Pernah menjadi blogger terkemuka, nama Hanis Zalikha bukan lagi asing dalam kalangan peminat.
Hanis Zalikha memang punya aura tersendiri. Popularitinya sebagai usahawan dan isteri kepada pelakon Hairul Azreen membuatkan ramai yang mengikuti perkembangannya setiap hari.
Video Masakan Hanis ‘Trending’ Hampir Cecah Jutaan Tontonan!
Bahkan dia juga ada berkongsi beberapa video masakan sebelum ini. Pendek kata, apa saja yang dikongsikan Hanis pasti akan trending dan menjadi sorotan serta rujukan warganet!
Selain gemar berkongsi rutin harian dan produk perniagan miliknya, Hanis yang juga pengasas jenama Cakenis dan Love Masak ini, sering memuat naik video masakan di Instagram.
Malah, terdahulu video pendek berkaitan resipi mudah tempe goreng berkenaan meraih hampir sejuta tontonan!
1. Tempe (Dihiris Tebal Seperti Nougat)
2. Serbuk Paprika
3. Serbuk Lada Sulah
4. Serbuk Rempah Kari Ikan
5. Tepung Jagung
6. Air Sejuk
“Buat peminat masak simple-simple seperti Chef Keknis, terimalah tempe nougat. Bolehlah masak untuk dinner kejap lagi.”
Dalam video itu, Hanis terpaksa akur apabila pembantunya memotong tempe seperti nougat. “Kita letak smoked paprika, white pepper, garam dan paling penting rempah kari ikan.
Untuk rangup mesti letak tepung jagung sedikit lepas tu kita gaul sebati dan letak secret weapon iaitu air sejuk.
Dengan itu ia akan jadi macam menyaluti tempe. Goreng sampai warna keemasan, tengok rangup macam mana, rasa sedikit, siap!,” ujarnya.
Air Tangan Isteri, Pengikat Kasih Sayang Keluarga
Benarlah air tangan isteri itu pengikat kasih sayang seisi keluarga! Patutlah tengok rumahtangga Hanis Zalikha ni bahagia sentiasa. Hijabi terutamanya yang bergelar isteri boleh cuba resipi kebahagiaan Hanis Zalikha ni, rajin ke dapur pasti suami sayang!
Untuk rekod, pada 5 Jun 2014 yang lalu Hanis dan Hairul menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminat seni tanah air terutamanya ketika melancong ke luar negara kerana sering mengunjungi destinasi percutian yang eksklusif dan mewah. Antaranya di Maldives yang dilaporkan mencecah puluhan ribu ringgit.
Figura cantik ini juga secara rasmi diumumkan sebagai duta jenama Innersejuk pada tahun 2022 dan bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Kopi merupakan antara salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia. Disebabkan itulah banyak kemunculan kafe-kafe hispter demi memenuhi cita rasa para penggemar kopi. Sesetengah individu mengambil kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Tidak kiralah apa pun sebabnya anda mengambil kopi, kopi sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat baik untuk kulit muka. Jika dilihat kini, penjualan skrub kopi boleh anda dapati di media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Nak tahu apa manfaatnya? Jom semak di bawah ini.
1. Kecilkan Pori-Pori Pada Wajah
Tekstur wajah yang tidak halus biasanya disebabkan oleh pori-pori yang terlalu besar. Apabila anda menggunakan masker kopi, lambat laun pori-pori pada wajah akan semakin mengecil dan akhirnya wajah akan jadi lebih halus.
2. Atasi Wajah Berminyak
Wajah yang berminyak boleh menyebabkan jerawat. Selain itu, wajah yang berminyak juga akan tampak kusam dan banyak kotoran boleh menempel pada wajah. Masker kopi boleh membantu mengatasi wajah yang berminyak hingga menyebabkan wajah menjadi lebih lembap jika dilakukan dengan kerap.
3. Atasi Wajah Yang Kusam
Kopi mengandungi kandungan antioksidan yang cukup tinggi sehingga dapat melindungi kulit daripada radikal bebas. Kopi juga dapat membuang kulit yang mati pada wajah dan akhirnya wajah akan kelihatan lebih cerah. Masker kopi akan membuat wajah menjadi lebih segar.
4. Melembut & Menghaluskan Kulit
Kopi dapat digunakan sebagai skrub dan akhirnya menyebabkan kulit menjadi lebih halus. Tidak semua wajah memiliki tekstur kulit yang halus. Kopi merupakan solusi yang terbaik.
5. Samarkan Bekas Jerawat
Jerawat merupakan masalah utama bagi para wanita hingga mengganggu penampilan. Penggunaan masker kopi dapat menghilangkan bekas jerawat tanpa kesan sampingan.
6. Blackheads
Blackheads biasanya muncul di sekitar hidung. Masker kopi dapat mencegah kemunculan blackheads bahkan dapat menghilangkan blackheads pada hidung.
MENARIK UNTUK PENGEMAR KOPI:
Hargai setiap hirupan sempena hari istimewa penggemar kopi
Bagi yang belum tahu, kopi hanyalah… kopi. Namun, bagi mereka yang tidak dapat membayangkan hari mereka tanpa bau yang baik dan minuman pertama yang menghilangkan jaring laba-laba, kopi adalah emas cair. Sebenarnya, mungkin mengejutkan anda apabila mengetahui bahawa, di beberapa bahagian dunia, biji kopi pernah diterima sebagai mata wang.
Tiada yang lebih menghargai kopi lebih daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL). Sejak penubuhannya pada tahun 1963, CB&TL telah memperjuangkan kopi berkualiti, mulai dari puncak gunung yang tinggi di mana biji kopi The Coffee Bean & Tea Leaf®, menjadi kegemaran anda.
Untuk meraikan Bulan Kopi Antarabangsa, CB&TL memberikan penghormatan penuh kepada biji kopi yang menakjubkan. Untuk sepanjang bulan Oktober, pilihlah menu yang dibuat di sekitar Signature Espresso CB&TL, dengan Espresso Whipped Cream yang dibuat khas untuk tambahan rasa yang lazat. Ini juga masa yang tepat untuk mencuba Arang Hazelnut edisi terhad yang dapat boleh dinikmati panas, sejuk atau Ice Blended®.
Anda juga akan mendapat beberapa tawaran bundle hebat yang hanya tersedia untuk masa terhad, di semua pusat operasi CB&TL. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini CB & TL, kunjungi laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau laman web mereka www.coffeebean.com.
Tawaran Berganda: Nutty Bundle: Dapatkan Mana-mana Dua (2) Minuman Hazelnut 16oz terpilih dengan harga hanya RM28 • Tersedia dari 20 September hingga 31 Oktober 2021 di semua gerai operasi atau dengan platform pengambilan Leaf with Me
KOLEKSI BERGAYA STARBUCKS® X ALICE + OLIVIA
Mengenai alice + olivia oleh Stacey Bendet
Dilancarkan pada tahun 2002, alice + olivia oleh Stacey Bendet adalah jenama yang membolehkan wanita mengekspresikan gaya peribadinya. Dengan pakaian yang bertentangan dengan keanehan, a + o melambangkan keperibadian dan perspektif pengasasnya, Stacey Bendet. Jenama ini lahir dari usaha peribadi Stacey untuk membuat sepasang seluar yang sempurna dan sejak itu berkembang menjadi koleksi gaya hidup lengkap termasuk pakaian dalam, gaun, kasut, beg tangan dan aksesori yang siap pakai. Jenama ini adalah kegemaran Hollywood dengan peminat selebriti termasuk Meghan Markle, Michelle Obama, Beyonce, Gwyneth Paltrow, Gigi Hadid dan Jessica Alba.
Musim luruh ini, Starbucks sekali lagi berkolaborasi dengan Stacey Bendet, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif rumah fesyen terkenal alice + olivia untuk menawarkan koleksi barang berjenama berjenama, yang tersedia untuk masa yang terhad di kedai Starbucks® terpilih di seluruh Malaysia.
Dengan reka bentuk Stacey yang begitu bergaya, reka bentuk Starbucks® X alice + olivia yang sangat dinanti-nantikan mempamerkan dua rekaan aneh, termasuk “Stace Face” yang ikonik, dan tafsiran moden “Stace Face” dengan sentuhan berwarna. Menampilkan pelbagai jenis alat minum dan aksesori gaya hidup, koleksi ini adalah perayaan kewanitaan, yang dirancang untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk merasa diperkuat dengan gaya peribadi mereka.
“Starbucks dan Stacey Bendet disatukan oleh aspirasi mereka untuk mencipta pengalaman unik dan menggembirakan,” kata Erin Silvoy, naib presiden, Produk dan Pemasaran, Starbucks Asia Pasifik.
“Kedua-dua Starbucks dan alice + olivia suka mencipta pengalaman yang unik dan memberdayakan,” kata Bendet. “Dengan reka bentuk pelangi Stace Face kami berharap dapat membawa keseronokan berwarna-warni ke dunia!”
Nah apa lagi, hari anda tak akan bosan dengan adanya kopi dari rutin kecantikan hingga gaya personaliti. Barulah boleh HAPPY selalu!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Saban tahun, ketika menjelangnya bulan mulia, Ramadan Al Mubarak ramai diantara kita yang berlumba-lumba melakukan kebaikan dan sedaya upaya mencegah kemungkaran. Kerana di bulan Ramadan yang penuh barakah ini, umat Islam dijanjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda, di samping berpeluang membetulkan diri agar lebih dekat dengan Allah SWT.
Bagaimanapun, di sebalik kesibukkan mengejar pahala ini. Masih ada dikalangan kita yang culas berpuasa dan tanpa segan silu membeli makanan di kedai hingga digelar sebagai ‘Geng Plastik Hitam’.
Lebih teruk, apabila terdapat peniaga yang gemar mengambil untung ‘atas angin menjual makanan dan minuman kepada golongan yang tidak berpuasa ini, tanpa cakna berkenaan hukumnya.
Hukum Menjual Makanan Kepada Mereka Yang Tak Puasa!
Mengulas isu ini, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah membuat satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya bagi mendidik masyarakat dan menjelaskan hukum berjual beli terhadap orang Islam yang tidak menjalani ibadah puasa.
UAI berkata, hukum jual beli kepada golongan yang tidak berpuasa ini adalah HARAM!
“Jika kita mengetahui individu itu tidak berpuasa dan sedangkan dia dikategorikan sebagai individu yang diwajibkan untuk berpuasa maka haram buat peniaga untuk berjual beli dengannya.
“Jika kita tahu orang itu akan makan makanan tersebut di siang hari pada bulan puasa (ponteng puasa), sedangkan dia orang yang diwajibkan berpuasa maka haram untuk menjual kepadanya,” kata UAI.
Jelasnya lagi, setiap peniaga perlulah cakna berkenaan perkara ini. Jangan hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata sahaja tanpa mengambil tahu tentang hukum disebalik perlakuan kita itu.
“Sama ada jual pagi, tengah hari, pukul 6 atau sudah hampir waktu berbuka. Ini kerana individu itu ingin makan sebelum masuk waktu maghrib,” tegasnya lagi.
Bagaimanapun, UAI berkata peniaga makanan dibenarkan untuk melaksanakan urusan jual-beli kepada individu yang diyakini akan makan apabila telah tibanya waktu untuk berbuka.
Bagaimana Pula Jika Individu Itu Tidak Diwajibkan Berpuasa?
Namun, sekiranya seorang individu itu mempunyai kekangan dan masalah kesihatan yang dibenarkan untuk tidak berpuasa khususnya mereka yang uzur, kanak-kanak, atau mereka yang sakit dan akan memberi mudarat sekiranya dipaksa berpuasa. Maka, urusan jual beli itu dibolehkan.
“Kerana Allah SWT berfirman jangan kamu tolong-menolong bab dosa seperti ini. Tetapi kalau orang yang nak beli nak makan itu orang yang tak wajib berpuasa maka halal atau sah untuk berjual beli.
“Contohnya orang perempuan yang uzur, orang bermusafir yang tidak wajib berpuasa walaupun dibolehkan untuk berpuasa, dan kanak-kanak maka sah jual beli,” jelasnya.
Penat melabur wang beli pelbagai syampu, masalah rambut semakin kurang masih tak dapat diatasi. Mungkin anda perlu melihat rutin penjagaan rambut harian.
Nampak remeh tetapi sebenarnya perkara-perkara ini mendorong rambut anda gugur, seperti menggunakan tali rambut yang salah atau membungkus rambut dengan tuala boleh membahayakan rambut dan menyebabkan beberapa kerosakan serius dalam jangka masa panjang.
Walaupun kesilapan ini mudah dilakukan, dan mungkin kelihatan tidak bersalah pada mulanya, kesalahan tersebut boleh membawa kesan yang berpanjangan pada rambut anda. Beberapa kesalahan ini, kebiasaan yang perlu dihentikan demi mendapat rambut yang lebat dan terurus.
1. Fabrik pakaian dari bulu.
Fabrik bulu membuat anda tetap hangat dalam cuaca sejuk, tetapi bahan ini boleh merosakkan rambut. Wool membina elektrik statik dan menjadikan rambut anda melekat padanya, yang akhirnya menyebabkan keretakan rambut. Apabila rambut anda basah pada hari-hari hujan, rambut menjadi lebih rapuh dan mudah pecah. Nasib bukan musim percutian!
2. Makan tuna.
Walaupun tuna sangat berkhasiat dan berfungsi sebagai sumber banyak unsur sahih, ia juga mengandungi kadar merkuri yang tinggi. Logam berat beracun ini boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius dan kebanyakkan pakar perubatan mengesyorkan makan tuna secara sederhana. Memakan merkuri juga boleh dikaitkan dengan keguguran rambut secara tiba-tiba, menurut satu kajian.
3. Menggunakan tuala atau pengering rambut.
Sebilangan besar dari anda terbiasa membungkus rambut dengan tuala setelah mandi, tetapi tuala kapas dapat membuat rambut menjadi keriting dan menyebabkan keretakan. Kerana tuala lebih kasar dan lebih kering daripada rambut, ia boleh menyebabkan kutikula naik, seterusnya boleh menyebabkan hujung rambut pecah. Menggunakan pengering rambut secara berkala juga dapat menyumbang kepada kerapuhan dan kusam rambut. Untuk mengeringkan rambut dengan betul, pegang pengering anda kira-kira 6 inci dari rambut.
4. Menggunakan tali rambut elastik.
Gaya rambut yang ditarik dengan ketat, seperti ekor kuda dan simpul atas, boleh menyebabkan kerosakan pada rambut anda ketika diikat. Putaran tali elastik menyebabkan tekanan pada rambut dalam jangka masa panjang, boleh mengakibatkan kerosakan. Sekiranya anda suka mengikat rambut anda dengan gaya ekor kuda, pilihlah gelang getah yang ditutup dengan kain atau tali leher spiral. Jangan cuba guna getah pasar ya!
5. Anda menggunakan perapi rambut dari akar.
Perapi adalah suatu keharusan untuk memastikan kunci rambut anda tetap lembut dan berkhasiat, tetapi ia boleh menjadikan rambut anda kelihatan tidak kemas ketika digunakan dengan cara yang salah. Sekiranya anda mengoleskannya ke akar, rambut anda dapat menebal dan bahkan menjadikan akar kelihatan berminyak. Untuk memastikan rambut anda lembut dan berkilau, sapukan perapi hanya pada panjang hujung rambut.
6. Terlalu kerap menggunakan syampu kering.
Syampu kering adalah penjimat rambut utama dan menjadikan rambut anda kelihatan segar apabila tidak mempunyai masa untuk mencucinya. Tetapi menggunakannya terlalu kerap boleh menjadikan kulit kepala anda gatal, kering dan mengelupas. Kulit kepala yang tidak sihat, seterusnya boleh menyebabkan keguguran rambut dan mencegah rambut baru tumbuh. Kerana syampu kering sebenarnya tidak membersihkan rambut anda, akhirnya boleh menyebabkan kelemumur.
7. Meletakkan cermin mata hitam anda di kepala.
Mujur anda bertudung! Meletakkan cermin mata hitam di kepala anda pasti akan membantu untuk tidak kehilangannya, tetapi jika anda melakukannya dengan kerap, ia akhirnya boleh menyebabkan rambut menjadi nipis. Kaca mata yang sesak dapat mengurangkan aliran darah ke kulit kepala dan melambatkan pertumbuhan rambut. Sekiranya anda alah pada logam kaca mata, ia juga boleh menyebabkan rambut menjadi nipis.
SUMBER: BRIGHTSIDE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.