Selalunya yang menyembelih haiwan ternakan tidak kisahlah ayam, itik, kambing dan lembu tentulah golongan lelaki. Namun ada juga kaum wanita yang berkemahiran dan juga ‘berani’ menyembelih haiwan-haiwan ternakan ini.
Lalu ada yang mempersoalkan sama ada boleh atau tidak kaum wanita melakukan sembelihan. Di samping itu ada juga yang berasa ragu-ragu tentang status sembelihan yang dilakukan oleh kaum wanita, sama ada sah dan halal dimakan.
Ada yang mengatakan bahawa jika wanita menyembelih binatang maka tidak sah. Benarkah?
JAWAPAN:
Sembelihan adalah satu syarat bagi membolehkan satu-satu binatang itu halal dimakan. Ia dianggap sebagai satu ibadah. Ini kerana mencari yang halal adalah fardu ain.
Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.” (Surah al-Maidah : 3)
Sheikh Tahir Ibnu ‘Asyur menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini menjelaskan tentang haiwan-haiwan ternakan yang tidak halal. Pengharaman yang ada di dalam ayat ini bermaksud haram untuk memakannya. Kerana itulah maksud dari ayat ini. Ia juga menerangkan tentang keadaan binatang-binatang ternakan yang haram dimakan.
Para ulama telah memberikan beberapa syarat untuk penyembelih haiwan agar haiwan yang disembelih menjadi halal dimakan.
Antara syarat tersebut:
Penyembelih adalah seorang muslim atau ahli kitab.
Ahli kitab tidak kira dari kalangan ‘ajami atau arab yang mana ia merupakan ahli kitab yang asal sebelum berlakunya penyelewengan.
Ibnu al-Muqri al-Yamani menyatakan:
“Syarat bagi orang yang menyembelih atau yang memburu adalah dia seorang muslim atau ahli kitab.Begitu juga halal sembelihan hamba daripada ahli kitab walaupun haram menikahinya.”
Maka syarat yang paling utama bagi seorang penyembelih adalah dia mesti seorang muslim.
Ini berdasarkan firman Allah:
إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ
Ads
Maksudnya: “kecuali yang sempat kamu sembelih.” (Surah al-Maidah : 3)
Ayat ini ditujukan kepada orang islam. Ini bermakna halal apa yang disembelih oleh orang islam sendiri.
Imam al-Qurtubi menyebut bahawa kesemua perkara yang disebut di dalam ayat tersebut adalah haram untuk dimakan kecuali apa yang disembelih oleh kalian sendiri.
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika binatang tersebut disembelih oleh wanita maka sembelihan itu tetap sah dan boleh dimakan. Ini kerana, lelaki atau perempuan bukan syarat utama bagi penyembelih. Yang paling utama adalah penyembelih mestilah seorang muslim.
Di dalam satu hadis riwayat Ka’ab Bin Malik, beliau menceritakan:
Maksudnya: ”Seorang wanita menyembelih seekor kambing. Kemudian ditanya kepada Rasulullah SAW tentang sembelihan tersebut. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan untuk makan sembelihan yang dilakukan wanita tersebut.” Riwayat al-Bukhari (5504)
Ads
Photo by cottonbro from Pexels.
Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan:
“Sa’id Bin Mansur dengan sanadnya daripada Ibrahim al-Nakhaie. Ibrahim berkata tentang sembelihan wanita dan kanak-kanak bahawa tidak mengapa jika dia mampu untuk menyembelih dan menyebut nama Allah. Inilah pandangan yang dipegang oleh jumhur ulama.”
Maulana Zakariyya al-Kandahlawi menyebut bahawa Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab sembelihan wanita dan hamba perempuan. Seakan-akan beliau ingin memberi isyarat sahnya sembelihan tersebut dan menolak pandangan yang mengatakan bahawa sembelihan yang dilakukan wanita tidak sah.
Beliau mengatakan lagi, di antara faedah hadis ialah harus makan hasil sembelihan wanita tidak kira sama ada dia seorang hamba atau seorang yang bebas,yang kecil atau yang dewasa.,muslim atau ahli kitab. Juga sama ada dalam keadaan suci atau tidak. Ini kerana Nabi SAW memerintahkan untuk makan sembelihan wanita itu tanpa bertanya apa-apa.
Imam al-Nawawi bersetuju dan mengatakan sah sembelihan yang dilakukan oleh wanita dan halal untuk memakannya. Kata beliau:
“Tidak syak lagi bahawa sembelihan wanita adalah halal. Ini berdasarkan hadis Ka’ab yang dinyatakan oleh pengarang (al-Syirazi) di dalam kitab. Sembelihan lelaki lebih baik dari sembelihan wanita sepertimana yang disebutkan oleh pengarang sendiri. Sama ada wanita itu bebas, hamba,dalam keadaan haid atau nifas, muslimah atau kitabiah kesemua sembelihan mereka sah dan halal dimakan. Ini yang dinyatakan secara oleh al-Syafie dan para ulama mempersetujuinya.”
Kesimpulannya, sembelihan yang dilakukan oleh wanita adalah sah dan halal dimakan.Ya, memang ada sebahagian ulama mengatakan bahawa sembelihan lelaki lebih afdal daripada wanita. Perkara ini dilihat dari sudut kekuatan dan kemampuan menyembelih binatang.
Semoga Allah memberi kita kefahaman di dalam agama-Nya. Wallahu’alam.
Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya itu ungkapan yang sesuai menggambarkan perjalanan karier anak seni yang juga penyanyi bervokal mantap, Aina Abdul.
Menurut Aina, bukan mudah untuknya sampai ke tahap ini. Pelbagai liku serta onak duri terpaksa ditempuhinya seorang diri demi mencapai impian menjadi bintang di arena seni.
Antara pahit getir yang kekal terpahat dalam ingatanya sehingga hari ini, adalah menerima hanya RM 50 untuk menyanyikan 20 buah lagu bagi persembahan satu malam.
“Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja.
“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.
“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” lapor Utusan Malaysia.
Jelas Aina lagi, perjalanan karier seni nya bermula lambat, ketika usianya 28 tahun, jadi dia tidak punya masa yang ampuh untuk memilih ‘rezeki’ seperti orang lain.
Sehubungan itu, sebarang peluang dan rezeki yang diterimanya digarap dengan sebaik mungkin, walaupun kadangkala tidak terlepas dari menerima kecaman dan kritikan dari wargamaya.
“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.
“Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya,” ujar Aina.
Siapa sangka pertemuan antara dua agama yang berbeza dapat di satukan apabila kedua individu sudah pun nekad untuk mendirikan rumahtangga bersama. Manis jua apabila mereka saling mengingati momen bersama di kala hari ‘keramat’ menjelang.
Anak kepada pengasas Microsoft, Bill Gates, berkongsi detik-detik gembira saat menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama pada 16 Oktober 2022. Perkongsian itu di tuju khas buat suaminya yang beragama Islam.
Sumber dari Jennifer Gates
Kongsi momen manis bersama suami di ulang tahun pertama
Jeniffer Gates, anak sulung kepada Bill Gates, telah memuatnaik satu posting sempena ulang tahunnya bersama suami, Nayel Nassar pada 16 Oktober 2022. Dia membuat sedemikian ingin menunjukkan rasa syukurnya apabila mengahwini bersama suaminya.
Itu jua merupakan hari yang menggembirakan buat kedua pasangan ini. Mereka juga baru sahaja mendirikan rumah tangga kini telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Sudah genap setahun berlalu, kini mereka menjalani kehidupan sebagai pasangan kekasih yang sempurna. Posting yang di buat adalah kompilasi momen mereka di satukan bersama.
Nayel Nassar juga menitipkan rasa syukur dan tidak sangka sudah selama setahun berlalu mereka bersama sebagai pasangan suami dan isteri. Itulah detik serta perkara yang membuatkan kehidupannya lebih indah.
Anak kepada pengasas Microsoft itu selamat diijabkabulkan bersama Nayel Nasar melalui majlis perkahwinan yang tertutup pada hari jumaat bersamaan 16 Oktober 2021 tahun lalu. Difahamkan lagi, Jennifer Gates dan Nayel berkahwin dengan cara Islam oleh kerana atlet lompat dari Mesir itu memeluk agama Islam. Namun, masih tidak pasti tentang status Jennifer sama ada sudah memegang agam Islam atau tidak.
Sebut sahaja nama Jasmin Suraya Chin, pasti terbayangkan sosok tubuh genit, pelakon jelita berdarah Cina, yang lantang bersuara mengenai isu bantuan atau tajaan menyambung pengajian khususnya bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.
Pernah Berhasrat Mahu Jadikan Tahfiz Quran Pegangan Hidup
Jasmin mengakui bahawa pada mulanya, dia hadir dengan niat hanya untuk mendengar sahaja.
Namun, lama kelamaan rasa suka dan gemar menghadiri kelas tahfiz itu. Malah Jasmine merasakan ia merupakan satu perjalanan terindah dalam kehidupannya.
“Ketika saya menghadiri majlis sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” ujarnya.
“Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa saya suka kerana ia jadi pegangan hidup,” kata Jasmine.
Tetapi HIJABISTA mendapati, hantaran berkenaan kenyataan ini telah dipadam dari laman Instagram milik Jasmine dan tidak dijelaskan mengapa dia berbuat demikian.
Tambah Jasmin lagi, jika dia harus memilih antara kerjaya dan agama, pilihan utama bagi Jasmine pastinya agama kerana ia penting untuk menentukan hala tuju dan kehidupan seseorang.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Suatu hari kita berada di atas atau sebaliknya.
“Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya ia rasa selamat dan stabil seperti mempunyai arah,” ujarnya.
Ketika ditanya, setelah mendekatkan diri dengan majlis-majlis keagamaan, adakah dia akan melakukan penghijrahan? Ini respons Jasmine.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak tahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan,” jelasnya.
Bagaimanapun, terdahulu, Jasmin menyifatkan bahawa isu keagamaan ini merupakan sesuatu yang amat Personal bagi dirinya, meskipun tidak mendapat tentangan mahupun halangan daripada ibunya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...