Sebagai seorang Islam, solat lima waktu setiap hari merupakan kewajipan kita pada Allah Taala dan setiap kali selepas solat, pasti kita akan berdoa memohon keampunan serta meminta apa sahaja yang dihajati pada Allah Taala. Namun, tidak semestinya apa yang kita doa akan dimakbulkan segera oleh Allah.
Sekiranya doa tidak dimakbulkan oleh Allah, jangan bersedih. Teruskan berdoa. Seperti pengalaman seorang wanita bernama Liyana Akmal, dia turut kecewa dan stress kerana doanya tidak dimakbulkan Allah. Apatah lagi bila ia berkait rapat dengan zuriat, setiap wanita pastinya mengimpikan kehadiran si comel sebagai penyeri rumah tangga.
Pada awalnya, memang kecewa kerana zuriat yang ditunggu tidak juga muncul. Namun, segala-galanya berubah apabila Liyana diajarkan doa yang luar biasa oleh seorang ustaz hingga menyebabkan dia nekad untuk ‘alter’ doanya. Alhamdulillah, dia kini jadi lebih tenang, redha dan ikhlas.
Ikuti perkongsian Liyana Akmal di Facebooknya tentang ‘alter’ doa ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
Satu ketika dulu saya selalu berdoa “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah.
Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu doa yang luar biasa oleh seorang ustaz ni.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa. Maka ustaz tu ajarkan saya alter doa saya.
IKLAN
Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
Jadi kita lebih tenang dan redha ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.
Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
IKLAN
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
Amin.
IKLAN
Strukturnya doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yg saya share ni dapat sama2 kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun..
Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu… asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya…
Dan kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reserve kan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah yang Maha mengetahui. jadi kita kena belajar untuk redha…
Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha… insya Allah
Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah. Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja.
Biasa pada hari bahagia kita lihat bakal pengantin perempuan akan mempersiapkan diri lebih awal untuk mengelakkan situasi kelam kabut. Selalunya, wajah akan disolek terlebih dahulu oleh mak andam yang telah dipanggil. Maklum bergelar raja sehari, pastinya penampilan mahukan yang terbaik kerana majlis akan dikenang seumur hidup.
Bagi yang menjaga urusan solat, jika sudah bermekap, pasti akan susah untuk kita membuangnya dan kemudian mekap semula. Apatah lagi masa yang singkat menyebabkan sukar untuk bersiap.
Lagipun takkan sepanjang tempoh itu kita mahu menahan diri dari buang air kecil atau besar. Memang agak menyukarkan jika keadaan jadi begini.
Perkongsian tip daripada wanita berniqab ini di laman sosial facebook ketika di hari bahagianya setahun yang lalu amat sesuai untuk bakal pengantin ambil tahu jika tak mahu solat di akhir waktu dan perlu mekap berkali-kali.
Tips untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2 3 kali
1) Pakai fullglove. Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.
2) Ambik wudhu’ siap-siap sebelum makeup.
3) Jangan kentut! Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah
Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri. Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.
Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.
Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting
Aplikasi TikTok adalah antara platform media sosial yang popular kini. Bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa dan generasi muda, tetapi juga kanak-kanak.
Pengguna TikTok kebanyakannya dalam lingkungan kumpulan umur 12 hingga 30 tahun. Mereka yang sering melayari aplikasi ini pasti meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam sehari.
TikTok menjadi kegemaran ramai untuk tujuan pendidikan, perniagaan, sukan, makanan dan hiburan. Tidak hanya itu, aplikasi ini juga mampu menjadi platform dalam menyebarkan keindahan islam.
Umum mengetahui bahawa Piala Dunia tahun ini telah diadakan di Qatar. Ianya memang terasa istimewa kerana buat pertama kalinya ia telah diadakan di negara Islam.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok di mana seorang wanita membuat challenge kepada pengunjung wanita di Lusail City, Qatar untuk memakai hijab. Video tersebut telah menarik tumpuan serta membuatkan netizen teruja!
Di awal video, wanita tersebut dilihat cuba mencari beberapa pengunjung wanita di Lusail City, Qatar untuk melakukan challenge tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia meminta pengunjung wanita di sana untuk cuba memakai hijab, rata-rata mereka memberikan sambutan yang positif dan terlihat senang dengan challenge tersebut.
Walaupun mereka bukan Muslim dan tidak pernah mengenakan hijab, mereka tidak keberatan untuk mencuba. Pemilik akaun TikTok @hayyatogether tersebut dilihat membantu dan menyarungkan anak tudung sebelum mengenakan shawl.
Di akhir video, dapat dilihat rata-rata pengunjung wanita terpesona melihat penampilan diri sendiri mengenakan hijab.
Menjengah ke ruangan komen tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen positif serta memuji sikap dan kecantikan para pengunjung tersebut. Video yang tular tersebut kini telah meraih sehingga 7M tontonan, lebih 578K kesukaan dan 5k komen.
“Cantik semua bila pakai hijab..so beautiful🥰”
“Wow looking so nice Masha’a Allah”
“I don’t think anyone look bad in a hijab, a real glow up mashallah”
“MasyaAllah…lebih cantik bila memakai hijab🥰🥰🥰🥰”
Netizen tagih mahukan lagi konten serupa
Tambahan itu, ramai yang memuji usaha wanita tersebut dan menyukai konten yang dilakukan dalam memberi pendedahan mengenai agama islam.
Melihat keterujaan dan mendapat sambutan baik dari netizen, pemilik Tiktok tersebut turut melakukan ‘challenge non muslim’ memakai pakaian sopan ala Qatar dan juga merekod reaksi para pengunjung ketika melakukan challenge mendengarkan ayat-ayat suci al-Quran.
Mungkin bukan semua yang mampu menghafal surah-surah untuk dibaca dalam solat selain Surah Al-Fatihah. Namun bagi mereka yang tidak menghafal Surah-surah Lazim atau ayat-ayat Al-quran, bolehlah merujuk Al-quran dan handphone.
Membaca Surah Al Fatihah tidaklah menjadi satu masalah kepada kebanyakan kita ketika menjadi imam tetapi yang selalu kita risaukan ialah apabila mahu membaca ayat-ayat lain selepas Surah Al Fatihah.
Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”
Surah al-Muzammil: 20
Maka membaca surah-surah yang mudah dan sudah dihafal itu bukanlah menjadi satu kesalahan sekalipun kita mengulang surah yang sama.
Maka timbul satu persoalan ketika Bulan Ramadan mengenai bacaan Al Quran dengan memegang mashaf ketika solat.
Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Quran daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafal surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95)
Dinasihatkan bagi yang memegang handphone (telefon pintar) agar mengaktifkannya kepada mod penerbangan supaya ketika kita merujuk aplikasi Al Quran tidak di ganggu dengan deringan ataupun mana-mana mesej yang boleh menganggu kekhusyukan solat.
Sumber: Dr Nur Mohammad Hadi, Pengasas Akademi Al Bayan, Peneraju Pendidikan Masyarakat via Nur Muhammad Hadi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!