Penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Melly Goeslaw terkenan ketika saat dia sering menjadi mangsa buli atau diskriminasi ketika dirinya bertubuh gempal. Awas ya, sekarang Melly sudah kurus!
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi terkenal dan penulis lagu daripada Indonesia ini. Bukan sahaja di Indonesia, malahan artis ini juga sangat terkenal ini Malaysia.
Melly Goeslaw telah melahirkan berbagai karya musik dan lagu hit di antaranya ialah Gantung, Ada Apa Dengan Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Aku Bukan Untuk Mu, Kubahagia dan banyak lagi.
Siapa sangka penyanyi yang memiliki julukan Queen of Soundtrack ini pernah menjadi mangsa diskriminasi. Ingatkan orang biasa sahaja yang akan menjadi mangsa. Terdahulu, Melly Goeslaw pernah mendedahkan di sebuah TV program Indonesia bahawa dia pernah menjadi mangsa buli.
Kejadian buli tersebut berlaku ketika sebuah acara di mana ramai artis lain yang terlibat mendapat baju tajaan namun tidak untuk dirinya.
“Ada beberapa pereka fesyen yang tidak mahu membuat baju baru untuk saya. Mungkin sebabnya adalah susah nak buat ‘cutting‘ yang bersesuaian untuk orang yang bertubuh gempal. Tak mengapa.. ” ujarnya seperti yang dipetik daripada Suara.
Ads
Dalam masa sama, dia juga mendedahkan terdapat dua orang pereka fesyen yang sehingga kini masih belum menyiapkan bajunya selepas dengan alasan terlupa.
“Ada dua pereka fesyen yang saya ingat sangat, sejak saya tempah sehingga sekarang bajunya masih belum disiapkan. Walaupun sudah dua tahun” katanya.
Melly juga sempat berseloroh memberi amaran bahawa “Awas, sekarang saya sudah kurus. Tak perlu lah nak reka baju untuk saya”. Ha.. berhati-hati ya pereka fesyen ya dimaksudkan itu. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Bagaimanapun, penyanyi itu menyatakan bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.
“Ya, pada dasarnya hidup ini berputar dan dalam dunia hiburan yang kecil ini, kita pasti akan bertemu lagi. It’s okay” ujarnya sebagai penutup.
Diskriminasi berat badan seperti yang terjadi kepada penyanyi terkenal Indonesia ini adalah satu REALITI. Ia boleh berlaku di mana-mana. Mungkin ada yang berpendapat melakukan ‘body shaming’ atau sikap tidak ‘mengendahkan’ ini dapat memberi motivasi kepada mangsa untuk mengurangkan berat badan.
Namun sebenarnya tidak, sebaliknya ia mampu mengakibatkan hilang motivasi dan menambahkan tekanan. Tak baik tau.. Oleh itu, kita mestilah hentikan sebarang bentuk body shaming dan diskriminasi kepada individu bertubuh gempal. ‘Everyone is beautiful in their own way.’
Anda sering merasa kulit tetap kering dan kasar meskipun sudah rajin menggunakan losen badan? Itu boleh jadi disebabkan oleh jenis losen badan yang anda pilih kurang tepat atau sesuai dengan jenis kulitmu. Lalu bagaimana cara memilih losen badan berdasarkan jenis kulit yang tepat?
Tidak semua losen badan sesuai untuk semua jenis kulit. Perbezaan jenis kulit, tentu saja penggunaan losen badan yang harus digunakan berbeza. Jika salah pilih, boleh jadi kulit anda tidak ternutris dengan baik, makin kering atau bahkan iritasi. Jadi anda wajib memilihg losen badan berdasarkan jenis kulit agar ternutrisi dengan baik.
Sebenarnya untuk kulit normal, memilih losen badan lebih mudah kerana kondisi kulit yang tidak perlu perawatan atau bahan khusus. Anda boleh memilih losen badan dengan kandungan yang melembapkan seperti hyaluronic acid, coconut, olive oil atau shea butter. Lebih baik juga jika anda memilihg losen badan yang mengandung antioksidan seperti vitamin E, green tea atau vitamin C agar kulit selalu terlindung dari terdedah debu polusi, radikal bebas dan lain-lain.
Sama seperti memilih pelembap untuk wajah, untuk anda yang kulit tubuhnya cenderung berminyak (khususnya biasanya di daerah tertutup seperti punggung atau paha), anda memerlukan losyen badan yang ringan dan oil-free.
Anda boleh cuba losen badan yang mengandung lidah buaya, ekstrak bunga mawar, alpha-hydroxy acid, tea tree atau green tea. Anda boleh juga memilih body serum yang sifatnya lebih mudah menyerap dan tidak terlalu meleket atau berat.
Kulit kering memerlukan losen badan yang boleh melembapkan dengan ekstra pelembap. Oleh itu anda boleh menggunakan losen badan yang kandungannya cukup berat dan bertektur agak kental. Misalnya, hyaluronic acid,olive oil, coconut oil, grapseed oil dan shea butter.
Anda juga perlu mencari losen badan yang punya kandungan seperti hyaluronic acid, glycerin, propylene glycol dan niacinamide yang mampu menarik air dari lingkungan sekitar. Atau boleh juga cari yang mengandung lanolin dan petrolatum yang mampu mengunci kelembapan dalam kulit.
Sekiranya kulit anda jenis sensitif, tentu saja perlu lebih berhati-hati dan teliti. Selain itu, jangan lupa melakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Wajib memastikan losen badan yang anda pilih tidak mengandung bahan-bahan yang boleh mendorong iritasi dan alergi. Jadi, cari losen badan yang fragrance fee, alcohol free, paraben free dan hypoallergenic. Untuk bahan yang melembapkannya sendiri, anda boleh pilih yang mengandungi ceramides dan essentialfatty acids sehingga cukup selamat dan lembut di kulit sensitif.
Kekalkan kelembapan kulit badan anda ke tahap luxe dengan Butta Drop Whipped Oil Body Cream terbaharu. Pelembap badan ini memberikan penghidratan segera dan sepanjang hari dan meninggalkan kulit dalam kilauan berkilat yang menghidrat. Dikemas dengan campuran minyak tropis, mentega, termasuk ekstrak minyak tembikai Kalahari, minyak baobab, minyak bunga matahari, mentega shea dan ramuan penjagaan kulit penghidratan gliserin.
Tekstur halus dan tidak melekit Butta Drop meleleh ke kulit yang kering, mengisi semula dan memperbaharui semasa anda memohon krim ini. Krim ini wangi dengan aroma bersih dan segar yang diilhami oleh buah-buahan dan bunga tropis yang subur. Bersedialah untuk kulit yang lebih halus dan lembut serta-merta dan dari masa ke masa. Seperti semua produk Fenty Skin, pembungkusannya mudah dan menampilkan sistem isi ulang yang dibuat dengan bahan kitar semula.
Losyen ini mampu untuk melembap secara mendalam bagi melegakan kulit kering dan keberkesanannya dapat dilihat dalam tempoh 3 minggu. Formula yang tidak berminyak ini
menggabungkan ekstrak Aloe tulen dan titisan mikro Vaseline Jelly untuk menjadikan kulit anda terasa lembap, sihat, segar dan licin. Dengan menggabungkan penyembuhan titisan mikro Vaseline Jelly dan lidah buaya, ianya mampu untuk menenangkan dan melegakan ketidakselesaan kulit bermaslaah.
Losyen ini terbukti secara klinikal bahawa ianya sesuai digunakan buat anda yang mengalami kulit kering dan sensitif. Gunakannya secara konsisten setiap hari untuk mencegah dan membantu meningkatkan penghidratan kulit anda sehingga 50%. Diformulasikan tidak berminyak, melegakan kegatalan dan kesan terbakar yang berkaitan dengan kulit kering serta sensitif. Diperkaya dengan Vitamin E, manfaat antioksidan membantu melindungi kulit dari faktor persekitaran.
Losyen badan dengan haruman yang wangi dari Innisfree ini, khas diterbangkan dari Korea sentiasa menjadi pilihan para pengguna di luar sana. Bukan hanya wangiannya sahaja yang tahan lama, malahan ianya dapat memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari dengan kandungan dari Shea Butter, Mango Butter dan Cocoa Butter. Losyen badan ini juga mengandungi ekstrak ceri hitam membuatkan badan anda sentiasa berbau harum dari jauh.
Losyen Good Virtues Co ini. Ianya diperkayai dengan minyak Habbatus Sauda organik untuk membersih dan meremajakan kulit agar kulit kelihatan lebih muda. Losyen ini boleh dipakai pada tangan dan juga badan, kulit bertambah lembut dan halus.
Aveeno Daily Moisturizing Lotion With Broad Spectrum ini. Ianya mempunyai spektrum SPF15, melindungi kulit anda dari kesan kerosakan haba dan sinar UVA / UVB. Sekiranya anda memiliki masalah kulit yang kering, losyen ini akan membantu menegembalikan semula tahap lembapan, kelembutan serta kualiti kulit anda. Dengan kandungan oatmeal serta emolien yang sangat menenangkan, anda kini bebas melakukan aktiviti luar tanpa perlu memikirkan efek sunburn.
Diperkaya dengan Coconut Oil, Tahitian Monoi Oil serta bahan-bahan mentah semulajadi, Palmer’s Coconut Formula Losyen badan ini amat sesuai untuk ibu mengandung. Ianya akan membantu dalam mengurangkan kesan parut atau stretch marks di badan akibat regangan. Losyen badan ini juga mengandungi tahap protein yang tinggi dan penting buat menjaga kelembapan kulit anda. Produk ini sangat disyorkan oleh pakar buat ibu mengandung untuk menjaga kesihatan kulit.
Dengan kandungan padat madu lebah serta Royal Jelly di dalamnya, Burt’s Bees Radiance Body Lotion ini telah terbukti berkesan dalam mencerah dan meningkatkan tekstur sehingga 1 tona lebih cerah. Mineral yang terdapat di dalam produk ini pula akan membekalkan kelembapan buat kulit anda sepanjang hari. Dengan bantuan Sunflower Oil dan Aloe Vera, kulit anda akan tampil lebih cerah dan menawan. Gunakan secara konsisten untuk mendapat hasil yang ketara. Kini, anda tidak perlu risau tentang masalah kulit gelap lagi!
Losyen badan dan tangan DermaSeries Dry Skin Relief dari Dove ini telah diuji secara klinikal, sesuai digunakan sebagai alternatif pelembap buat kulit kering terutama di bahagian badan dan tangan. Diperkaya dengan Amino Silk complex, losyen ini dapat melegakan kegatalan akibat kesan merekah dengan segera. Tidak melekit, mudah meresap dan berkrim, gunakan ia secara konsisten setiap kali selepas mandi agar kulit anda dapat dilindungi sepenuhnya dari masa ke semasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gambar Bilal yang gebu sedang minum air sambil duduk diatas kerusi, ternyata mengundang rasa geram netizen dek kecomelan anak niqabis yang juga usahawan terkemuka itu.
Manakan tidak, Bilal bukan sahaja mempunyai kulit yang putih melepak, selain itu tangan Bilal yang gebu pasti membuatkan sesiapa sahaja geram dan tidak keruan sehingga rasa nak cubit-cubit sahaja si manja itu.
Hijabista meninjau ke ruangan komen dan mendapati, rata-rata selebriti dan peminat menghujani ruangan komen di Instagram Neelofa dengan puji-pujian terhadap bilal.
Malah, ramai juga yang geram melihat kecomelan Bilal serta mendoakan agar Bilal menjadi anak soleh yang bakal membahagiakan kedua orang tuanya kelak.
Sekadar info, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan pelakon, PU Riz melalui sebuah majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.
Kuih ketayap memang menjadi sajian pencuci mulut yang dicari-cari ketika bulan Ramadan. Di musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kalau boleh kita kurangkan keluar. Mana yang boleh kita buat sendiri, kita buat.
Seperti kuih ketayap. Mudah sahaja hendak membuatnya. Guna sukatan cawan pun menjadi. Boleh cuba resipi kuih ketayap yang dikongsi oleh Nor Sahida Abdul Kadzir
BAHAN INTI:
2 1/2 cawan kelapa mesin
1 1/2 cawan gula melaka/merah
2 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
1 cawan air
CARA MEMBUAT:
1.Masak air sehingga didih. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Masak sehingga larut dan gula hancur.
2.Masukkan kelapa dan masak sehingga agak kering sedikit. Jangan terlmpau kering nanti tak sedap. Kering basah-basah struktur inti lebih sedap.
BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:
2/3 helai daun pandan (kisar dengan 1 cawan air)
3 cawan tpung gndum
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air biasa
Sedikit pewrna hijau
2 sudu besar minyak masak
CARA MEMBUAT:
1.Campur semua bahan. Bancuh jangan likat sangat dan jangan cair sangat.
2.Kalau rasa kurang air tambah air sedikit demi sedikit. Kalau rasa cair sangat, tambah tepung sedikit demi sedikit.
3.Tapiskan bancuhan tepung. Panaskan kuali dan bolehlah dimasak kulit kuih ketayap.
4.Setelah selesai membuat kulit kuih ketayap, boleh masukkan inti kemudian gulung dengan kemas sehingga selesai.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.