Laser antara rawatan untuk individu yang mengalami masalah parut jerawat dan parut di kulit. Kaedah rawatan ini telah digunakan oleh kebanyakkan pakar dermatologi sejak 1980an lagi. Terdapat dua jenis rawatan laser yang digunakan, Ablative laser dan juga Non-Ablative laser.
• Kos untuk rawatan bergantung kepada jenis laser dan kekerapan yang dilakukan. (Kebiasaanya dalam kadar RM500 keatas)
• Parut ada pelbagai jenis, antaranya box scar, ice pick, rolling, post inflammatory hyperpigmentation dan keloid.
•Kenali dulu jenisparut sebelum melakukan proses rawatan kerana setiap jenis parut mempunyai kaedah yang berbeza.
• Ablative laser: menggunakan teknik pembakaran pada permukaan kulit luar (lapisan epidermis) hingga ke dermis. Kulit akan memberi tindak balas pemulihan dengan menghasilkan pembentukan kola- gen yang menghasilkan kulit lebih anjal, tegang dan parut akan menjadi lebih pudar. Lama-kelamaan parut akan pulih. Tetapi, kulit akan mengalami down time period dan proses pemulihan terbaik sewaktu rawatan ini adalah seperti co2 laser.
• Non-ablative laser: Fokus kepada keadaan di bawah permukaan kulit meng- gunakan gelombang laser tertentu untuk mensasarkan struktur bawah kulit tanpa mengganggu lapisan luar kulit. Kebiasaa- nnya, ia bagus utk mencerahkan kulit, memudarkan parut yang gelap. Contohnya; NDYAG laser (tiada down time time/minimal down time untuk prosedur ini). Sebelum rawatan laser dilakukan, sesi konsultasi dengan doktor wajib dilakukan untuk membincangkan mengenai beberapa perkara yang perlu dititik beratkan, termasuklah warna kulit, jenis parut, keadaan kulit dan juga tahap kesihatan.
TEMPOH RAWATAN
Tempoh rawatan bergantung kepada keadaan kulit individu dimana ada seseten- gah pesakit perlukan rawatan setiap selang diantara satu hingga empat minggu sehingga mencapai kekerapan sebanyak empat hingga lima kali. sepanjang tempoh tiga hingga enam bulan, dan bulan seterusnya, kolagen akan terbentuk semula dan kulit akan ditegangkan untuk mengekalkan wajah tanpa jerawat. selain itu, rutin penjagaan kesihatan kulit yang terdiri daripada rawatan dan produk pencucian muka dapat membantu untuk mengekalkan hasil yang baik.
Selain rawatan laser, rawatan ‘microneedling’ (sejenis ‘collagen stimulation therapy’) juga membantu untuk memudarkan parut jerawat.
PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN
PROSEDUR RAWATAN LASER