Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.
Baru-baru ini, Melly telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setah menjalani pembedahan Bariatrik.
Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.
“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.
Ads
Penat Dan Susah Untuk Diet
Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.
“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.
Ads
Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah kebaikan atau manfaat yang boleh didapati sekiranya anda menyertai sukan tinju atau boxing. Adakah ia memberi manfaat sebaiknya buat diri kita atau hanya sekadar sukan lasak?
Selalu kita berpendapat bagi individu yang bermain sukan tinju atau boxing ini pasti mempunyai badan yang besar dan juga berotot. Boxing merupakan salah satu sukan lasak buat mereka yang suka akan aktiviti lasak. Malah ia juga dianggap sebagai aktiviti lasak yang boleh mempertahankan diri. Lagi-lagi buat wanita yang ingin melindungi diri mereka.
Sebelum anda mengetahui tentang kebaikan sukan tinju ini lebih baik kita mengetahui tujuan utama sukan boxing ini. Sukan boxing atau tinju ini merupakan sukan kompetitif di mana melibatkan dua orang individu yang memakai sarung tangan di gelanggang tinju. Ia merupakan sukan lasak kerana memerlukan 2 petinju yang melemparkan tumbukan demi tumbukan dan pengadil akan mengadili pemenang melalaui siapa yang mempunyai tumbukan yang lebih banyak.
Pemenang juga boleh ditentukan jika pihak lawan menyerah diri atau secara total knock out (TKO). Ia memang merupakan satu sukan yang sangat ekstrem. Selain itu, boxing juga sudah bervariasi dan berevolusi seperti kick boxing, muay thai dan mixed martial arts (MMA). Walau bagaimanapun, sukan tinju mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita.
Sering kali, kita melihat ramai wanita berhijab sertai sukan tinju ini. Ini antara manfat sukan tinju terhadap kesihatan selain dapat melatih otot pada tubuh badan seseorang:
Sukan tinju merupakan salah satu aktiviti sukan lasak yang boleh melatih jantung anda. Seperti yang anda tahu, kekuatan jantung seseorang itu boleh diukur melalui jumlah darah dan oksigen yang dipam oleh organ ini. Jadi jantung akan berfungsi dengan baik dalam membekalkan darah ke seleuruh tubuh anda.
Masalah paru-paru dan sistem pernafasan sering menganggu aktiviti seharian seseorang itu. Sukan lasak ini sangat memerlukan corak pernafasan yang baik dan stabil agar peninju tidak mudah penat ketika berada di dalam gelanggang.
Kerap bertinju akan secara tidak langsung melatih paru-paru dan juga sistem pernafasan anda lebih baik. Dengan itu, sukan lasak ini dapat membantu anda bukan sahaja membantu aktiviti fizikal yang lain malah anda tidak memerlukan rehat yang terlampau lama.
Anda boleh meningkatkan koordinasi badan dan kestabilan badan dengan bermain sukan tinju. Selain itu, lebih kerap anda melakukan sukan tinju, anda pasti akan dapat melatih pergerakan tubuh badan, kaki dan tangan agar lebih selaras dan tepat.
Selain itu, sukan tinju dapat meningkatkan naluri dan juga refleks anda yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian.
Lumrah apabila bertinju, tenaga sangat penting kerana suka tinju ini memerlukan tenaga banyak untuk mendapatkan diri kita bekerja dengan lebih baik. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, sukan tinju ini sangat bagus buat mereka.
Tanpa kita sedari, banyak kalori yang akan dibakar untuk menjana tenaga diri anda. Jika anda mempunyai masalah berat badan atau obesiti, sukan tinju merupakan sukan yang sesuai buat anda!
Jika kita tengok kesemua manfaat yang ada, kita dapat menyimpulkan sukan tinju ini mampu melatih otot, jantung dan juga paru-paru anda. Selain itu kestabilan dan memberi koordinasi tubuh badan serta membakar lemak juga antara kebaikannya.
Kesan dari itu, daya tahan tubuh badan dapat melawan sebarang jenis penyakit dan juga membuatkan anda lebih kuat. Justeru, ia dapat elakkan anda daripada terkena penyakit berbahaya seperti sakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Sukan tinju sangat berbaloi buat tubuh badan kita!
Akhir kata, tiada halangan buat kita untuk menyertai sukan tinju ini terutama sekali buat wanita-wanita diluar sana. Apa sahaja kebaikan buat diri, pastinya bagus buat diri kita. Sayangi diri dan marilah bertinju.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Suatu ketika dahulu, beberapa selebriti tanah air pernah memberi kejutan dalam industri hiburan apabila mengumumkan berhijrah ke arqah lebih baik, mengenakan busana patuh syariah, berhijab dan berniqab.
Ini merupakan satu perkembangan positif apabila figura-figura kesayangan ramai ini memilih untuk menjadi role-model kepada para peminat untuk lebih mendalami islam. Antara selebriti yang memilih untuk berniqab adalah, Waheeda, Fynn Jamal, Ina Naim, Diana Amir dan Neelofa.
Malah, penghijrahan selebriti tanah air ini telah membuka mata ramai tentang kepentingan menjaga dan menutup aurat dengan sempurna. Begitu juga dengan penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir sejak dua tahun lalu benar-benar memberi inspirasi kepada semua.
HIJABISTA berpeluang bertemu mata dan menemu bual beliau sewaktu sesi rakaman No Turning Back, Diana sempat menjawab beberapa persoalan yang diutarakan.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah. Itu sahaja sebenarnya,” ujar pelakon Strawberi Cinta ini.
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Untuk rekod, setelah hampir 10 tahun berhijab, pelakon dan pengacara Diana Amir akhirnya mengambil keputusan memakai niqab sejak dua tahun lalu.
Terkesan dengan kisah para sahabat yang sudah dijanjikan syurga namun tetap berusaha memenuhi segala tuntutan Allah membuatkan dirinya sedar bahawa dia juga perlu berusaha.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
ICE UNITY, koleksi yang benar-benar melambangkan Malaysia, sebuah negara yang berbilang bahasa, pelbagai budaya dan berbilang bahasa. Kami hidup bersama dan bersatu sebagai SATU, menjadikan kami begitu unik dan terkenal di seluruh dunia.
ICE UNITY adalah jam tangan permainan warna yang dikeluarkan secara eksklusif di Jepun & Malaysia di bawah tema “PLAY WITH COLOURS”. Dengan indeks tiga dimensi, jarum, gelung dalaman, logo jenama, ringan dan kekuatan jam tangan ini super poliamida, material tali jam diperbuat dari getah silikon, jahitan sulaman, semua bahagian adalah matte dan warna yang serupa. Koleksi ini merupakan siri yang disusun dengan 8 warna – Ultramarine, Viridian, Vermilion, Violet, Red, Peony, Kuro dan Shiro.
Jam tangan yang berkonsepkan dual fungsi di mana hijabi mengayakan jam tangan dari ICE WATCH yang sesuai untuk semua majlis. Di awal kemunculan Ice Watch di Belgium 2007, jam tangan berjenama antarabangsa membawa antara generasi dan budaya. Reka bentuk unik jenama ini terdapat dalam beberapa model dan warna, menghasilkan lebih daripada 500 kombinasi yang berbeza.
Pada masa setiap hitungan minit, jenama Ice-Watch memastikan rekaan jamnya standing dengan perubahan masa dan teknolig. Kreativiti tanpa hadnya disokong oleh pereka berbakat yang berpusat di Belgium Belgium yang boleh dipercayai, kualiti pergerakan Jepun (Miyota), kepakaran dalam pengeluaran dan perhimpunan negara Cina, dan organisasi Hong Kong untuk logistik dan pengedaran. Keutuhan jenama ini Bersama usahasama pengasas dan CEO jenama Ice-Watch, JeanPierre Lutgen yang berasal dari Belgium.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selendang atas kepala di majlis kahwin jadi perbincangan hangat apabila gaya tetamu dikatakan boleh menenggelamkan seri pengantin. Ini adab yang wajar dijaga.