Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab seorang isteri, rutin membeli barang keperluan memasak jarang sekali dipikul oleh suami. Kemungkinan tugasan itu hanya diambil alih waktu hujung minggu.
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini, ramai dalam kalangan rakyat kita yang sudah mula keluar dan membuat pembelian panik.
Jadi, kerajaan hari ini telah menetapkan bahawa hanya seorang wakil bagi setiap rumah sahaja yang dibenarkan keluar untuk buat pembelian barang keperluan. Dilaman sosial Khairi Safwan Othman berkongsi persediaaan perlindungan untuk En Suami membeli stock up barang keperluan. Jom ikuti perkongsian beliau:
Tips Keluar Rumah Untuk Stock-Up Barang Keperluan (in RMO / MCO situation)
Setelah abam membuat rundingan bersama Doktor Kesihatan Awam (Nadiatul Nadic) kat rumah ni, kami telah bersepakat yg salah sorg kena keluar harini untuk stock-up barang2 rumah especially food.. yerlah, takkan hari2 nak nasik goreng je ye dak?? So dalam keadaan sekarang ni, tak boleh lah nak main redah je.. strategi kne cun utk minimize risk terdedah pada virus Covid-19 ni
Alright, jom start:
Bismillah (or whatever prayer you believe in)
Jangan panik.. kalau panik, apa pon tak jadi
Decide sape yang nak keluar.. if possible, yang laki lah.. sbb nak angkut2 barang ni kena pakai strength lah sikit lagipun kalau bagi ppn takut kang 2-3 jam tak habih lagi.. elakkan keluar berpasangan and paling utama jangan bawak kids or warga tua.
Prepare dengan barang-barang ni:
Face mask – ada yang cakap tak payah sebab virus ni bukan airborne.. tp malas ah nak amek risk, alang-alang dah ada pakai jelah
Gloves – pakai yang baru and disposable
Pakai pakaian bukan feveret.. sebab nanti kena terus basuh and kalau perlu, kena buang (tapi abam tak buang laa, baju beli Houston kot)
Shopping bag – untuk elakkan dari pakai trolley.. macam ni abam bawak 2.. 1 untuk barang kering and 1 untuk basah
Kalau korang ada lebih dari 1 kereta, pilih kereta yang korang rasa takkan pakai kalau tiba-tiba terpaksa bawak family keluar
Shopping mall/supermarket
Pilih mall yang parking system dia tak payah tekan button untuk keluar tiket.. macam mall ni dia pakai QR code (fancy kan? Tp menyusahkan sebenarnye.. lol)
Park dekat level pasaraya tu.. ni untuk elakkan korang terpaksa naik lif
Seboleh mungkin elakkan pegang handrail ataupon pintu
Trolley:
Ads
Tadi ada shopping bag kan? Kalau takde, pakai jelah trolley ni tapi make sure korang sanitize dulu handle dia
Oh pastu nak membawang sikit hehe.. td ade laki bini ni pegi shopping.. yg bini lengkap gloves and mask.. yg laki rileks je seluar pendek siap.. pstu dia nk ambik trolley bini tak bagi.. tp sebab ego kot dia ambik jugak.. ni nak pesan.. virus ni tak kenal laki ke ppn ke kuat ke lemah ke.. dlm satu keluarga tu kena lah sama2 ambik berat pasal isu ni.. takde guna bini hang protected kalau hang terdedah.. balik rumah kang anak2 hang pulak berisiko.. k done bawang.
Paper checklist:
Untuk kurangkan penggunaan handphone masa shopping (sebab takut phone pulak kena), buat list barang-barang atas paper.. dah habis shopping nanti dispose terus list ni.. ni abam ambik gambar ni sebelum abam start pegang-pegang barang. Nak ambik barang pulak kalau boleh ambik yang belakang.. sebab yang depan ni mungkin orang dah belek.
Paying and leaving:
Paying – kalau boleh, bayar pakai Paywave ke, eWallet ke.. elakkan pakai cash.. card pon tak payah bagi cashier tu pegang.. tap sendiri..
Edited: lupa pulak nak highlight Social Distancing.. tp jangan lupa buat ok? All the time.. masa tengah shopping, masa nak bayar.. make sure jarakkan diri dengan org lain paling kurang 1m.. to add to this point, nak senang korang aim supermarket yang kurang orang
Ads
Leaving – dispose/buang checklist tadi and gloves. Cara-cara dispose gloves korang boleh google sendiri kot naa?? Takkan semua nak kena bagitauuu
Leaving (cont’d):
Lepas dah bukak gloves tadi, sanitize tangan and handle shopping bags tadi.
Simpan barang-barang tadi dalam boot.. kalau boleh jangan letak atas seat
Car/transportation:
Sebelum keluar kereta ke motor ke bahkan lori sekalipun, sanitize dulu part-part kereta yang korang dah pegang macam – stereng, gear knob, aircond switch, signal stick, start/stop button, seatbelt and pemegang untuk bukak pintu tu (entah panggil apa entah)
Getting into your house:
Okay part ni penting.. JANGAN pegang or sentuh family korang okay?? Terus je bawak barang masuk and letak setempat.. mintak tolong bini bukakkan pintu rumah.. kalau takdak bini, hang bukak lah sendiri.. tapi pastu sanitize tombol tu
Letak barang-barang yang korang bawak and pegang tadi mcm jam tangan, wallet, kunci kereta and kunci rumah dalam satu bekas (termasuklah phone yang tgh pegang snap gambar ni).. yang ni semua korang kena sanitize jugak (nampak tak bnyk gila kena sanitize?? Sbb tu kalau tak perlu tak payah lah keluar ni.. tapi kalau terpaksa, kena lah berhati2 ok?)
Ads
Cleaning and Sanitize:
Okay, part ni kalau ade bini mintak tolong bini sanitize or bersihkan kan barang2 yang korang beli tadi.. make sure dia pon pakai gloves kalau boleh.. again, benda ni kena ada teamwork.. kita jaga kita. Pakaian korang tadi boleh masuk terus dalam baldi and rendam dengan sabun
Korang boleh lah terus mandi sambil bini korang bersihkan barang tadi (thanks Nadiatul Nadic!). Elakkan tekan suis dengan jari.. pakai lah siku ke bahu ke hidung ke.. mandi bersih2.. syampu rambut, sabun, cuci muka, semua lah takkan tu pon nak kena ajar? And….. Tu je.. pastu dah pakai baju bersih-bersih boleh lah korang nak gomol2 anak korang ke bini korang ke (eh?)
In summary, benda paling penting korang kena ingat is: cuba untuk minimize kan sebanyak mungkin direct contact dgn orang lain or surface apa2 je. Last sekali abam nak pesan, semua ni just tips semata2.. takdir semua ketentuan Tuhan.. bnykkan berdoa.. doakan abam and keluarga sekali ok? Take care gaisss and selamat ber-lockdown!!
Kita sering lihat di media sosial perkongsian dekorasi rumah yang begitu minima dan cantik di hiasi dengan pelbagai pokok tanaman indoor. Pokok tanaman indoor itu pula sangat di gemari juga buat para suri rumah dan mereka yang gemar untuk melihat tanaman tumbuh di persekitaran.
Tahukah anda bahawa tanaman pokok indoor ini bukan sekadar pelengkap gaya dekorasi rumah, malah ia mempunyai kebaikan pada tubuh dan minda pemilik rumah juga! Jadi apakah keberkesanannya itu? Mari kita lihat bersama.
Dekorasi yang membantu kesihatan badan
Kebelakangan ini ramai yang sudah menceburi hobi untuk menanam pokok tertutup atau indoor kerana ia menjadi satu hiasan yang cukup cantik di dalam rumah. Mana-mana ruang bahagian utama rumah, ruang menonton, bilik tidur, mahupun dapur, ia menghiasi banyak estetika.
Menurut hellodoktor, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa banyak pokok tanaman hijau di rumah dapat menenangkan jiwa yang kusut dan tekanan yang berlaku di persekitaran. Ramai juga yang giat mencari tanaman yang sesuai di tanam dalam rumah salah satunya daun pokok pisang, skybird, monstera, fiddle leaf fig, dan lidah jin.
Mahupun tanaman indoor ini menjadi pilihan sebagai hobi, ia sangat merugikan oleh kerana harga yang agak mahal sehingga ratusan ringgit tetapi ramai yang sanggup membayarnya untuk menyesuaikan dengan gaya rumah. Kenapa ia menjadi satu pelaburan yang bagus buat anda?
Kajian yang di jalankan oleh Department of Horticulture and Landscape di Washington State University, kebanyakkan pekerja yang melakukan tugas hanya berpandukan kepada gajet seperti komputer riba boleh mengalami masalah penurunan tekanan darah sistolik apabila terdapat hiasan tumbuhan di kawasan persekitaran mereka.
Sewaktu bekerja, jika anda ada beberapa pokok hiasan di persekitaran meja atau ofis anda, ia boleh merehatkan minda anda yang berserabut dengan memamndang keindahan ciptaan tuhan ini dengan masa lima hingga sepuluh minit.
Tanaman pokok berwarna hijau bantu kesihatan minda
Terdapat kajian yang menunjukkan tanaman pokok berwarna hijau dapat menyegarkan minda dan merangsang penurunan tekanan stres. Jadi bagi permulaan anda untuk mendapatkan terapi kesihatan minda anda, anda boleh cuba untuk letakkan hiasan tanaman indoor.
Kajian juga membuktikan warna sangat memberikan kesan kepada perasaan dan juga emosi seseorang. Warna merah terang, kuning dan jinga–mampu untuk memberikan peningkatan pada tenaga, manakala, hijau dan biru dapat memberikan ketenangan apabila anda menghadapi tekanan menjalani kehidupan harian yang mencabar.
Tanaman pokok berwarna hijau boleh menjadi terapi minda dan penenang jiwa. Di sebabkan itulah tanaman indoor ini boleh menjadi satu pelaburan yang baik dan terapi semula jadi buat anda. Jadi jangan khuatir buat anda kerana stres yang melanda boleh di ubati dengan terapi yang sedia ada, beli satu pokok tanaman, letakkan di atas meja ofis anda. Mungkin ia boleh jadi alternatif mudah untuk hilang stres buat anda.
Penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 yang bermula 2 September 2024 tuai pujian ramai.
Kehadiran Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bukan sahaja dinanti-nanti oleh para tetamu bahkan mereka turut teruja untuk melihat penampilan Baginda yang sentiasa menarik perhatian.
Pada istiadat tersebut, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin kelihatan sangat manis apabila menyarungkan kurung moden rona biru gelap lengkap berselendang. Penampilan Baginda tambah manis dengan tudung bawal polos rona biru lembut yang distailkan ringkas.
Solekan tipis dan ringkas menyerlahkan lagi kecantikan asli yang dimiliki oleh Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Penampilan Baginda disempurnakan dengan pemakaian bonnet dan jubah rasmi universiti.
Menjengah ke ruangan komen di Instagram rasmi Selangor Royal Official, rata-rata para pengikut menitipkan kata-kata pujian buat Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Terdahulu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM berkenan menyampaikan anugerah kepada 107 penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Kepakaran Klinikal selain 15 graduan terbaik.
Dalam titah ucapan, Baginda mahu agar isu diskriminasi gaji khususnya bagi graduan yang baharu menamatkan pengajian perlu dikaji semula dengan penetapan bayaran minimum mengikut keperluan, ekonomi dan inflasi semasa.
Baginda bertitah, kerajaan harus menilai situasi ini dan mencadangkan penyelesaian agar anak bangsa tidak tercicir dengan kemajuan arus perdana.
Titah Baginda lagi, peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini adalah tidak setaraf dengan kelayakan graduan dengan isu gaji tidak selaras serta tidak setimpal terhadap permintaan dan penawaran kerja sering dipersoalkan.
Dalam memartabatkan Bumiputera melalui institusi pengajian tinggi serta memenuhi keperluan industri, Baginda menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti untuk bekerja lebih keras bagi memastikan graduan lebih relevan dengan pasaran kerja.
Segala maklumat peribadi sama ada diri sendiri dan juga ahli keluarga perlu menjadi rahsia dan tidak sepatutnya dikongsi secara terbuka.
Seperti juga nama dan gambar anak-anak, mengapa perlu dikongsi di media sosial untuk tatapan umum? Sebenarnya perbuatan ini hanya mendedahkan anak-anak dengan pelbagai bahaya.
Melalui perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau berkongsi tentang trend ibu bapa yang berkongsi nama dan anak-anak secvara terbuka semata-mata kerana ada individu yang menawarkan duit raya.
Saya sangat tidak selesa dengan satu trend terkini. Semalam ada yang minta orang ramai kongsi nama anak dengan menawarkan duit raya sebagai ganjaran. Hari ni ada guna taktik sama minta gambar anak pula.
Tak sangka ramai pula yang kongsi gambar anak-anak mereka. Kenapa ada yang tega kongsi nama, gambar anak, serta nombor akaun bank, sedangkan orang yang meminta tu mereka tak kenal pun?
Saudara-saudari, di dunia ini ada orang baik, dan ada juga segelintir yang sentiasa mencari peluang atas kebaikan orang. Bukan suruh kita buruk sangka, tapi kita haruslah sentiasa berwaspada.
Jadi, berhati-hatilah. Anak-anak tak tahu apa. Tugas kita adalah untuk melindungi anak-anak. Termasuk lindungi privasi mereka. Bukan sekadar lindungi mereka dari ancaman fizikal sahaja.
Kita yang dewasa ni, jika wajah dan nama kita dijaja oleh ibubapa kita kepada orang yang tidak dikenali, demi dapatkan sedikit duit raya, mesti kita pun tak selesa, kan?
Marilah kita berpesan-pesan hal ini.
Semoga Tuhan lindungi kita dan anak-anak kita dari helah, tipu daya dan ancaman yang kita tidak sedari. Anak Adalah Amanah
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...