Apa? Pengguna Twitter kini kena bayar? Ramai yang keliru dengan perubahan yang dibuat oleh Elon Musk apabila dia memaklumkan pengguna laman sosial media itu perlu membuat bayaran tertentu.

Sebenarnya ramai tidak tahu caj yang dikenakan itu adalah bagi pengguna yang memiliki verification badge, di mana ia berfungsi untuk memastikan akaun pemilik itu adalah asli. Jadi ramai yang gusar tentang hal ini dan mungkin terlalu cepat membuat andaian.

Nak kekalkan verification badge kena bayar…

Pengguna Twitter Bakal Dicaj Untuk Kekal ‘Verified’? Penjelasan Lanjut Oleh Elon Musk

Tular baru-baru ini, pemilik kepada laman sosial media Twitter, Elon Musk, memaklumkan perancangan pelan yang bakal mengenakan bayaran sejumlah $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada pengguna.

Artikel berkaitan: Jangan Salah Guna Nikmat Allah, Gara-Gara Suka Sangat Share Gambar Di Media Sosial. Waspada Dengan Penyakit Ain!

Pelan terbaharu itu difahamkan bakal lancar tidak lama lagi dan pengguna perlu membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge). Elon Musk telah maklumkan pelan itu telah termasuk pada perjanjian pembelian Twitter.

Kenapa perlu bayar? Telah dijelaskan bahawan bagi pengguna yang memiliki lencana pengesahan itu perlu lakukan sedemikian supaya mereka tidak kehilangannya kelak. Twitter Blue pula telah dilancarkan pada tahun lepas yang mengenakan bayaran bulanan sejumlah $4.99 (23.62) sebagai pengguna premium.

Artikel berkaitan: Tarik Perhatian Di Media Sosial, Ini Cara Cipta Sendiri ‘Filter IG Story’. Tak Perlu Khimat PRO Pun!

Apa yang istimewa adalah pengguna dapat mengakses ciri terbaharu seperti ikon aplikasi yang boleh diubah, kelebihan mengubah atau menanda tweet (tweet bookmark) dan ‘mod pembaca’ untuk melihat dengan lebih mudah urutan siaran (thread).

Aplikasi media sosial ini bakal menjadi yang pertama di Amerika Syarikat dalam melakukan perubahan seperti ini kerana kebanyakan platform media sosial menawarkan secara percuma. Dan ketika ini hanya Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand yang akan bersedia untuk alami perubahan ini.

Sumber: Insider dan Siakap Keli

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI