Pernah dipandang rendah suatu ketika dahulu ketika mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pelakon, Aeril Zafrel di usia muda tidak membuatkan Wawa Zainal melatah dengan keadaan sekelilingnya.
Kini berjaya membangunan syarikat kosmetiknya sendiri, Wawa bersyukur segala titik peluh usahanya bersama suami kini membuahkan hasil.
Pernah tak orang pandang rendah pada korang? Wawa juga pernah.. tapi kata-kata mereka tu kita jadikan semangat untuk kita berusaha lebih lagi.. jangan pernah down tau..
Ads
Dan ketika kita dah capai apa yang kita impikan.. dan ketika kita sudah punya segalanya.. janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada .. dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain..
Apa-apa pun sentiasa syukuri apa yang kita ada .. boleh?
Selain itu, Wawa juga turut berkongsi bahawa dulu dia pernah bermimpi untuk mempunyai wisma tiga tingkat suatu hari nanti dan kini impiannya itu telah tertunai.
Ads
Sedikit kisah dari Wawa. Dulu Wawa pernah bermimpi untuk ada wisma 3 tingkat. Alhamdulillah mimpi jadi kenyataan. Dulu rasa mustahil untuk berjaya tapi Wawa kuatkan semangat.
Ingat balik, orang pernah pandang rendah dengan keputusan Wawa berkahwin muda. Ada yang cakap Wawa bakal hidup susah, hubungan takkan kekal. Tapi kata-kata mereka Wawa jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah dah terbang lebih tinggi.
Ads
Dan hari ini, alhamdulillah aku berjaya buktikan yang aku juga boleh berjaya. Next, impian aku bantu orang lebih ramai lagi. Teruskan usaha, jangan putus asa ketika orang pandang rendah!
Kisah Wawa ini memang sangat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana yang mahu berjaya sepertinya. InsyaAllah, jika kita selalu berfikiran positif, tak mudah mengalah dan tidak mendongak ke langit, kita juga pasti boleh mencapai impian yang diidamkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekitar tahun 90-an, Azmil Mustapha merupakan pelakon lelaki yang cukup dikenali di zaman itu. Arwah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira dua tahun yang lalu.
Ke mana tumpahnya jika tidak ke nasi. Bakat dalam dunia lakonan yang ada pada diri pelakon itu juga turut ‘diwarisi’ oleh anak perempuannya, Nur Alya Iman atau lebih dikenali dengan nama Alya Iman. Memulakan kerjaya sebagai model muslimah, gadis ini juga punya bakat dalam dunia lakonan.
Melalui posting yang dikongsi pernah dikongsikan di laman Instagramnya, nyata gadis ini rapat dengan arwah bapanya.
Ini antara posting Alya yang menggambarkan betapa gadis ini begitu menyayangi arwah bapanya.
Berkongsi foto bersama arwah bapanya ketika mengerjakan ibadah umrah tanpa ‘caption’ jelas menggambarkan perasaan kerinduan seorang anak terhadap bapanya. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah bapanya itu.
Alya juga pernah berkongsi foto dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati.
Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Alya turut berkongsi gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa dia begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya.
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting itu menyatakan bahawa dia masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
Kongsi Alya lagi, ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan memeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat, Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
Tidak semua manusia bernasib baik lahir kedunia dikurniakan kesempurnaan dan cukup sifat dari segi fizikal dan mental. Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebalik sesuatu yang Allah aturkan dalam kehidupan kita.
Begitu juga dengan apa yang di alami oleh Hijabi ini, dikenali sebagai Hikmah Razlan yang merasakan dirinya tidak sempurna, apabila cacat penglihatan meliputi sebahagian muka. Sekaligus menjadi punca kepada rendah diri terhadap kekurangan yang dimiliki!
Berita gembira ini dikongsikan oleh Hikmah sendiri menerusi ciapan di laman Twitter miliknya. Dimana dia berkongsikan rasa gembira dan bersyukur apabila bertemu jodoh dan akhirnya disunting menjadi suri hati kepada jejaka idamanya.
28.4.23
kecik kecik dulu ingat takkawin sebab kita taksempurna selalu cakap mana ada orang nak, alhamdulillah semoga syurga buat suami saya In Sha Allah 🤍 pic.twitter.com/XK9k2cWJtS
“Kecik kecik dulu ingat tak kahwin, sebab kita tak sempurna. Selalu cakap, mana ada orang nak.. Alhamdulillah, semoga syurga buat suami saya In Sha Allah,” tulisnya ringkas pada ciapan berkenaan.
Untuk rekod, Hikmah bersama pasangan telah selamat diijabkabulkan pada tanggal 24 April yang lalu. Terdahulu, sebelum melangkah ke alam perkahwinan Hikmah juga turut memaklumkan di Twitter bahawa dia sudah menjadi tunangan orang sejak beberapa bulan yang lepas.
Perkongsian tentang pernikahannya Hikmah ini telah menjadi sorotan ramai dan rata-rata pengguna Twitter mengucapkan tahniah diatas berita perkahwinan tersebut.
Selain itu, ramai diantaranya yang meninggalkan komen memuji penampilan Hikmah yang kelihatan sangat jelita di ahri bahagianya. Di samping, mendoakan agar rumah tangga yang dibina bersama suami terus berkekalan serta bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar info, beberapa tahun lalu, perkongsian Hikmah di media sosial pernah menjadi viral apabila beliau mengucapkan tahniah kepada dirinya sendiri yang berjaya menempuh tahun paling sukar meski diuji dengan pelbagai dugaan dan terpaksa berdepan tanggapan orang ramai tentang ketidaksempurnaan fizikal dirinya.
Justeru, Hijabista berharap agar Hijabi dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran dari kisah Hikmah ini. Meski pun hidup kita serba kekurangan, jangan lupa untuk sentiasa memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi.
Jika kita merasa susah, ingatlah bahawa ada dikalangan kita yang diuji dengan kesusahan yang lebih berat. Selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam rumah tangga buat Hikmah dan pasangan!
Pelakon jelita yang juga isteri kepada pengacara Nabil Mahir menzahirkan rasa syukur apabila rezekinya semakin mencurah selepas bergelar ibu. Benarlah kata orang anak-anak pembawa rezeki.
Terdahulu, ketika bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda mengakui anak-anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami amat bersyukur dan menitikberatkan tentang keselamatan anugerah kurniaan-Nya ini.
Menurut Ayda, sejak bergelar ibu dia hanya menumpang rezeki anak-anak. Pernah menjadi duta kepada beberapa jenama. Ada juga jenama yang dah lama dengan dan mereka memperbaharui kontrak kerana mereka senang bekerjasama dengan saya.
“Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi kanak-kanak.”
Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika diminta mengulas mengenai rezeki anaknya, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama.
Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta.
“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
“Nayla bakal menginjak usia tiga tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak dan barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit.
“Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika sesi terbabit berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kelahiran puteri sulung, Ana Nayla pada 21 September 2021. Manakala pada 12 Disember 2023, Ayda memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aali Mateen.