Umum sedia maklum, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti terkemuka di Selangor.

Bagaimanapun, terbaharu isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin ini memaklumkan bahawa dengan berat hatinya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pensyarah bagi memberi tumpuan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang sedang diikutinya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Najwa Akui Tak Mudah Bekerja, Sambil Mengikuti Pengajian PhD

Menurut pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih mesra disapa sebagai Wawa ini, dia mengakui agak sukar baginya untuk melunaskan dua perkara dalam satu masa. Justeru, Wawa nekad mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjayanya sebagai pensyarah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian.

“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD, sebab PhD saya tak bergerak dan kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.

“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya lapor Murai.

IKLAN

Artikel berkaitan: Dulu ‘Rakan Duet’ Kini Suami, Najwa Latiff Selamat Nikahi Ahli Muzik

Jelas Wawa lagi, dia hanya berehat untuk satu jangkamasa pendek sahaja dan tidak bercadang untuk menganggur lama. Malah, ujarnya lagi dia masih tetap akan meneruskan usaha menjadi pensyarah semula sebaik sahaja pengajianya selesai dan dalam masa sama masih aktif dalam industri muzik.

IKLAN

“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali bekerja (pensyarah) semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus (PhD) sekejap,” katanya.

Sekadar info, sebelum ini Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).

Kini Najwa masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

IKLAN

Sumber: Instagram Najwa Latif, Murai 

Artikel berkaitan: Konvo Dengan Result 4 Flat, Kini Najwa Latif Bergelar Graduan Sarjana TESL!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI