Masih ada yang bertanya, penting sangat ke perancangan kewangan? Sudah semestinya penting sebab tak kiralah sama ada anda bujang atau sudah pun berkeluarga, merancang kewangan merupakan salah satu perkara ‘wajib’ bagi memastikan kehidupan anda berjalan dengan lancar.
Pada zaman yang serba-serbinya dihujung jari, ramai yang berbelanja melebihi kemampuan. Hal ini disebabkan oleh tahap pengetahuan dan pengurusan kewangan yang lemah dan tiada perancangan jangka masa panjang.
Mengapa pentingnya pengurusan kewangan peribadi? Apabila kita merancang kewangan, kita akan mempunyai wang simpanan dan tabungan kecemasan yang boleh digunakan apabila berlaku sesuatu perkara yang di luar jangkaan.
Photo by polina-tankilevitch from Pexels.
Berbeza dengan mereka yang gagal merancang kewangan sejak dari awal bekerja, mereka akan hanya bergantung wang gaji setiap bulan yang diterima. Lalu bagaimana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini?
LAPAN TANDA KEWANGAN KITA DALAM BAHAYA!
1. Kita tidak tahu berapa nilai hutang kad kredit kita selama ini. Kita hanya bayar kadar minimum, ada yang tidak kena dengan kewangan kita!
Ads
2. Kita berada diambang batas limit maksimum kad kredit. Fikir kembali apa punca kita sangat bergantung pada kad kedit ini.
Photo by pixabay-from Pexels.
3. Kita tidak pernah ada bajet perbelanjaan bulanan. Belanja selagi gaji ada.
4. Kita sudah lama bekerja, tapi tabungan tidak pernah ada. Setiap kali gaji hanya tumpang lalu sahaja. Sedih woi!!
Ads
5. Kita sudah bekerja tetapi masih perlukan sokongan kewangan keluarga. Duit tidak pernah cukup. Kawan juga jadi mangsa pinjaman kita.
6. Kita masih gagal bezakan antara keperluan dan kehendak. Kita rasa semua benda perlu dalam hidup kita ini.
Photo by gustavo-fring from Pexels.
7. Kita belum ada Dana Kecemasan dan Tabung Perlindungan. Berfoya-foya adalah nikmat dan falsafah hidup kita. Kecam orang suruh menabung dan menyimpan amalan mulia kita.
Ads
8. Kita kekal guna kad kredit untuk tampung gaya hidup kita. Paksa untuk hidup dengan penuh gaya tetapi sebenarnya tidak mampu.
‘Blusher’ atau pemerah pipi adalah satu item solekan yang penting. Sekiranya anda tidak suka akan alat solek yang lain, tidak mengapa. Tetapi pastikan ‘blusher’ merupakan satu alat solek ‘must-have’ untuk semua hijabi. Ia dapat membantu memberi sedikit ‘warna’ kepada wajah anda agar anda tidak kelihatan terlalu pucat.
Terdapat banyak warna ‘blusher’ di pasaran dan ia pastinya mengelirukan hijabi untuk memilihnya. Tidak semua warna sesuai untuk tona kulit anda. Ia boleh membuatkan anda tampak seperti patung cina atau badut.
Mari lihat di bawah warna ‘blusher’ yang sesuai dengan tona kulit anda:
1. Pakai blusher berwarna lembut semasa siang dan terang sewaktu malam
2. Pakai blusher selepas solekan terakhir. Senang nak agak ketebalan yang korang akan letak nanti.
3.Bagi yang memiliki kulit putih atau cerah, warna blusher yang paling ngam adalah pink.Either soft pink ke..brown pink kee..atau dark pink
4.Untuk kulit kuning langsat, korang boleh pakai pink yang ala ala peach color, baby pink, brown orange atau chocolate mocha
5.Kulit wanita asia iaitu sawo matang lebih sesuai pakai bronze, red plum, dark orange dan soft brown
6.Untuk si hitam manis yang tan kulitnya sesuai sangat dengan peach color, apricot,plum, coral dan deep orange.
Balls : Bentuknya menyerupai bebola kecil. Cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.Sesuai untuk semua jenis kulit.
Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. Warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak.
Padat : Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering. Guna jari saja untuk mengaplikasikannya di pipi.
Powder / Loose : menyerupai bedak tabur dan sesuai untuk sesiapa memiliki kulit berminyak.
Jadi, selepas ini pasti lagi tiada masalah untuk memilih ‘blusher’.
Pening kepala sudah semestinya menganggu aktiviti seharian terutama sekali nak buat kerja! Siapa antara kita pernah menarik rambut untuk melegakan sakit kepala? Jika anda salah seorang daripada individu tersebut, disarankan untuk berhentikan perkara tersebut. Terutama sekali wanita berhijab!
Semestinya untuk melegakan kesakitan kepala, ada diantara kita yang makan ubat, berehat dan menarik rambut secara cepat dan kuat yang membolehkan berlakunya letupan kecil di kepala. Memang ianya melegakan buat sementara tetapi perkara tersebut dilarang oleh doktor kerana ia akan menyebabkan sakit yang lain pula timbul.
Tular di TikTok Dr. Wan yang merupakan pegamal perubatan yang aktif di tiktok itu menegaskan agar semua tidak menarik rambut sehinggakan mengeluarkan bunyi ‘pop’ kerana ia boleh merosakkan lapisan di dalam kulit kepala anda. Ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
“Kalau menarik rambut itu mujarab, doktor tidak perlu prescribe ubat paracetamol, ubat migrain. jadi membazir duit kerajaan sahaja,” menurut Dr Wan.
Menurut Dr. Wan, bunyi ‘pop’ merupakan bunyi lapisan ‘Galea’ iaitu lapisan yang berada bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak kepala anda. Katanya, kesan daripada itu akan membuatkan kulit kepala anda terkoyak dan mengalami pendarahan dan boleh menyebabkan infection terjadi. Malah, jangkitan kuman yang dikenali sebagai Follicultis juga akan terjadi.
“Daripada nak elak stres sakit kepala, terus dapat jangkitan,” katanya.
Jangkitan kuman Follicultis boleh terjadi sekiranya ada jangkitan pada folikel rambut atau masalah di kulit kepala anda. Ini juga akan menyebabkan ada memerlukan rawatan dan meminta doktor untuk memeriksa kulit kepala anda.
Menurut Dr Wan, ramai berpendapat bahawa menarik rambut ini akan melegakan migrain. Katanya, migrain ini terjadi pembuluh darah atau blood vessel mengembang di salur darah kepala. Ia akan menyebabkan reseptor sakit dan punca utama migrain atau sakit kepala itu. Dia juga menegaskan tiada istilah menarik rambut dapat melegakan atau menyihatkan migrain!
Wan Sharmila membuktikan bahawa lingkungan persahabatan yang baik mampu mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih bermakna. Pelakon yang sudah lebih dua dekad berada dalam industri seni itu kini aktif memikul peranan baharu sebagai pembimbing jemaah umrah atau mutawifah selepas mula mengurangkan aktiviti lakonannya.
Bagi Wan Sharmila Wan Muhamed, 45, perjalanan tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang sejak awal. Sebaliknya, ia bermula hasil pertemuan dengan seorang sahabat yang membuka ruang untuk beliau mendalami bidang pengurusan haji dan umrah.
Walaupun dunia lakonan dan pengurusan ibadah mempunyai perbezaan yang sangat besar, beliau tidak pernah malu mengakui bahawa dirinya bermula daripada titik kosong tanpa sebarang pengalaman.
Menurut Wan Sharmila, pembabitannya dalam bidang tersebut berlaku ketika dia sedang mencari pekerjaan atau aktiviti baharu untuk mengisi masa selepas memperlahankan kerjaya seni.
“Macam mana saya boleh bermula belajar dalam bidang ini, sebenarnya saya pun tak sangka.
“Saya ‘zero’ dan jawapan paling tepat yang saya boleh kongsi ialah semua ini pengaruh rakan sebaya.
“Allah temukan saya dengan seorang kawan. Ketika itu saya sebenarnya tercari-cari sesuatu yang baharu sebab saya sudah mula mengurangkan lakonan,” kongsinya.
Menurutnya lagi, dia bukan sekadar mahu mengisi masa lapang, malah ingin mencari satu bidang yang boleh memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain selain menjadi sumber pendapatan yang halal.
Ketika berada di Brunei, Wan Sharmila dipertemukan dengan seorang rakan yang merupakan alumni Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU).
Pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada perjalanan baharunya dalam memahami ilmu pengurusan jemaah haji dan umrah.
“Hamba Allah yang merupakan rakan saya ini berasal dari Brunei dan juga alumni SPHU. Dialah punca saya belajar walaupun saya rasa ‘zero’ ketika itu,” ujarnya.
Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui bahawa terdapat program pengajian khusus berkaitan pengurusan ibadah haji dan umrah.
Malah, beliau mengakui pernah mempersoalkan sama ada dirinya benar-benar layak mengikuti pengajian tersebut memandangkan latar belakangnya sebagai anak seni.
“Saya berasa ragu-ragu dan tertanya-tanya sama ada saya layak untuk menyertainya, memandangkan latar belakang saya amat berbeza serta tidak pernah terdedah dengan industri baharu ini,” katanya.
Keraguan itu akhirnya bertukar menjadi keyakinan selepas Wan Sharmila melihat sendiri sikap rakannya yang sentiasa membantu orang lain.
Berada dalam lingkungan persahabatan yang positif membuatkan dirinya semakin terbuka untuk mempelajari ilmu baharu serta menyumbang kepada masyarakat.
“Apabila saya berkawan dengan ‘circle’ yang baik, saya nampak dia selalu membantu orang. Saya tanya kenapa dia mahu belajar bidang ini.
Kata-kata tersebut benar-benar menyentuh hati Wan Sharmila kerana beliau sedar tugas menyantuni tetamu Allah memerlukan keikhlasan, kesabaran dan ilmu yang mencukupi.
“Masya-Allah, kenapa aku tak fikir benda itu? Nak membantu orang dan menyantuni jemaah ini bukan mudah,” tambahnya.
Wan Sharmila turut berkongsi pengalaman ketika menunaikan umrah yang membuka matanya tentang kepentingan membantu jemaah walaupun melalui perkara kecil.
Beliau pernah melihat seorang wanita berusia yang tidak mendapat tempat duduk ketika berada di Tanah Suci.
“Saya pernah pergi umrah dan nampak seorang mak cik tak dapat duduk. Kenapa kita hanya tengok sedangkan kita boleh mendapatkan kerusi dan berkata, ‘Nah mak cik, duduk’,” jelasnya.
Menurutnya, membantu jemaah tidak semestinya memerlukan pengorbanan besar. Kepekaan terhadap keadaan sekeliling dan kesediaan menghulurkan bantuan sudah cukup memberi makna kepada mereka yang memerlukan.
Wan Sharmila memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2005 dan dikenali menerusi pelbagai drama popular seperti Emil Emilda, Tari Tirana, Tipah Vavavoom, Debunga Lalang, Kusinero Cinta serta 7 Hari Mencintaiku.
Beliau juga pernah memenangi Anugerah Shine Pantene pada Anugerah Skrin 2008, sekali gus mengukuhkan namanya dalam industri hiburan tempatan.
Selepas hampir dua dekad bergelar pelakon, Wan Sharmila membuktikan bahawa seseorang tidak perlu takut untuk memulakan perjalanan baharu walaupun bermula daripada sifar.
Kisahnya memperlihatkan betapa besarnya pengaruh sahabat yang baik dalam membentuk pilihan hidup seseorang. Dengan niat yang ikhlas, kesungguhan menuntut ilmu serta keberanian keluar daripada zon selesa, setiap langkah kecil mampu membawa seseorang ke arah kehidupan yang lebih bermakna dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.