Jika untuk majlis resepsi pertama, pasangan Fazura dan Fattah memilih persalinan moden, tetapi untuk majlis resepsi kedua ini keduanya memilih gaya berlainan. Kedua-duanya tampil anggun menggayakan persalinan tradisional songket untuk majlis yang diadakan di Shah Alam. Fazura dan Fattah tampak berseri-seri dalam gaya tradisional yang cukup memikat. Nyata terserlah kejelitaan Fazura dalam busana songket gaya bak Puteri Gunung Ledang di istana kayangan.
Busana songket rona lavender digayakan oleh Fazura diberikan sentuhan moden dengan juraian di belakang seperti layah hasil rekaan Altelia Amani. Fazura turut mengenakan cucuk sanggul bagi melengkapi penampilannya.
Manakala riasan wajah jelita Fazura mendapat sentuhan jurusolek terkenal, KF Bong serta dandanan CKay Liow yang memperindahkan gaya sang puteri. Masih mengekalkan designer yang sama, Rekateemor untuk rekaan pelamin bagi majlis perkahwinan yang bertemakan ‘The Fattamorgana’ ini.
Majlis ini sebenarnya cukup istimewa kerana mereka berdua turut mengundang peminat kedua-dua belah pihak untuk sama-sama meraikan majlis persandingan pasangan paling popular ini.
Dilihat seramai lebih 5,000 ribu peminat hadir menyaksikan majlis penuh gemilang ini. Lebih mengejutkan pasangan ini turut menghiburkan peminatnya menyampaikan lagu Cinderella, pada majlis resepsi di Royale Palace, Shah Alam ini.
Majlis ini dibahagikan kepada dua sesi. Pada sebelah pagi ia ditujukan untuk tetamu kehormat dan penaja dan sebelah petangnya pula khusus buat peminat serta orang awal yang tidak henti-henti menyokong mereka berdua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai yang tidak tahu tarikh 1 Februari diraikan sebagai Hari Hijab Sedunia. Wah, hari istimewa tau buat seluruh hijabi! Tidak kiralah apa jua stail hijab yang dipakai, niat kita semua berhijab adalah sama iaitu bagi menutup aurat.
Sempena hari istimewa ini, pengacara dan usahawan jelita, Ameera Zaini telah berkongsikan koleksi fotonya berhijab sejak dari dulu lagi. Gemar mengenakan tudung bawal, ternyata gaya hijab ini tidak pernah ditelan zaman biarpun pelbagai stail hijab baharu diperkenalkan.
Happy World Hijab Day to all of you ❤️
My first tudung is tudung bawal bersulam. Pinjam tudung mama. So sempena dengan Hari Hijab Sedunia ni Meera share la antara tudung bawal yang Meera pakai dari dulu sampai sekarang. Ni semua kategori yang mulia dan tak aib. Last sekali tu paling terkini sekali…bawal pandemic 😷
Pergi bercuti tidak semestinya memerlukan bajet yang tinggi. Sebenarnya dengan bajet yang rendah pun kita mampu masih berpeluang untuk pergi bercuti. Yang penting kita perlu rajin membuat sedikit ‘kajian’ dan dengan cara itu barulah kita dapat info yang tepat.
Ikuti perkongsian Amira Othman yang berkongsi bajet dan pengalaman percutiannya ke Batam.
PERCUTIAN BAJET 3H 2M BATAM INDONESIA
Ramai org nak berjalan dekat2 tapi nak bajet kan??
Selain hatyai kita bole pergi ke Batam Indonesia .
Xyah susah2 book flight mahai2 , naik ferry jeee!!
Bajet pon kurang rm500 seorang 🤪🤪
⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴
🚌Kami naik bas dari muar ke larkin sentral
Tiket return RM34.20 (2Jam 45 mnt )
🚖Sampai di larkin sentral kami naik grab ke Terminal ferry di berjaya waterfront return so sorg rm10
⛴Tiket ferry beli return lebih berbaloi dan murah dari kita beli sehala ( Rm131 return ) 2jam 15mnt .
(Paling best tiket balik free time nak balik pukul berapa dan free seat so xdela tertinggal boat ke ape kannn kalau ferry kosong haaa berhuhaaa la korg dlm tu 😅😅)
Bole cek Tiket ➡️ www.easybook.com.my
🍝Perut da lapar supir suggest Lunch kat NASI PADANG di RM ARAI PINANG IDR75k
(harga bole tahan laaa kami mkn sikit je kotttt)
– JAMBATAN BARELANG
(singkatan dari Batam, Rempang, dan Galang) adalah sekumpulan jembatan yang menghubungkan pulau-pulau di batam.
– TEBING LANGIT entrance fee IDR10k(rm3)
sini mcm ala2 jogja tulaa kene panjat bukit tunggi2 byk tpt2 bole bergambar, ade tikar terbang IDR 20k .. tahun baru ni dorg da pindah ke tpt baru .. so semua dorg buat baru dan cantekk lg la kot .
🏩OYO 676 NASA HOTEL
( Rm160 2mlm free breakfast )2pax
– hotel oyo 676 ni best, selesa , service pon 👍🏻👍🏻 Turun je hotel haa nak pergi mana suka hatiii .. dekat ngan indomart & tempat makan local pilih je nak makan kedai mana harga pon murah dan makanan sedap2 mmg puas hati. 😋😋👍🏻👍🏻
Malam boleh jalan2 kat pasar jodoh , nagoya hill , DC mall
SUPIR RETURN HOTEL IDR 250k
– Untuk ke Bintan island kami perlu naik ferry di telaga punggur . Kami cek Grab dlm 114k so pergi balik da 228k jadi kami decide ambil supir jugak. Kalau supir bole singgah2 mana kita nak g.
Bintan island
(takde grab yee kat bintan island ni)
SUPIR BINTAN ISLAND IDR 650k ( 1 Hari )
– TRIKORA BEACH
– Lagoi bay
– Patung org utan
– Patung Hang Tuah
– Gurun pasir
– telaga biru bintan entrance fee 10k
( Banyak lagi tpt bole pergi mcm tg pinang,patung seribu eh byk lg laa tapi xsempat seari dok sna )
Balik Jetty 5ptg (waktu indonesia)
Kami minta supir anta di DC mall jalan2 cari ole2, shopping2 beli perfume, baju2 . Dc mall dekat je ngan hotel jadi kami balik jalan kaki jee
Balik makan mlm dekat gerai2 local tepi hotel
240k /6 = IDR40k
– Check out
– Bole laa nak berjalan2 ke Nagoya Hill atau mana2 mall
– Supir hantar ke BATAM centre Point International Ferry Terminal IDR 70k ( Ferry pukul 1.15pm )
– Balik di kene kan cukai yee seorang IDR100k (rm30)
Total Bajet 3H2M
Tiket bas – rm34.20 Grab – rm10 Hotel – rm80 Ferry stulang laut – rm131 Supir – IDR 210k Makan2 – IDR185k Entrance fee -IDR 20k Ferry bintan island – IDR100k Cukai balik – IDR100k
Kami pergi 6 org jadi makan supir semua share 6 org
Okayyy sape2 minat bergambar tuu jgn risau yee sebab setiap tempat ade photographer ..
Nak print gambar IDR20k . Kalau nak transfer gambar ke hp bayar rm1.50 jeeee setiap 1 gambar. Bayar duit RM pon mereka terima ok) jadi banyak la gambar2 korg yg cantekkkk2 bole terus update fb , instagram ..
Posted by Amira Othman on Friday, 20 December 2019
🔌plug kat Batam sama mcm Malaysia
3plug so xyah bwk international plug
⌚️ 1jam lewat dari malaysia
Supir james batam – +62 812-6171-744
Supir amri batam – +62 813-6418-6699
Supir bintan island – +62 812-7720-0181
Nak holiday xsemestinya kene shopping abis berratus2 beribu2 .. cukup kita dpt jalan di tempat org, tgk culture , rasa makanan diaorg ,ade tpt tido tu pon syukur yeee kalian2 semua yg penting kita bwk balik kenangan di tempat org . Jimat2 boleh bajet utk next trip pulakkk
Oh yeee pulau2 kat Batam tu cantekk2 taww ..
Pulau Ranoh , pulau dedap .. nak snorkeling day trip 550k rupiah. kalau nak stay sana 1Juta rupiah saje
Saje nak share semoga dpt membantu ye
Happy Holiday guys!
Apabila akaun twitter Tunku Permaisuri Agong ditutup (tidak lagi aktif) sejak malam tadi, ramai warga twitter berasa sedih. Rata-rata warga twitter mengungkapkan rasa rindu dengan caption serta gelagat baginda di laman sosial itu.
Netizen melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter Iskandar@cheminahsayang kelmarin. Rata-rata netizen memohon ampun perkenan baginda supaya kembali aktif dalam laman sosial twitter.
Difahamkan, baginda menutup akaun twitternya berikutan komen negatif dari seorang pemilik akaun twitter yang dikatakan mengeluarkan kenyataan kurang sopan pada ruangan komen akaun baginda.
Kerana kerinduan netizen dengan ‘celoteh’ baginda, sampai ‘diwujudkan’ hashtag #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong. Hastag ini juga menjadi trending di akaun twitter.
BANGUN PAGI BACA TWEET TUANKU PERMAISURI AGUNG DEACTIVATE TWITTER
How can you guys hurt our loving, cute, cheerful Queen? ??? #AmpunTuanku beribu-ribu ampun. Please come back to twitter, we miss you. ❤️ pic.twitter.com/Li11DOkpu1
Baginda yang terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat agar hubungan raja dan rakyat lebih dekat.
Malah baginda sering berkongsi momen-momen indah dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong. Sememangnya netizen menyukai pendekatan yang dilakukan Permaisuri Agong malah menggemari telatah baginda berdua terutama di majlis keramaian.
Ternyata memang ramai di kalangan rakyat yang ‘sayangkan’ baginda. Sikap baginda yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja membuatkan baginda cukup disenangi ramai.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.