Kecantikan

Perkongsian ‘Homemade’ Inai Guna 3 Bahan Dapur Wanita Ini Pernah Viral. Yang Penting Sah Untuk Solat!

Share

Setiap kali ada saudara mara yang kahwin acara paling ditunggu adalah malam berinai. Rasa seronok dapat mewarnakan kuku dengan inai ‘homemade’ menggunakan daun inai.

Namun sekarang daun inai agak sukar untuk dicari dan proses membuatnya juga leceh. Daun inai kena hancur betul dan kemudian dicampur dengan kapur atau nasi untuk menjadikan ia lebih merah kekuningan.

Tetapi kini anda tidak payah bersusah lagi untuk memakai inai. Perkongsian dari di laman facebook Rosdiana Dian

yang mengajar cara-cara membuat inai sendiri. Apa yang penting bahan digunakan selamat dan juga sah untuk dibuat solat.

Bahan-bahan:

Sabun

Pewarna

Sedikit kapur

Besor tu ja sabun mandi mak pakei. Dalam ukuran 2cm persegi. Hihihi.. Mak pakei sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah mak pakei sabun gemok.. Hehehe.. axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair. Mak parut pakei gunting jerkmore
Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang mak dah siap parut tadi..
Ini kapur sireh.. buleh beli kat kedai runcit. Takpun try jengah kat dapor kome.. mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja. Hehehee
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi... jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee..

Cara membuatnya:

  1. Bancuh ketiga-tiba bahan dan satukan. Biarkan sebati.
Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam rm2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke... hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi.... jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik. more
Ni struktur bancuhan 3bahan asas tadi.
Ni hasilnya... dapat setupperware kecik

2. Sapu pada jari satu persatu dengan kemas. Biarkan seketika sebelum dibasuh bersih.

Mak pakei putik kapas yang kecik tu haaa.. heheheee
Ni tangan kiri mak.. rasa kemas ja...
Ni hasilnya.. semoga terinspirasi buat uolls.. Mak buat ni sebab stok inai Mak dah abeh.. Inai dari Mekah tuari pun ilek... Dah la mak memang inai x putus dijari.. Sentiasa perantin baru ler katakannnn.. hihikk.. ? Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama.. kejap ja pudar... Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nihh.. hehehemore
IKLAN