Setiap hijabis mahu tampil cantik dan rapi, tetapi kita juga harus tahu kenapa kita perlu pakai tudung? Niat dan maksud sebaliknya terpulang pada individu. Bagaimana caranya untuk memperkasakan wanita dengan Hijab.
Alhamdulilah majlis yang penuh indah dan semangat berkumpul hijabis di dalam dewan ini yang memperkuasakan wanita dengan hijab. Tampil seorang figura yang menjadi idola hijabis di luar sana iaitu YB Nurul Izzah Anwar, berkongsi pengalaman beliau berhijab.
Anjakan Stail Sesuai Dengan Penampilan
Beliau yang sinonim dengan tudung bawal selama 20 tahun, gaya yang diilhamkan sendiri oleh adiknya Nuha mula berjinak dengan gaya baru. YB Nurul Izzah tidak menolak anjakan stail yang bersesuaian dengan beliau malahan berpendapat sekiranya stail bawal tidak diperbaharui ianya akan lusuh, namun ternyata sehingga kini gaya tudung bawal telah di bawa dengan gaya yang lebih segar.
Rutin yang sentiasa padat dengan aktiviti harian, memerlukan gaya yang pantas dan ringkas seperti tudung bawal malahan materialnya mudah menyerap peluh. Gaya ditemui yang ketika itu hanya secara pantas digayakan hanya di dalam kereta. Gaya ‘on the go’ gaya YB Nurul Izzah tampil santai dan ayu sehingga sekarang dan menjadi ikutan ramai hijabis.
Impak Hijab Memperkasakan Wanita
UNRWA yang akan ditutup di Gaza gara-gara sikap balas dendam segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab lalu UNRWA menwujudkan dana bagi membantu sekolah-sekolah di GAZA beroperasi seperti biasa. Lebih 50 peratus daripada mereka wanita, mengalami masalah kemurungan kerana tiada peluang untuk ke hadapan. Dengan wujudnya dana dari sumbangan hasil jualan hijab dapat membantu memperkasakan wanita di luar sana.
Ads
Menyokong Buatan Tempatan
Walaupun beliau bukan dari golongan elit yang tidak suka berfesyen tetapi, YB Nurul Izzah menyokong penuh buatan tempatan sepert Mimpikita, novak batik dan inner sejuk yang buatannya 100% dari Malaysia.
Ads
Majlis ini juga di serikan lagi dengan hijab tutorial untuk hijabi yang sudah lama berhijab mahupun yang belum berhijab. Hijab tutorial dibawa khas bersama Didiyana Ehsan yang berlansung selama 30 min cukup memberi inspirasi kepada pengunjung untuk terus istiqomah berhijab.
Ads
Menyeru semangat ‘sisterhood’
Wanita berhijab tidak salah bergaya dan mempelbagaikan gaya hijab tetapi biarlah berpadanan dengan gaya dan tidak berlebihan. Penjagaan dalaman juga harus dititik beratkan seperti penjagaan rambut khasnya.
Perlunya penjagaan dan pemakanan yang cukup bagi mengimbangi kesihatan dalaman. Islam mendorong kita memakai hijab kerana ada rasionalnya bicara YB Nurul Izzah dalam ucapan ringkasnya di majlis The Beauty of Hijab di anjur oleh Nia Unity, di Majlis Perbandaran Subang pagi tadi.
Ucapan yang terakhir daripada beliau amat terkesan ‘the power of ummah’, sentiasa tanamkan sikap sisterhood di kalangan kita. Berjaya mereka disekeliling kita maka masyarakat dan Negara juga akan Berjaya. Insyallah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita ini tidak kita kenali namun mengetahui cara pemergian beliau bertemu Pencipta membuatkan kita rasa begitu cemburu. Wanita bernama Nuruk Fahima Abdul Rahim ini memang cukup beruntung.
Nurul Fahima Abdul Rahim, meninggal dunia di bumi yang penuh barokah, di bumi Syria pada hari Jumaat 22 Januari 2021, jam 5.47 pagi. Kematian beliau di tanah Syam. Ada 25 ribu jasad sahabat dikebumikan di Syam termasuk isteri-isteri nabi.
*Waktu sepertiga malam Jumaat sedang khatam Al-Quran atas ribaan suami (syurga untuk para isteri)
*Dapat menamatkan hafalan Al-Quran secara bersanad di tanah Syam. Dan sanad yang tinggi, yang jarang orang Malaysia dapat.
*Disebabkan sanad Al-Quran yang tinggi, beliau diamanahkan untuk menjadi pengajar bagi memperbetulkan bacaan Al-Quran orang arab di sana.
*Dua puterinya menunggu untuk menarik beliau ke Syurga kerana kesemua anak beliau meninggal di Syam ketika masih kecil.
*Beliau syahid pada usia 31 tahun. “Dari Anas bin Malik berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa keluar (pergi) untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sehingga kembali” (HR. Tirmidzi).
Faktor arwah meninggal dunia kerana komplikasi jantung yang serius.
Maksudnya: Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya”. Dia (perawi) bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Dia bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT”. (Hadis ini lengkap beliau amalkan)
2. Bersedekah setiap pagi subuh. Setiap pagi lebih kurang matawang Malaysia RM1 dimasukkan kedalam tabungnya di rumah untuk diberikan kepada yang memerlukan pada masa tertentu. Padahal mereka sendiri juga sangat memerlukan.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Setiap pagi, dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: Wahai, Tuhan! Berikanlah ganti rugi bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya. Dan yang satu lagi berkata: Wahai, Tuhan! Musnahkanlah harta si bakhil.” (HR Muttafaq Alaih)
3. Bacaan Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 muka. Tidak termasuk ulangan hafalan. Memiliki 2 sanad Al-Quran yang tinggi Dan alunan Al-Quran seolah-olah ‘muzik penghibur’ bagi beliau setiap masa di rumah. Sedangkan kita naik kereta dengar lagu, dalam rumah lagu, tempat kerja pasang lagu.. Ya Rabb..
Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak diperbolehkan hasad (iri hati) kecuali terhadap dua orang: Orang yang dikurniakan Allah (kemampuan membaca/menghafal Al-Qur’an). Lalu ia membacanya malam dan siang hari, dan orang yang dikurniakan harta oleh Allah, lalu ia menginfakkannya pada malam dan siang hari.” (HR Bukhari, Tarmidzi, dan Nasa’i)
4. Memberi makan jiran tetangga. Hampir setiap hari, dia pasti memberi juadah pada jirannya walaupun sepinggan nasi.
Dari Abu Dzar, dia berkata: “Sesungguhnya kekasihku berpesan kepadaku: ‘Jika engkau memasak masakan berkuah, perbanyaklah kuahnya, kemudian lihatlah anggota keluarga dari tetanggamu, maka berikanlah kepada mereka dengan baik.” (HR Muslim)
5. Menghormati suami. Beliau tidak benarkan suaminya membuka pintu sendiri. Cukup sekadar ketuk dan memberi salam kerana dia ingin menyambut suaminya setiap kali pulang rumah. Baju seluar suami pastikan dirapikan dahulu sebelum suami memakainya.
Dan beliau tidak akan makan makanan itu sehingga suami yang akan makan dahulu walaupun beliau berbuka puasa. Dia sekadar berbuka dengan air dan kurma sahaja dan tunggu suami pulang untuk makan bersama.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki” (Riwayat Ibn Hibban)
6. Solat witir pada setiap malam. Dikhabarkan walaupun seletih mana, dia akan arahkan suaminya sediakan wuduk terhadapnya untuk dia solat witir.
Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur. (Riwayat Al-Bukhari)
7. Membaca 3 Qul dan zikir sebelum tidur. Sekiranya suaminya tertidur keletihan, dikejutkan suaminya untuk turut membacakannya.
عن النبي صلى الله عليه وسلم انه قال لعائشة رضي الله عنها: يا عائشة لا تنامي حتى تعملي أربعه أشياء: حتى تختمي القران وحتى تجعلي الأنبياء لك شفعاء يوم القيامة، وحتى تجعلي المسلمين راضين عنك، وحتى تجعلي لك حجة وعمرة.
فدخل صلى الله عليه وسلم، فبقيت على الفراش حتى أتم الصلاة، فلما أتمها قالت: يا رسول الله، فداك أبي وأمي، أمرتني أربعه أشياء لا اقدر في هذه الساعة أن أفعلها
فتبسم رسول الله وقال: إذا قرأت قل هو الله احد ثلاثا فكأنك ختمت القران، وإذا صليت علي وعلى الأنبياء من قبلي فقد صرنا لك شفعاء يوم القيامة، وإذا استغفرت للمؤمنين فكلهم راضون عنك، وإذا قلت : سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر فقد حججت واعتمرت.
Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda berkata kepada Aisyah R.anha: Wahai ‘Aisyah jangan kamu tidur sehingga kamu melakukan empat perkara. Sehingga kamu khatam Al-Quran, sehingga kamu menjadikan para anbiya’ sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat kelak, sehingga kamu menjadikan orang muslim redha kepada kamu dan sehingga kamu melakukan haji dan umrah. Kemudian Nabi SAW masuk ke tempat tidur dan bersolat. Apabila Nabi SAW selesai menunaikan solat Aisyah berkata : Wahai Rasulullah, kamu memerintahkan aku untuk melakukan empat perkara, aku tidak mampu melakukan dalam satu masa yang singkat. Lalu Nabi SAW tersenyum dan berkata : Jika kamu membaca Qul Huwallahu Ahad tiga kali seakan-akan kamu telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika kamu berselawat kepada aku dan kepada para nabi sebelumku maka kami akan jadi pemberi syafaat kepada kamu pada hari kiamat kelak. Jika kamu meminta ampun untuk orang mukmin maka mereka semua akan redha kepada kamu. Jika kamu menyebut : subhanallah, walhamdulillah dan La ilaha Illallah Wallahu Akbar maka kamu telah melakukan haji dan juga umrah.”
Antara wahsiat yang selalu diingatkan beliau terhadap suaminya,
1. Jangan kamu membenci orang lain.
2. Jaga ibu dan ayah (taati).
3. Lupakan kebaikan sendiri, ingat kebaikan orang.
Jenazah beliau menjadi rebutan puluhan para syeikiah dan asatizah untuk dimandikan. Menjadi rebutan orang datang membantu. Disebut-sebut kebaikan beliau oleh rakan-rakan, jiran tetangga dan guru-guru.
Benarlah kematian beliau menghidupkan hati-hati kita yang sudah lama mati. Kalian, ini ‘pakej lengkap’ yang kita dambakan sebagai seorang mukmin. Satu teka teki yang sering saya kongsikan untuk ditanyakan pada kalian.
“Sekiranya malam ini malam terakhir buat kita, apakah layak untuk kita masuk Syurga Allah..?”
Ihram berlaku pada masa dan tempat tertentu yang dikenali sebagai miqat. Jemaah haji juga memakai pakaian khas semasa Ihram.
Pengertian Ihram ialah niat untuk memasuki alam yang dikenakan pelbagai larangan dalam haji dan umrah.
Kawasan larangan di sini bukan bermaksud melakukan semua perkara yang dilarang. Namun, jika ada yang memasuki kawasan tersebut, semua larangan haji dikenakan kepada mereka.
Memetik pelbagai sumber, berikut adalah peraturan kelakuan yang harus dipatuhi orang ramai dalam Ihram untuk Haji dan Umrah.
Kewajipan Ihram
Sebagai kewajipan untuk berdoa tepat pada masanya di gereja.
Dalam bentuk rafats (berkata buruk, bercumbu dengan perempuan), fusuq (melanggar perintah agama), yidal (bertengkar) dan perbuatan maksiat yang lain.
Larangan Ihram
6.Memburu haiwan darat yang sah dimakan.
Yang tidak termasuk dalam larangan itu ialah: (1) binatang ternakan (seperti kambing, lembu, unta dan ayam), (2) binatang yang ditangkap dalam air, (3) binatang yang dilarang memakannya (seperti binatang buas, haiwan). dengan taring dan kuku burung), (4) binatang untuk dibunuh (seperti kala jengking, tikus dan anjing), (5) binatang untuk marah (Shahih Fiqh Sunnah, 2:210-211)
Melihat perkembangan pelakon Emma Maembong yang kini sedang hamil anak kedua bersama pasangan, Muhammad Shazli Azhar, terselah seri wajah yang manis pada mukanya. Emma kelihatan lebih ceria dan kulit putih kemerahan jambunya menjadi tanda tanya apa rahsia penjagaan kulitnya.
Ketika ditemubual, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong turut berkongsikan tentang pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Shariq, dimana mengalami masalah kulit wajah.
“Masa first time saya hamil, muka saya agak teruk sehinggakan tak berjumpa dengan orang,
“Saya sendiri tak biasa lihat perubahan badan dan ada satu ketika saya menangis di dalam tandas. Suami terpaksa pujuk disebabkan perubahan yang saya alami ketika itu mengejutkan diri ini.” ujarnya.
Pelakon berusia 30 tahun itu berkata lagi tiada tip penjagaan wajah namun dia lebih akur dalam penjagaan emosi ketika hamil. Malah dia juga akui selepas bersalin, penjagaan pantang amat ditekankan dan cuba untuk melangsingkan badan bagi kesihatannya.
“Bila dah hamil kali kedua, saya dah pandai jaga emosi. Tengok sahaja muka naik jerawat, saya pakai face masker atau skincare, jaga sebelum makin teruk,
“Mengandung memang akan berbadan besar, lihat pula ramai kakak-kakak saya jaga badan jadi saya ikut cara mereka untuk penjagaan badan,
“InsyaAllah lepas bersalin saya akan cuba untuk kecilkan semula badan tapi bukan untuk suami atau orang, malah lebih demi diri sendiri dan kesihatan.” katanya lagi.
Sekadar info, Emma Maembong dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Ferbruari 2020. Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kedatangan anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di