang menjadi tumpuan di laman sosial, tweet seorang hijab stylist dan makeup artist yang memuat naik gambar serta video selebriti Scha Alyahya.
Pengayaan skarf sangat simple dan mudah untuk diikuti sesuai untuk yang mahu mula berhijab. Belitan setiap gaya hijabnya tidak rumit dan kebanyakannya tidak menggunakan pin yang banyak.
Umum, selebriti dan pengacara ini belum mengenakan hijab, apa yang boleh HIJABISTA kongsikan adalah pemakaian skarf yang digayakan ini sesuai dengan imej elegan dan sophistikated Scha Al Yahya.
Pengayaan skarf yang dikenakan oleh Scha ini sememangnya sesuai untuk digayakkan para wanita moden yang belum pernah mengayaankan hijab.
Manakala, bagi mereka yang sudah berhijab, apa yang perlu digunapakai untuk merealisaikan pengayaan seperti ini adalah inner turle neck atau inner hijab yang menutupi bahagian leher.
GLAM LOOK: Padanan skarf net bertatah mutiara, sesuai untuk ke majlis-majlis khas. Padanan anting-anting berbentuk bunga, ternyata menampakkan sisi feminin selebiti ini.
NATURAL LOOK: Skarf polos dengan solekan natural, hanya juntaian subang di telinga sebagai penyeri. Wanita yang berhijab boleh juga mengayakan stail ini, hanya perlu inner tudung yang warna sedikit kontra dan menutupi leher.
EKTRAVANGANZA: Bukan semua orang sesuai mengayakan tudung bercorak, dalam pilihan gaya ini, penata gaya ini pandai memilih corak skarf yang sesuai dengan bentuk wajah Scha. Corak bunga yang ekstra saiz dengan kombinasi rona tanah, solekan selebriti ini nampak memukau
Rata-rata yang melihat penampilan selebriti ini dengan pengayaan skarf, memuji dan inginkan tutorial dari penata gaya tudung yang menatarias isteri jelita kepada aktor Awal Ashaari.
Namun ada juga yang tetap mendoakan semoga jelitawan pelbagai bakat, Scha Al Yahya dikurniakan hidayah untuk berhijab sepenuhnya.
Sekadar info Scha Al Yahya atau nama sebenar Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya, mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006
Kemunculan sulung Scha di televisyen adalah menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania.
Coletahnya biasa kita dengar dan lihat di media sosial. Malah ada sahaja informasi berguna di sampaikan kepada pendengar. Mengenali dengan lebih dekat hos televisyen dan platform digital di stesen Media Prima ini nyata dapat membayangkan dirinya seorang yang happy go lucky.
Tidak susah untuk mendapatkan slot temubual dengan Sarancak memandangkan tidak bertindih dengan jadual tugasannya. Biarpun ada sedikit masalah sebelum penggambaran, namun Sarancak tetap tenang dan akhirnya berjaya melaksanakan sesi fotografi ini.
Nama saya Sara Zulkifli tetapi lebih dikenali sebagai Sarancak dan tahun ini saya berusia 28 tahun (2018). Saya bekerja sebagai hos televisyen dan hos digital. Seorang yang tidak reti untuk duduk diam. Sebenarnya sewaktu di sekolah dulu orang kata asyik ‘rancak’. Selepas itu, ada trend di mana kita menggabungkan nama kita dengan cinta hati. Tetapi disebabkan saya tidak tahu untuk gabungkan nama dengan siapa jadi kita gabunglah nama sendiri hinggakan tanda nama pun saya buat sendiri nama ‘SARANCAK’. Nasib baiklah cikgu tidak marah dan nama itulah yang dibawa hingga sekarang.
Saya sebenarnya mempunya ijazah Sarjana Muda dalam Zoologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Banyak sangat perkara yang saya minat dan ingin saya lakukan. Saya mahu kerja di zoo, jadi pelakon, bomba dan lain-lain lagi. Semualah saya mahu. Jadi selepas saya belajar bidang Sains, saya rasa apa kata kita cuba dulu bidang hiburan? Kalau ada rezeki adalah, kalau tiada kita boleh kerja di Zoo yang lebih kepada soal penjagaan haiwan.
Waktu mula-mula saya menghadiri uji bakat sebagai hos dalam Projek 3R di USM, saya hampir menarik diri. Tetapi rakan sebilik saya tetap memaksa saya meneruskan langkah dan menemani saya. Di situlah segalanya bermula. Saya berjaya masuk dalam rancangan itu sehingga peringkat final.
Selepas tamatnya program itu, saya ada juga terlibat dalam iklan komersial sebelum menyertai Hot FM Zoomers. Dari situlah saya diambil menjadi hos digital. Pada waktu itu, dunia digital masih baru, masih bereksperimen dan tidaklah seperti sekarang.
Dunia digital kemudiannya terus meningkat naik dan alhamdulillah rezeki saya di situ. Saya juga turut menjadi penerbit dan juga pengarah untuk program digital saya.
Dari dahulu saya memang tidak berhijab hinggalah lama kelamaan saya merasakan tiada apa lagi yang saya hendak buat sebagai remaja. Saya merasakan mungkin ini masanya untuk berhijab. Tetapi saya tetap ada perasaan takut dan berdebar kerana banyak kisah artis yang membuka tudung. Jadi bagi saya kita ‘belasah’ sahajalah!
Bermula pada raya dua tahun lepas, saya mula memakai selendang sewaktu berada di konti. Waktu itu memang tidak ramai yang bekerja kerana semuanya masih bercuti jadi saya mencuba seorang kerana tidak mahu orang tahu lagi. Saya cuba berhijab untuk seminggu. Saya fikir, tidak mengapa kalau rasa tidak selesa, nanti boleh buka dan kalau masih ada rasa hendak tutup kepala, pakailah semula.
Selepas itu, apabila saya cuba untuk tidak bertudung sewaktu berjalan keluar, saya rasa pelik. Alhamdulillah, jadi saya rasa memang sudah sampai waktunya untuk bertudung.
Saya tidak mahu mulakan penghijrahan ini terlalu ketara dengan bertutup litup kerana takut apabila perubahan saya begitu mendadak, nanti hal itu akan berbalik kepada saya. Bimbang nanti akan ada kisah yang mengejutkan rakyat Malaysia!
Saya cuba dengan stail ringkas dan longgar dahulu dengan memakai selendang. Pada awalnya memang kena kecam kerana netizen mengatakan gaya saya itu masih nampak leher. Akan tetapi saya fikir tidak mengapa yang penting saya selesa dan tindakan ini bukan untuk orang lain. Ramai yang mengecam di Instagram, sama ada di akaun saya mahupun Hot FM, di Facebook dan juga YouTube.
Kalau yang mengecam itu hanya sekadar mengecam saya maka saya boleh menutup mata sebab bukan mereka yang bayar bil-bil saya dan memberikan kerja. Tetapi, apabila ada yang mengecam menggunakan perkataan yang kasar seperti ‘betina’, saya akui ia agak terkesan di hati. Tipulah kalau tidak kan?
Susah untuk menjangka kehendak masyarakan tentang kandungan digital.Contohnya, jika kita dapat satu idea mengenai cinta pada awalnya mungkin okay tapi lama kelamaan mereka sudah tidak mahu kerana trend itu sudah berlalu.
Jadi saya harus fikirkan lagi. Memang susah. Dahulunya, pada awal tiga bulan pertama sahaja idea saya bagai mencurah-curah selepas itu ‘kering’. Oleh itu, saya mencari idea dengan membuat kajian menonton video dari luar negara. Boleh ambil idea mereka dengan syarat kita tukar sedikit supaya ia relevan dengan masyarakat kita.
Jika masih tiada idea, saya akan pusing satu pejabat dan berborak dengan rakan sekerja. Saya akan berkongsikan video dengan mereka. Saya tidak mahu mendengar pujian daripada mereka sebaliknya mahu dengar dari sisi yang berbeza supaya saya boleh membaiki dari sudut itu.
Boleh dikatakanlah saya ini seorang yang workaholic. Saya bersyukur tawaran itu sentiasa ada. Cuma yang peliknya, apabila seharian sudah bekerja saya mahukan cuti, tetapi apabila sudah bercuti dua hari, saya rasa bosan pula dan mahu kembali bekerja.
Pernah kerana dalam industri ini mereka mahukan orang yang cantik, kurus, seksi dan mempunyai figura yang ideal di mata rakyat Malaysia. Mereka akan mengatakan, ‘kenapa ambil dia ni, sudahlah gemuk, tidak cantik, tidak senonoh pula mulut dia!’
Tetapi, saya selalu fikir bahawa peratus yang benci itu lebih sedikit daripada mereka yang sukakan kita. Saya selalu letakkan yang bakat saya itu lebih besar daripada saiz badan saya. Tidak perlu untuk menyorok.
Sememangnya ramai pelajar sekolah yang bertanya saya di Instagram bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri. Perkara sebeginilah yang membuatkan saya untuk terus melangkah. Ada di antara mereka yang rasa tidak cantik lalu memuat naik gambar sambil menutup muka.
Mereka tidak sepatutnya rasa begitu kerana usia mereka masih muda. Kalau begitu pun mereka sudah rasa tidak yakin, bagaimana di masa akan datang nanti? Dari situlah datangnya rasa tanggungjawab saya untuk menolong mereka. Tidak semestinya gemuk itu hodoh. Jika ada bakat tunjukkanlah pada semua.
Garang. Benci tikus. Kalau belakang kamera saya bukanlah bising 24 jam. Saya tidak pandai untuk berfesyen dan yang terakhir saya seorang yang sangat mementingkan keluarga.
Saya sukakan stail dan gaya seperti Kaka Azraff dan Scha Alyahya. Mereka pandai suai padan dan bermain dengan warna. Saya suka bila sesuatu fesyen itu pelik misalnya apabila orang bertanya pada saya fesyen apa yang saya pakai ini? Saya akan rasa ya, baju ini lain daripada yang lain!
Sara rasa cantik bila…Bila Sara happy!
Fuyooo! Kalau dari segi banyak bercakap itu sama sahaja. Dulu saya tidak pernah mahu duduk diam. Dekat rumah pun mesti bising. Tetapi sekarang saya lebih introvert. Suka buat hal sendiri. Dahulunya sentiasa mahu ‘memekak’.
Kulit saya juga tidak gelap seperti dahulu. Dahulunya saya aktif bersukan. Masa saya dengan kawan-kawan juga tidak lagi banyak seperti dahulu.
Sekarang ini saya tidak boleh membuat apa-apa tindakan sesuka hati saya kerana harus memikirkan persepsi daripada masyarakat juga.
Kebanyakan pengikut saya juga banyak daripada kalangan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja dari golongan VIP pun ada juga. Jika di luar, yang sudah bergelar nenek pun ada menegur saya. Saya macam ‘Wow, nenek pun tonton video! Kenapa nenek? Nenek buat apa di rumah, tengok YouTube?’
Memang sekarang saya lebih berhati-hati. Bukan fake, cuma menjaga imej. Takut jika kita tidak senyum, nanti orang akan fikir kita sombong pula. Penat sekalipun tetap senyum sahaja pada semua.
Saya melakukan rutin penjagaan asas. Saya akan pastikan setiap malam untuk cuba memakai topeng muka. Dahulunya sebelum bergelar isteri saya memang rajin memakainya tetapi apabila sudah makin sibuk saya tidak sempat pula untuk melakukan semua itu.
Saya mementingkan kelembapan kulit kerana hydration is everything. Jika kulit kering banyak masalah akan timbul nanti.
Perasaan itu sebenarnya hanya bermain dalam minda dan otak kita. Padahal orang lain yang melihat kita tidak memikirkan apa-apa pun mengenai diri kita. Jadi, jika tiada keyakinan diri, cubalah untuk membina keyakinan itu. Jangan peduli kata orang asalkan prinsip kita betul, menjaga batas dan kita juga perlu tahu apa yang kita mahukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Namanya terkenal di kalangan Muslimah di seluruh dunia, Hanna Tajima seorang Muslim yang mempunyai darah campuran British-Jepun ini terkenal dengan kerjasamanya dengan jenama pakaian kasual Jepun UNIQLO.
Terbaru, di media sosial berikutan pendedahan yang mengejutkan ramai peminatnya menjadi trending. Ikon hijabista ini membuat kenyataan yang dimuatnaik Hana di Instagram baru-baru ini, akui merasa tekanan untuk bertudung seperti mana dirasai oleh beberapa model seangkatannya. Ini kerana tidak mudah untuk menggayakan hijab sedemikian apatah lagi berada di sebuah negara yang mempunyai stigma terhadap wanita yang bertudung.
Memperlihatkan dirinya dengan beberapa gaya hijab yang ttidak lagi menutup keseluruhan rambut selain menunjukkan telinga dan lehernya yang merupakan aurat bagi kaum wanita. Itu adalah penampilan baharunya. Hana turut menyatakan pemakaian hijab bukan sebagai kayu pengukur untuk menentukan keperibadian seseorang orang namun dalam masa yang sama tidak menolak wanita muslim yang memakai tudung akan lebih mendapat tumpuan.
Pernah suatu ketika, apabiala nama Hana Tajima disebut-sebut dikalangan hijabi bukan kerana paras rupanya tetapi gaya hijab yang cukup trendy dan mmudah diikuti. Malah hijabi yang gemar berfesyen menjadikan Hana sebagai ikon Hijabista. Pasti ramai yang bakal merindui gaya hijab Hanna Tajima. Jom hijbista imbas kembali 10 gaya yang menjadi kegilaan hijabi:
Walau apapun penerimaan ramai dari segenap dunia, Hanna Tajima tetap terima dengan positif. Pihak hijabista sendiri berdoa suatu hari Hanna Tajima perolehi hidayahNya dan teruskan kehidupan seperti biasa. Insyallah! We love you Hanna!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fazura kongsi quote wanita solo bertulis “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah” yang membawa mesej mendalam tentang self-worth, kematangan dan kebahagiaan tanpa tekanan status.