Dalam zaman serba moden ini ramai di kalangan hijabi yang memilih kerja. Kalau boleh mahukan kerja dengan gaji yang lumayan, kerja senang dan kalau boleh mahu terdedah dengan dunia glamour. Tetapi gadis berusia 19 tahun ini tidak berfikiran begitu. Walaupun Sri Mahyuni Munif memiliki semua pakej itu (punya personaliti cantik dan menarik), tetapi dia lebih senang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Tidak kisah di pandang rendah asalkan kerja yang dilakukan halal dan yang penting dapat menyara keluarga.
Menyedari nasib keluarganya tidak semewah orang lain, gadis yang senang membahasakan diri sebagai Yuni ini terpaksa menamatkan persekolahan hanya sehingga tingkatan dua semata-mata untuk membantu menyara keluarga.
Anak sulung daripada dua beradik ini terpaksa berbuat demikian kerana kasihan pada bapanya yang mempunyai masalah kesihatan selepas terbabit dalam satu kemalangan.
Walaupun mendapat tentangan ayahnya, Yuni terpaksa lakukan demi menyara keluarga. Tidak sanggup dia melihat ayahnya bekerja dalam kesakitan demi mencari sesuap nasi di kota besar ini.
Pernah membuat bermacam-macam kerja seperti juruwang, jurujual dan pembantu kedai fotostat sebelum dia mengambil keputusan bekerja sebagai pengawal keselamatan awal tahun lalu untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan adiknya yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.
Yuni mengakui seronok dengan kerja dilakukan sekarang, tambahan pula dia memang gemarkan kanak-kanak. Walaupun kerjayanya sekarang sangat mencabar dan banyak dugaan termasuk menepis tohmahan dilemparkan segelintir masyarakat yang memandang rendah kerja sebagai pengawal keselamatan ini.
Walaupun dikecam segelintir netizen kerana tidak memilih kerja walaupun mempunyai rupa paras menarik, tetapi bagi Yuni menerimanya dengan positif dan memberi motivasi untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.
Sebagai gadis remaja, Yuni juga sebenarnya gemar mengambil gambar selfie dan juga bermekap. Ini boleh kita lihat dalam laman sosial miliknya. Sekali pandang seperti ada darah campuran dan senyumannya memang menawan sekali.
Admin harap Yuni akan terus bersemangat untuk membantu keluarga dan nawaitu untuk melihat kejayaan adik-adiknya dalam pelajaran akan dimakbulkan oleh Tuhan.
Mengosok gula pada wajah dapat menghilangkan kulit kering, melembutkan tangan kering dan membuat tangan anda lembut luar biasa. Malangnya, yang dibeli di kedai selalunya mahal dan dipenuhi dengan bahan kimia yang tidak diperlukan.
Berita baiknya ialah anda dapat membuatnya sendiri dengan cepat dan mudah dan dengan bajet yang kecil!
Bahan-bahan:
Anda boleh menggunakan sebarang jenis sabun cair termasuk: susu kambing, shea butter juga gliserin dan tuangkan. Elakkan menggunakan sabun biasa kerana sudah diproses dan tidak akan cair dengan baik.
3. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro semua campuran sehingga cair, kacau setiap 10 saat.
Sekiranya anda tidak memiliki ketuhar gelombang mikro, anda boleh panaskan di dapur biasa.
4. Masukkan minyak pati atau pewarna sabun, jika mahu.
Anda boleh menggunakan warna atau wangian yang anda suka, tetapi wangian yang paling sesuai digunakan: limau, lavender, lemon, pudina, atau vanila.
5. Masukkan gula kacau sehingga sebati.
Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, disaran menggunakan gula merah. Ia lebih lembut daripada gula biasa dan dengan hasilnya kulit lebih lembut. Terus kacau sehingga semuanya sebati. Skrub akan kelihatan seperti pasir basah.
6. Masukkan campuran ke dalam acuan dan tekan menggunakan jari untuk mematkannya secara perlahan-lahan.
Boleh juga menggunakan sebarang jenis acuan kecil, seperti: bekas cupcake mini, bekas kiub ais, atau cetakan silikon.
7. Biarkan kiub skrub beku.
Apabila campuran sabun mengeras, kiub akan menjadi padat dan mengekalkan bentuknya. Anda boleh acuan di bawah suhu bilik atau di dalam peti sejuk. Inilah jumlah masa yang diperlukan
8. Masukkan kiub yang telah mengeras dari acuan dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Sekiranya anda mahu, anda boleh meletakkan sehelai kertas lilin di antara setiap lapisan kiub. Bekas kedap udara adalah suatu keharusan kerana ia tidak akan mengeringkan kiub.
9. Gunakan skrub di bilik mandi.
Lembapkan kulit anda dan keluarkan kiub. Pecahkannya di tangan anda dan gosok ke atas lengan dan kaki. Anda juga boleh menggunakannya di tangan dan kaki anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Zina sememangnya satu dosa besar yang amat dibenci Allah. Banyak dinyatakan di dalam Al-Quran tentang hukuman yang bakal diterima oleh pelaku baik di dunia mahupun di akhirat.
Terdapat di dalam sebuah riwayat menjelaskan bahawa Nabi Musa tidak memaafkan pelaku zina kerana dianggap sangat hina. Hal ini membuktikan bahawa zina merupakan dosa besar yang sukar diampuni.
Namun jika anda merasakan dosa zina itu sudah cukup besar, ternyata anda salah. Ada dosa lain yang 1000 kali ganda lebih besar daripada dosa ini. Ancaman bagi pelaku dosa tersebut adalah hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapat kehinaan di dunia dan akhirat. Apakah dosa tersebut?
Dosa yang dimaksudkan adalah dosa individu yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja. Solat merupakan kewajipan bagi semua umat Islam di mana ia merupakan tiang agama Allah.
Meninggalkan solat dengan sengaja diibaratkan seperti meruntuhkan tiang agama dan membuat Allah menjadi murka dengan kita. Tidak hanya di dunia, hukuman di akhirat juga sangat pedih.
Ibnu Qayyim Al Jauziyah RA mengatakan:
“Ulama’ bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras.
Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
Amirul Mukminin, Umar bin Al Khoththob RA pernah berkata:
“Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama.
Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan solat.”
Imam Ahmad RA juga mengatakan perkara yang sama:
“Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu.
Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu.
Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.”
Begitu pentingnya penjagaan solat lima waktu. Semoga kita setiasa menjaga solat dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala.
Sumber: tazkirah.net
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Meletakkan impian untuk menjadi kaya, pasti terpahat dalam fikiran kebanyakkan hijabi, malah untuk kelihatan canyik adalah taruhan untuk terus ke hadapan.
Wanita genit dan manis ini, lebih dikenali dengan panggilan mesra Tecer Mass ini membuktikan hijabi tak salah jika berangan pasti mimpi akan menjadi kenyataan.
Bermula sebagai staf sebuah salun yang hanya membantu membuang sampah, pemilik dan pengasas The Beauty Expert Academy Spa atau nama sebenar, Mastura Idris kemudiannya berjaya keluar daripada kepompong kerjayanya untuk melangkah lebih maju ke hadapan. Dia akui perjalanan kariernya bukan semudah yang disangkakan.
“Saya masih ingat, waktu itu majikan di spa berkenaan bertanya sama ada saya berminat untuk belajar kemahiran mencuci muka dan sebagainya. Terus saya ambil peluang tersebut.
“Bermula dari situ saya belajar semua jenis kemahiran sehinggalah majikan saya percaya dan lepaskan saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan spa berkenaan,” kongsinya ketika ditemui di premis kecantikannya.
Cuba menjadikan angan-angan jadi kenyataan, mesra dengan panggilan Tecer Mass, beliau kemudiannya memohon untuk berhenti kerja kerana ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut.
“Selepas berhenti kerja, saya ambil kursus kemahiran dan pada masa sama turut bekerja dengan orang lain. Sehinggalah saya berjaya meraih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
“Waktu itu, perasaan ingin membuka bisnes sendiri membuak-buak, saya terbayang impian sebelum ini untuk membeli rumah hasil titik peluh sendiri menyebabkan saya tekun berusaha.
2012 momen cukup bermakna Tecer Mas berjaya mencapai hasrat memiliki syarikat sendiri, maka tertubuhlah Beauty Expert Academy. Ibu kepada seorang cahaya mata itu mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga menjalankan sesi perundingan dan rawatan kecantikan, beliau juga seorang tenaga pengajar dalam bidang estetik.
Selain itu, beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Nah, tidak hairanlah apabila wanita bertubuh kecil molek itu turut dilantik sebagai Penasihat Industri Kolej Komuniti Malaysia.
“Satu benda yang saya belajar dengan majikan lama, untuk menjadi bos katanya kena belajar gagal berkali-kali dan boleh uruskan bisnes sendirian tanpa bantuan orang lain.
“Malah, bergelar bos bukan bersandarkan kecantikan dan kekayaan semata-mata. Sebaliknya kena usaha lebih keras dan tidak mudah putus asa. Itulah yang menjadi pemangkin semangat,” kongsi Tecer Mass yang bersyukur berjaya mencapai semua impiannya selama ini.
Pasti setiap kejayaan, penuh pelbagai onak duri yang terpaksa ditempuhi sebelum berjaya. Jika tiada sokongan insan tersayang hampir membuatkan beliau berputus asa.
“Saya pernah jatuh berkali-kali. dengan tiada sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak. Lebih mendukacitakan bila mana suami sendiri kurang yakin dengan pilihan saya buat. Beliau meminta saya fokus menjaga anak-anak sahaja. Kata suami, mana mungkin mencantikkan orang boleh buat saya jadi kaya.
“Bila jadi macam itu, bohonglah andai kata saya tidak pernah down. Sudah pelbagai cara dan ikhtiar saya lakukan namun belum menampakkan hasil. Malah, pernah juga ditipu pelanggan membuatkan saya hampir putus asa. Namun, saya bangkit semula,” kongsinya lagi.
Bergantung pada Maha Esa, selain itu perlu berusaha gigih, untuk membuka jalan kejayaan buatnya. Turut menerima pengiktirafan Malaysian Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2023 (MTAB) dan Successful People In Malaysia – Britishpedia 2023 dan berkat kesabaran, lebih 18 tahun berkecimpung dalam insdutri kecantikan, Tecer Mass turut miliki ribuan pelajar.
Pusat estetik yang beroperasi di Cheras, Selangor bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan, bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar estetik terlatih yang ada di situ.
“Sebelum ini, saya promosikan sendiri. Daripada satu katil dan tanpa ada bantuan staf, saya lakukan semua sendirian. Penat hanya Tuhan yang tahu, basah satu badan dengan peluh. Waktu itu belum ada kemudahan media sosial seperti sekarang untuk membantu promosikan salun.
“Namun, sedikit demi sedikit pelanggan mula datang dan saya terpaksa mengambil staf kerana tidak cukup tangan. Pun begitu, saya seorang yang mementingkan kualiti jadi setiap pekerja di akademi ini memiliki kemahiran yang saya ingini. Saya tak suka lambakan staf, saya juga mahu mereka belajar bekerja keras seperti saya dahulu,” ujarnya.
Perlu berketerampilan menarik berdepan dengan pelanggan, malah, menjadi kepantangannya jika ada staf yang tidak tampil cantik walaupun sekadar memakai lipstik.
“Paling saya utamakan adalah spa kena bersih kerana dari situ datangnya rezeki. Pelanggan datang lihat tempat bersih dan mendapat layanan baik staf membuatkan mereka akan datang lagi mendapatkan rawatan di sini. Itulah yang saya tekankan kepada staf,” ujar beliau yang juga Pemudah cara dan Penceramah di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Akui tidak meletakkan mana-mana individu sebagai idola memandangkan beliau yang berusaha sendiri mencapai kejayaan tersebut. Untuk menjadi wanita yang hebat dan berjaya, kena yakin dengan keupayaan diri sendiri. Tanpa hiraukan kata-kata negatif orang sekeliling.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.