Pertama Kali Dalam Sejarah, Isteri Perdana Menteri Malaysia Berhijab

Share

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Tan Sri Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan.

Ia disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee telah berkahwin pada 22 September 1972 dan mempunyai 4 orang anak.

Penampilan beliau yang agak berbeza daripada isteri-isteri perdana menteri yang sebelum ini telah memberi kelainan dan identiti tersendiri buatnya.

Pada majlis mengangkat sumpah di Istana Negara tadi siang, penampilan Puan Sri Noorainee berjaya menarik perhatian apabila bergambar bersebelahan dengan KDYMM Raja Permaisuri Agong yang turut mengenakan hijab.

Terlihat begitu manis dan sesuai dengan imej negara Islam yang ditonjolkan oleh Malaysia. Sejuk mata memandang.

Sumber kredit: BERNAMA

IKLAN