Tular perkongsian trailer video filem ‘PULAU’ yang mempamerkan sedikit babak lucah sehingga mencetuskan diskusi di rata-rata sosial media.
Ekoran hal itu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun mengutarakan pendapatnya tentang filem tersebut. Tambahan lagi, cara promosi mereka juga kurang sesuai untuk umum.
Filem Seram Atau Sebaliknya?
Ustazah Asma’ Harun membuat hantaran di Instagram dengan menasihati cara mereka promosi dan elemen yang digunakan. TKatanya juga, penerapan budaya asing juga tidak menghormati masyarakat di Malaysia.
“Sungguh, saya runsing memikirkan tentang trailer filem Pulau yang secara terang-terangan mempromosikan babak ‘soft porn’ dan mempamerkan nilai budaya barat dan langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia,
“Ia jelas menunjukkan filem ini berselindung di sebalik genre seram tetapi mempromosikan babak-babak panas yang memualkan.” katanya.
Pendakwah bebas itu juga memberikan nasihat serta beberapa hadis Nabi yang menolak perbuatan sedemikian. Ini juga satu peringatan buat penggiat seni lebih peka apabila berkarya, terutama sekali menjaga sensitiviti budaya dan agama dalam kalangan masyarakat.
“Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak yang berunsur lucah adalah haram dan ia tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada yang ringan atau berat,
Maksudnya: “Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk.” (HR Tirmidzi, hadis sahih)
“Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini di tonton oleh semua lapisan masyarakat,
“Buat para penggiat seni, saya nasihatkan jika kalian ingin berjaya dalam industri ini, hidangkan karya yang menjaga sensitiviti budaya dan agama serta sarat dengan mesej yang baik kepada masyarakat,
“Sungguh, kalian bukan sahaja berjaya membawa perubahan ke dalam jiwa orang ramai bahkan turut didoakan dan mendapat pahala yang mengalir sampai bila-bila. SubhanAllah, besarnya ganjaran orang yang mempunyai kesedaran tentang perkara ini.” ujarnya lagi.
Air beras untuk rambut adalah trend TikTok sebelum carian Google pantas mengesahkannya. Nama yang menarik, teknik ‘cerdik di dapur anda’ yang dibuat sendiri dan lebih kerap daripada tidak memberi tumpuan untuk membuat sesuatu berkilat dari badan, rambut malah kulit kelihatan gebu seperti donat.
Fakta bahawa video di TikTok yang menyebut ‘air beras untuk pertumbuhan rambut’ telah mendapat lebih 100 juta tontonan memang menarik perhatian ramai. Dan membaca tentang teknik ini pastinya menawarkan alasan yang lebih menarik untuk mencubanya daripada kegilaan kecantikan lain.
Jadi jom cuba air beras untuk rambut sendiri. Tetapi sebelum itu, hijabista kongsi pandangan beberapa pakar rambut dan kulit kepala tentang trend khusus ini.
Air beras untuk rambut ialah teknik yang digunakan di seluruh Asia Timur, tetapi paling terkenal di Huang Luo, sebuah perkampungan di China di mana wanita tempatan terkenal di dunia dengan rambut ultra panjang mereka, disimpan dalam keadaan cantik dengan bilas biasa dalam air beras. Teorinya mengatakan bahawa dengan merendam beras dalam air dan kemudian menapainya, protein yang terhasil dan cecair yang kaya dengan nutrien boleh membantu membaiki rambut yang rosak dan mungkin juga meningkatkan pertumbuhan.
Air beras sangat mengagumkan untuk rambut dan mungkin salah satu rawatan kegemaran di rumah. Ia kaya dengan mineral dan vitamin yang mempunyai banyak manfaat untuk rambut anda. Ia juga kaya dengan asid amino, yang menguatkan rambut dan menambah kilauan dan ia mengandungi karbohidrat yang dikenali sebagai inositol yang membaiki melindungi rambut daripada rosak.
Jika anda mengalami rambut menipis, atau ingin tahu sama ada anda boleh membuat rambut tumbuh lebih cepat janji rawatan DIY yang boleh meningkatkan pertumbuhan adalah sangat menarik. Tetapi sama seperti suplemen seperti biotin untuk rambut boleh mewujudkan keadaan untuk pertumbuhan yang sihat, bukan pertumbuhan itu sendiri, ini adalah satu lagi rawatan rambut yang bermanfaat tetapi tidak akan mencetuskan rambut baru muncul.
Air beras tidak akan menghentikan atau mengurangkan isu keguguran rambut sebenar. Bagaimanapun, disebabkan kandungan proteinnya yang tinggi, ia mungkin, dari sudut kosmetik semata-mata, memberikan helai rasa yang lebih tebal. Bilas air beras juga boleh memberikan helai lebih bersinar.
Ini agak mudah, dan hanya memerlukan tiga perkara: nasi, air dan kesabaran. Rahsia rawatan ini adalah dalam penapaian, jadi peruntukkan sedikit masa sekurang-kurangnya sehari sebelum anda merancang untuk merawat dan ikuti arahan langkah demi langkah:
Amaran bagi menggunakan petua ini, air beras boleh menjadi sangat berbau jadi pastikan anda menambah sedikit minyak rosemary atau minyak lavender untuk menghilangkan bau. Apabila menyapu air beras, fokus pada kulit kepala anda dan lakukan cara anda melalui batang rambut memastikan anda menutup seluruh batang rambut. Biarkan selama lima minit, kemudian bilas.
Berita baiknya ialah anda tidak mungkin mengalami sebarang kesan negatif daripada menggunakan air beras dalam rambut anda dengan betul. Menggunakannya terlalu kerap boleh mengakibatkan sedikit pembentukan kanji atau membebankan rambut dengan protein, yang boleh berisiko menyebabkan pecahnya pada helai yang sangat sensitif atau lebih lemah. Ini mudah dielakkan selagi anda hanya menggunakan air beras sekali setiap 10 hari atau lebih, dan bukannya menggunakannya sebagai bilas setiap hari.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Benarlah hidayah itu milik Allah dan Allah tidak hanya ada untuk manusia-manusia yang megumpul pahala sahaja, malah Allah juga ada untuk manusia-manusia pendosa.
Allah itu maha adil sifatnya, maka hidayahnya akan diperolehi dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, sekaligus membuktikan kalimah ‘Kun Faya Kun’ yang membawa maksud, “dan bila dia (Allah) berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) dia (Allah) hanya mengatakan: “Jadilah”, maka jadilah ia” – (Al-Baqarah: 137).
Begitu jugalah dengan hidayah yang diterima oleh anak muda terkaya Britain, seorang billionaire dan juga ‘tauke’ kelab malam, Alfie Best Jr yang akhirnya memeluk agama Islam.
Alfie yang dilahirkan pada 22 Mei 1997 di Redbridge, London, telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim dengan memeluk serta menganuti agama Islam di usia seawal 25 tahun telah memberikan kejutan terhadap orang ramai dan juga para pengikutnya.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Alfie sendiri apabjla memuatnaik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya beberapa bulan lalu.
Hantaran berkenaan memaparkan sekeping gambar Alfie yang segak mengenakan jubah hitam dan stokin sedang berdiri berlatarbelakangkan ruangan solat di sebuah masjid di Ibu Kota London.
“Allah memberi petunjuk, tiada siapa yang boleh menyesatkan. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Mengulas lanjut tentang bagaimana dia terdetik untuk berhijrah dan memeluk Islam, Alfie mendedahkan bahawa dia menerima hidayah ketika sedang bercuti dengan rakan-rakannya menaiki helikopter bersama ibu salah seorang rakanya yang mahu memeluk Islam.
Justeru, untuk melunaskan kehendak ibu rakanya itu mereka pergi ke masjid di London, agar wanita itu dapat mengucapkan kalimah syahadah.
Jelas Alfie di masjid sama, dia terpesona dengan kemerduan alunan kalimah syahadah yang dibaca, sekaligus dapat merasakan satu kekuatan luar biasa besar hingga dirinya begitu tertarik untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya.
“Saya pergi ke masjid sekali dengan salah seorang teman dan ibunya mengucapkan syahadah, dan saya masuk (ke masjid itu). Saya sangat berfikiran terbuka dan sebenarnya sangat tertarik dengan keseluruhan tentang Islam.
“Saya menyaksikan ibu kepada rakan mengucapkan syahadah dan saya merasakan sesuatu di masjid yang belum pernah saya rasakan di tempat lain. Saya fikir mungkin ini adalah sesuatu yang hilang yang saya cari selama ini,” kata Alfie, memetik saluran YouTube Osman Lion.
Setelah memeluk Islam, Alfie mengakui dirinya seolah menemui sesuatu yang hilang dalam hidupnya dan merasakan kedamaian yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Lebih membuatkan dirinya merasa bahagia apabila dikurniakan ketenangan fikiran, hati, serta kebahagiaan apabila usai menunaikan solat.
“Saya rasa sangat selesa bangun pagi dan berdoa (solat Subuh) itu menghilangkan stres. Ketika bekerja siang hingga malam, saya tidak dapat menjelaskannya, tapi setelah solat seperti lega, seperti telah menyelesaikan sesuatu yang penting.
Saat mengalami kecemasan, setelah solat rasanya menjadi tenang lagi,” Ujar Alfie.
Sekadar info, menurut Sunday Times Rich List, Alfie Best Jr merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya dan tersohor, Alfie Best Sr yang mempunyai nilai kekayaan £700 juta,
Alfie mula berusaha gigih bekerja sendiri sejak usianya meningkat remaja, dia mula menganjurkan pesta untuk pelancong, sebelum membeli kelab malamnya sendiri.
Dia kemudian menjual kelab malamnya untuk membeli sebuah taman pada usia 17 tahun sekali gus menjadi pemilik taman termuda di negaranya.
Tidak semua berani dan kuat untuk melakukan sebuah perubahan dalam diri. Mungkin ada yang bersemangat pada mulanya, namun kecundang di tengah jalan dek rasa malas yang mengundang tiba. Kali ini, penulis berasa teruja untuk berkongsikan kepada anda perjalanan seorang pemuda yang berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya!
Amirul Asyraf Baharuddin, 30, merupakan seorang guru yang memiliki sebuah cerita yang mampu memberikan inspirasi kepada anda. Berjaya menurunkan berat badan dari 100 kg kepada bentuk badan persis seorang ’superhero’, ia bukanlah sebuah proses yang mudah, namun berkat kesabarannya, boleh dijadikan contoh terbaik untuk anda semua.
Permulaan perubahan hidup?
Menurut Amirul, dirinya mula melakukan perubahan apabila rasa takut muncul dalam diri saat ayahnya hampir dipotong kaki disebabkan penyakit kencing manis. Dia yang ketika itu berusia 22 tahun mula mencari jalan untuk mengubah corak gaya hidup yang lebih sihat.
“Ayah serta arwah atuk menghidapi penyakit kencing manis. Saya masih ingat arwah atuk terpaksa dipotong kakinya. Malah, ketika saya berumur 22 tahun, ayah saya hampir juga dipotong kaki gara-gara penyakit kencing manis. Sejak itu, saya menjadi takut dan mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan makan menu yang lebih berkualiti serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap.”
Tambahnya lagi, antara faktor lain yang menyebabkan dirinya ingin menurunkan berat badan ialah kerana dia selalu dibuli serta diejek oleh rakan-rakannya dek bentuk badannya yang besar.
“Masa saya berbadan besar dulu, saya seringkali diejek dan dibuli. Malah, ada juga yang menghina bentuk badan saya. Oleh disebabkan itu, ia memberi kesan kepada diri saya dan mengakibatkan saya mudah berasa rendah diri, pemalu dan pendiam. Saya banyak mengurungkan diri di dalam bilik berbanding keluar melepak dengan kawan-kawan. Saya juga pernah terfikir untuk berhenti belajar kerana pembulli itu memanggil saya dengan gelaran nama perempuan kerana bagi mereka, apabila lelaki berbadan besar, bahagian dada akan menjadi seperti dada perempuan.”
Jenis senaman serta diet yang diamalkan?
Amirul pernah menyarungkan pakaian bersaiz XXL sewaktu badannya besar. Ketika itu, berat badannya mencecah 100 kg! Namun berkat usahanya, hari ini dia bisa memakai pakaian bersaiz S/M dan beratnya juga sudah turun kepada 73 kg. Kongsinya lagi, dia memulakan aktiviti senaman dengan latihan kardio seperti berjogging di sekeliling kampus. Kemudian, barulah dia mencuba dengan latihan bebanan yang hanya berasaskan ilmu yang dia miliki hasil dari tontonan di Youtube.
“Saya bermula dengan aktiviti kardio. Saya melakukan senaman jogging di sekeliling kampus dalam lima km untuk tiga hingga empat kali seminggu. Kemudian saya mula pergi ke gim dan membuat latihan bebanan. Oleh kerana saya tidak memiliki ilmu pengetahuan yang banyak tentang latihan bebanan, jadi saya hanya melakukannya berdasarkan ilmu yang saya miliki dari tontonan Youtube.”
Berkaitan dengan pelan dietnya, Amirul mengamalkan konsep suku-suku separuh dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan, air teh hijau, limau suam dan kopi kosong. Tambahnya lagi, dia juga akan memberikan ganjaran kepada dirinya seminggu sekali dengan makan apa sahaja tanpa sebarang batasan.
Berapa kerapkah anda melakukan senaman di gim?
Menurut Amirul, dia mula menurunkan berat badan pada tahun 2014. Pada tahun 2015, dia mendapati tubuh badannya terlalu kurus sehingga menjadikan mukanya cengkung. Disebabkan itu, dia mula melakukan latihan bebanan. Lama-kelamaan, dia berjaya menaikkan semula berat badan secara normal dan sihat.
“Sekarang saya pergi ke gim lima hingga enam kali seminggu. Latihan saya kebanyakannya adalah latihan bebanan. Jika bosan pada hari Ahad, saya akan melakukan senaman ringan di gim. Dalam tempoh terdekat ini, saya sedang dalam usaha untuk menambah sedikit muscle mass.
Adakah anda pernah berasa kurang bermotivasi?
“Jujurnya, memang ada ketikanya saya akan rasa kurang motivasi dalam diri, terutamanya apabila sibuk dengan kerja. Namun, saya cuba atasinya dengan berehat. Kadang-kala, short nap amat membantu. Jika saya terlalu penat, saya akan berehat untuk hari tersebut.”
Berbicara soal dorongannya untuk menurunkan berat badan, Amirul menyatakan bahawa dia memiliki beberapa rakan yang turut bersama-sama dengannya berdiet dan bersenam, yang sentiasa menjadikannya bersemangat menurunkan berat badan.
“Saya dan rakan-rakan karib saya seperti Viviana, Fatimah, Munira dan Alice akan meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti berjogging pada waktu petang.”
Apakah perkara yang paling anda suka mengenai perubahan ini?
“Perkara yang paling saya suka mengenai kejayaan saya menurunkan berat badan ialah tahap keyakinan diri saya meningkat. Malah, saya menjadi lebih ceria dan bertenaga dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, tubuh badan menjadi lebih sihat dan cergas. Jika dulu saya akan tercungap-cungap apabila menaiki tangga. Sekarang tidak lagi!”, kongsinya penuh keterujaan.
Nasihat anda kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan?
“Nasihat saya cuma satu. Do it on your own pace! Ringankan mulut dan rajin bertanya terutamanya jika anda pergi ke gim. Percayalah, ini bukanlah sebuah perlumbaan, malah sebuah proses. The only person you need to compete with is yourself! Untuk menurunkan berat badan tidak semudah yang disangkakan. Tetapi apabila usaha kita sudah mula menunjukkan hasil, pasti kita akan mula ketagih untuk push diri kita! Sepanjang proses pastinya akan ada suara sumbang yang mengejek dan memperlekeh tetapi abaikan saja. Saya tidak akan mendapat bentuk tubuh saya hari ini sekiranyasaya melayan semua ejekan dan hinaan yang saya terima selama ni. Percaya atau tidak, mereka yang dahulu pernah mengejek saya mula berbuat baik kepada saya dan meminta tip untuk menurukan berat badan.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anak tudung yang sesuai membantu memastikan hijab kekal kemas, selesa dan tidak mudah bergerak. Ketahui 8 tip penting memilih anak tudung terbaik untuk kegunaan harian.