Mengimbau kembali kenangan ketika menunai umrah pada awal tahun ini, Mawar Rashid akui dia merindukan setiap detik di sana dan mengingat kembali doa yang dipohon sewaktu berada di hadapah Kaabah.
Rindu yang teramat..
Time ni, Mawar sorang2 nak gi doa kat Hijr Ismail.. Raf tengah solat. Berdebar2 nak masuk kat situ.. semua nak gi doa kat situ kan.. tapi.. Mawar mmg nekad nak doa jugak kat situ, sbb tu Mawar cuba gi jugak kat situ.. mmg ramai sgt berhimpit..
Ads
Tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan.. bertemu ngn 2 org aunty yg sama2 berjuang untuk nak berdoa kat Hijr Ismail..
Mawar nampak 2 org aunty ni.. pastu Mawar tanya.. “cik.. boleh ke Mawar nak masuk skali ngn cik.. sebab Mawar sorang ni” aunty2 tu terus tarik mawar, and suruh Mawar pegang kuat2 aunty tu.. 😭😭😭😭.. Alhamdulillah, lama jugak dapat pegang kucup kain Kaabah, sambil doa.. sampai senget2 tudung.. Rinduuuuu..
Ads
Ingat lagi, antara doa Mawar ialah untuk @mawarosehq dan untuk rumah tangga Mawar.. Syukur Alhamdulillah 🤍🤍🤍🤍
Alhamdulillah betul2 sebelum pkp bulan 3 dulu, sempat buat umrah.. kali pertama Mawar menjejak ke tanah suci 🤍 Tak sabar nye nak pergi sana lagi 😭😭😭😭😭 agak2 next time, Mawar akan dapat pergi ngn siapa ya 🥺
Ads
InsyaAllah kalau niat baik pasti Tuhan akan permudahkan. Moga Mawar dan kita semua diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah lagi atau suatu hari nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Belum puas meneliti rekaan tudung terbaharu L by LCB, selebriti Laudya Cynthia Bella merancang untuk mengeluarkan pula rekaan baju kurung versi Malaysia tetapi dengan sedikit sentuhan dari negara asalnya, Indonesia.
Hijabista sempat bertanya sentuhan bagaimana dari Indonesia yang ingin dibawa dalam rekaan akan datang?
Menurut Bella yang ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbarunya itu, wanita cantik ini mahu mengilhamkan rekaan baju yang tidak mengikut bentuk badan.
“Alhamdulilah sekarang saya tidak lagi rasa selesa memakai baju yang ‘bodyfit’ atau mengikut bentuk badan.
“Ada juga yang bertanya kenapa tidak ada koleksi baju kecil yang mengikut bentuk badan. Tapi sebenarnya saya sendiri sangat selesa dengan baju longgar jadi bagaimana mahu menjual baju yang ‘bodyfit’,” ujarnya yang turut mendapat sokongan suami tercinta, Engku Emran.
Menurut Bella lagi, suaminya itu tidak menolak idea yang dikemukakan Bella sebaliknya menasihati.
“Suami pesan jika ingin mendapatkan pahala apabila ramai orang yang akan memakai baju yang kamu reka nanti. Pastikan baju berkenaan harus disesuaikan dengan syariat islam.
“Alhamdulilah dengan dorongan dari mertua, suami dan sokongan peminat rezeki saya mencurah-curah dan saya tidak mahu mereka mengikuti saya dengan stail yang akan menambah lagi dosa saya.”
“Mungkin dengan ini saya dengan perlahan-lahan akan berhenti untuk memakai seluar mengikut pinggul yang boleh menampakkan susuk tubuh,” tambahnya lagi.
Sementara itu, ibu mertuanya juga turut memberi pesanan kepada Bella jika mahu menjadi Muslimah yang baik, wajib memakai skirt berbanding seluar kerana seluar itu lebih menyerupai lelaki.
Tidak melepaskan pesanan mertuanya berlalu begitu sahaja Bella terus istiqomah dengan menolak permintaan produksi yang ingin dia menggayakan pakaian mengikut bentuk badan.
Malah Bella sendiri membuat permintaan agar pakaiannya juga biarlah rekaannya besar dari tubuh.
Dalam pada itu, Bella yakin dengan ketentuan rezeki yang ada dan tidak akan berkurangnya rezeki Allah SWT. sekiranya dia menolak permintaan sebegitu.
Tetapi sekiranya sebelum ini dia telah mengikat kontrak bersama, tanggung jawab berkenaan akan dilunaskan mengikut permintaan
Pada majlis serba ringkas dan indah ini, pelancaran L by LCB di mana setiap hijab yang direka mempunyai inspirasi tersendiri iaitu idea yang tercetus ketika Bella sendiri melancong ke luar negara.
Momen dan perjalanan ketika travel adalah satu perasaan yang senang bagi Bella untuk diilhamkan dalam setiap rekaan tudungnya.
Bergerak secara pasaran di atas talian, Bella melangkah ke setapak lagi pertama kalinya Bella membuka fizikal stor yang menjual semua barangan di atas label L by LCB.
Fizikal stor yang di buka pertama di Robinson dan seterusnya di Publika Kuala Lumpur sekitar lima bulan lalu di atas permintaan ramai dan setelah menetap terus di Malaysia.
Populariti yang dimiliki sebagai pelakon, Bella tidak meletakkan standard untuk mereka memiliki hijabnya.
Bagi Bella sesiapa sahaja mampu memilikinya walaupun fizikal stor L by LCB ini terletak di Robinson mahupun Publika Kuala Lumpur.
Bezanya kedua-dua stor ialah Robinson mempunyai pelanggan yang memang mahu membeli belah manakala Publika ramai yang mengunjunginya kerana tempat ini lebih santai dan strategik.
Selain daripada koleksi hijab, Bella juga mengeluarkan baju RTW, persediaan umrah, LBroochSwarovski dan yang menariknya kek chees Bandung Makuta yang segar dan sedap dari Bandung.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelajar tajaan MARA, Maryam Balqis Abdul Rashid telah membanggakan Malaysia apabila berjaya mengekalkan Cumulative Grade Point Average (CGPA) sebanyak 4.0 dalam setiap semester sewaktu pengajian sarjana mudanya di School of Sustainability, Arizona State University (ASU) di Amerika Syarikat.
Menurut portal MARA e-Warta, gadis berusia 23 tahun yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya itu bakal melanjutkan pengajian sarjananya dalam Sustainability Solutions di ASU bermula Ogos 2019.
Selepas tamat zaman sekolah, Maryam melanjutkan pengajiannya dalam asasi di INTEC Education College (INTEC) di bawah American Degree Foundation Programme sebelum meneruskannya di ASU.
Maryam Balqis juga dikenali sebagai seorang yang sangat aktif dalam ko-kurikulum aktiviti dan telah memenangi beberapa anugerah di atas pencapaiannya di ASU.
Antara anugerah yang diterima ialah ‘Community Assistant of the Year and Outstanding Graduate Award Spring 2019’ yang diberikan oleh ASU School of Sustainability and Alumni Association dan ‘Academic Excellence Award’ yang diberikan sempena dengan Perdana Scholar Awards 2018.
Sewaktu di universiti, Maryam juga pernah menyertai beberapa projek kajian seperti kelestarian global dalam pelancongan dan juga masalah perikanan di Lombok, Indonesia.
Beliau juga mempelajari pendekatan Los Angeles dalam menangani isu perubahan iklim dan menghasilkan satu dasar ringkas dan alat bagi kerajaan Mexico untuk melaksanakan konsep kelestarian, ketahanan, transformasi, dan penyesuaian.
Maryam juga telah melaksanakan latihan praktikalnya bersama Think City, sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad dimana dia telah membantu memetakan 75 projek Think City kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Terdahulu sebuah lagu dan muzik keluaran Yuna merupakan antara topik perbualan ramai yang hangat diperkatakan, apabila lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi itu telah didengari seramai 70 juta warga Amerika Syarikat.
Mengulas berkenaan kejayaan nya itu, Yuna menerusi Instagram Storynya menzahirkan perasaan terharu kerana akhirnya dia berjaya mengecapi kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan duri di negara orang.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuan dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Kejayaannya ini adalah kejayaan bersama, Yuna turut berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar dan membeli muziknya di Apple Music sebagai tanda sokongan hingga lagu-lagu nyanyianya menjadi hit.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Fazura kongsi quote wanita solo bertulis “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah” yang membawa mesej mendalam tentang self-worth, kematangan dan kebahagiaan tanpa tekanan status.